Betul apa orang pesan itu.
Jika gula berlebihan, nanti mengidap darah tinggi.
Jika lemak berlebihan boleh jadi hyperlipidemia dan penyakit jantung dan salur darah.
Jika garam berlebihan dapat darah tinggi.
Jika ubat berlebihan nanti boleh jadi ‘toxicity’..
Kalau berlebihan dalam agama? Kita akan tercicir dari ajarannya. Kerana kita terlalu memberatkan diri dengan sesuatu yang tidak disuruh oleh Allah.
Tapi kalau kurang dalam agama pun tidak boleh juga. Samalah jika kita kekurangan zat makanan. Kita akan mengalami pelbagai jenis kondisi yang telah diberi nama dan istilah. Contohnya, malnutrisi.
Kekurangan dalam agama menyebabkan kita tidak mampu manjalankan tanggungjawab. Sedangkan kita sudah berjanji pada Allah untuk melaksanakan tanggungjawab memakmurkan bumi dan menjadi KhalifahNya..
Pengajarannya, kita mesti belajar untuk menambah ‘zat’ agama, dan kita mesti belajar untuk ‘tidak berlebihan zat’ agama.. Belajarlah selagi ada peluang. Ilmu yang berguna adalah ilmu yang mendekatkan kita pada Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan