Penerangan isu Iraq sangat membuka mata. Tahulah penulis bahawasanya surat khabar dan media massa sekarang tidak boleh dipercayai. [Sejak dahulu kala zaman tok kadok lagi memang tidak boleh dipercayai sebenarnya].
Apa kelebihan dan kepentingan memporak perandakan Iraq? Sudah lama Iraq diserang dan ‘dibersihkan’ oleh askar Amerika. Jutaan ummat Islam syahid. Tahukah kawan-kawan hampir lebih 70% korban dalam perang Iraq adalah golongan muslim berpendidikan tinggi. Ia berdasarkan analisa yang telah dibuat. Bukan main agak sahaja.
Tujuan Iraq diserang:
- Membantu perangcangan yahudi menakluk Palestin [nah! Lihatlah betapa berkaitnya isu Iraq dan Isu Palestin]
- Menguasai bahan mentah [sangat diketahui, tidak perlu hurai pun sudah maklum]
- Melaksanakan ‘grand plan’ untuk memecahkan negara-negara Arab menjadi lebih kecil. [perpecahan punca utama kelemahan apa-apa kesatuan pun. Dengan memecahkan negara-negara Arab menjadi kecil, maka tiadalah sebuah kuasa besar yang kuat dan berupaya membantu Negara Palestin yang telah sedia terjajah oleh kaum Yahudi Zionis]
Amerika sangat jelas tentang misi mereka. Menyekat kebangkitan Islam dan kebangkitan Ummat Islam. Begitu rapi sekali perancangan mereka hinggakan memusnahkan punca kepada kekuatan suara ummat Islam pun termasuk dalam perangkaan strategi mereka. Kita sebagai ummat Islam? Apa yang kita buat? Jelaskh kita akan misi hidup kita? [terasa mahu guna font size 23]
Mahu tahu lebih lanjut apakah kekejaman yang telah Amerika lakukan pada ummat Islam di Iraq?
Oooh, mereka membuka sempadan Iraq untuk pemberontak dan menghapuskan pasukan askar Iraq.
Memang tentera Amerika mensasarkan imam-imam, golongan ilmuan dan khatib-khatib.. Lihatlah betapa berfaedahnya ummat Islam yang berilmu. Orang-orang kafir sangat takutkan mereka. [Ayuh kita belajar rajin-rajin untuk membela ummat Islam, bukan untuk membela Melayu].
Akhirnya, kerana terlalu dahysat keadaan disana, ummat Islam dari kalangan ahli sunnah bangkit dan mengisytiharkan jihad melawan tentera Amerika yang datang. Pembunuhan dan serangan di sesetengah tempat di Iraq, lebih teruk dari apa yang berlaku di Ghazzah. Jika di Ghazzah, 1200 orang dibunuh dalam masa 20 hari, tetapi di suatu kawasan di Iraq, jumlah itu dibunuh dalam masa sehari. [Dahsyatkan?!]
Muncullah berbagai-bagai ketumbukan/pasukan-pasukan jihad yang berani demi menyerang balas dan mempertahankan negara tanah air mereka. Ratusan ribu tentera Amerika terbunuh dan cedera. Amerika telah habis hampir 3 trillion USD untuk menghadapi serangan balas ini.
Berita serangan Amerika di Iraq tersebar. Turut sama tersebar, bagaimana bangkitnya ummat Islam dan penduduk iraq demi membela nasib negara mereka. Pelbagai versi cerita dongeng dan khayalan telah dicipta oleh media massa Amerika [dan telah di ‘salin tampal’ oleh media massa lain termasuklah negara kita yang sudah pun terkenal dalam senarai pakar ‘salin dan tampal’].
Keadaan penentangan Ummat islam Sunni memang memberi tekanan hebat buat Amerika, sehingga rakyat Amerika sendiri memberi tekanan kepada kerajaan mereka supaya membawa balik semua tentera mereka. Amerika tunduk pada tekanan tersebut. Dan keprihatinan ummat Islam di negara lain pun turut mereda, kerana mengingatkan tentera Amerika sudah pulang ke kandang..
Akan tetapi; realitinya bolehkah Amerika senyap-senyap sahaja membawa balik tentera mereka dan membiarkan negara Iraq aman dan tenteram? Oh pastilah jauh panggang dari api.
Mereka telah membuat ‘rebranding’. Apakah itu? Menggunakan rakyat Iraq sendiri sebagai tentera Amerika. Pasukan tenera Iraq asal telah dibubarkan, dan pasukan tentera boneka Amerika telah ditubuhkan. Ummat Islam hanya menyerang tentera Amerika dengan bom tangan dan roket ciptaan sendiri. Roket itu boleh terbang sejauh 18km. [Jauh tuh]. Dan yang paling menarik, tentera muslimin sangat tepat dalam menembak.
Tahukah kawan-kawan apakah perana Iran dalam penjajahan Amerika di Iraq?. Okay bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan