Jika anda seorang arkitek,
Apa yang anda buat bila mendapat sehelai kertas?
Jika anda seorang pegawai perubatan,
Apa yang anda buat bila mendapat segelas air?
Jika anda seorang tukang sapu,
Apa yang anda buat bila mendapati sampah?
....
Jika anda seorang belia..
Apa yang anda buat bila..
...
مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّـهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah; maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu, dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
Surah Ahzab: 23
Jika anda seorang belia..
Belia yang bagaimanakah yang akan kita jadi?
Jika anda seorang belia,,
Belia bagaimanakah yang akan menjadikan negara cemerlang?
Jika anda seorang belia..
Tahukah anda, belialah penentu masa depan negara.
..
Sedarkah kita siapa para pemimpin hebat sekarang suatu ketika dahulu?
Mereka adalah belia.
Pernah lihat orang tua mengemis tidur tepi jalan?
Siapakah mereka suatu ketika dahulu?
Mereka pernah menjadi belia.
Pernahkah kita memerhati siapakah ibu bapa kepada anak-anak cerdik pandai sekarang?
Mereka juga belia suatu masa dahulu.
Perasankah kita..
Siapa ibubapa para remaja bermasalah, penjenayah dan penyalahgunaan dadah zaman sekarang?
Mereka adalah belia pada zaman dahulu.
....
Jika hari ini, kita menjadi seorang belia yang amanah dan bertanggungjawab;
Esok negara kita aman dan makmur dari salah guna kuasa.
Jika hari ini, kita menjadi seorang belia yang korup dan pilih kasih;
Esok negara kita penuh dengan rasuah dan penindasan.
Jika hari ini kita seorang belia yang tahu kepentingan pendidikan;
Esok negara kita punya banyak generasi pelapis yang berilmu pengetahuan.
Jika hari ini kita seorang belia yang hanya mahu seronok dan tidak tertekan;
Esok negara kita penuh dengan hiburan dan aktiviti melalaikan.
Jika hari ini kita seorang belia yang mencintai kebenaran dan berpegang pada janjinya.
Maka esok..
Kukuhlah negara dari segenap segi kerana sikap memenuhi janji dalam kalangan masyarakatnya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan