Khamis, 3 Jun 2010

Nampak benda lain tapi rupanya benda lain

ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها
Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya

(Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)

dalam sebuah athar :

النظر سهم مسموم من سهام إبليس
Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis"

( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)


كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله
Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t"

( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)

Selasa, 1 Jun 2010

Iman itu di hati

Iman bukan hanya di hati. Iman ahli sunnah wal jamaah adalah pada keseluruh anggota badan termasuk perbuatan. Penulis bukan pelajar aliran aqidah atau quran sunnah secara formal. Tapi pemahaman mengenai iman itu perlu difahami semua ummat Islam meskipun tidak dalam jurusan agama.

Mengenali Pencipta menyebabkan iman kita bertambah. Tetapi dosa maksiat kita boleh mengurangkan iman. Semua kenyataan ini perlukan dalil. Jika kawan-kawan sekalian amat memerlukan dalil, rujuklah buku-buku aqidah yang sepatutnya. Bukan mencari di blog singgah seperti ini. Blog ini hanya pencetus rasa. Rasa untuk menambahkan iman.

Manisnya mengenali Tuhan, Pencipta Sekalian Alam tidak dapat digambar dengan tulisan. Ia nikmat besar. Dikala ada manusia cuba mencampakkan rasa ruginya kehilangan secebis anggota, hanya kenalnya diri pada Allahlah yang menjaga diri dari segala fitnah dunia..

Besar sungguh fitnah dunia. Tidak ingat bagaimana matan Bahasa Arab sebuah hadith Rasulullah s.a.w, yang diingati hanyalah maknanya:

"Sekiranya dunia ini bernilai sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan berikannya pada orang-orang kafir"

EH? hadith ke hadith qudsi ke ayat Quran? Tetiba konfius pulak.. Sesiapa yang tahu tolong betulkan ye.

Cukuplah untuk memahami nilai dunia disisi Allah dengan pernyataan itu. Adakah dikira beruntung sekiranya musibah melanda dan mempunyai insuran?? Samakah nilai ciptaan Allah itu dengan harga mata wang dunia?

Maaf, penulis tidak dapat bersetuju dengan pendapat sesetengah manusia yang seolah-olah menyamakan nilai anggota badan itu dengan wang dunia.. Anggota badan itu anugerah dan amanah ciptaan Allah. Ia lebih bernilai dari wang ringgit. Dengannya (anggota badan anugerah Allah) kita mengenal Allah, menyintai Allah dan yang lebih penting lagi.. kerana anggota badan itulah kita hamba Allah menjadi sangat rindu untuk bertemunya..

Bolehkah duit dan wang ringgit dunia membeli semua ini?? cinta dan rindu pada Allah?? Pasti tidak!

Mungkin pembelaan dunia itu penting, tetapi pembelaan akhirat itu lebih adil saksama.. Dan pasti penulis lebih mengharapkan pembelaan Allah.. hakim seadil-adilnya..

Isnin, 31 Mei 2010

Ayuh doakan saudara kita

URGENT lifeline for GAZA

Israel mula menyerang konvoi freedom flotilla dalam sejam lebih yang lalu dengan heli. 10 dilaporkan syahid setakat ini.

Kapal Miva Marmara ditawan. Lebih 10 aktivis M'sia diatas kapal.

Hanya Allah dan doa kita bersama mereka. ALLAHU AKBAR. Sebarkan. Update AQSA SHARIF Gombak.

Duhai Pembaca sekalian! teruskan usaha kita boikot barang-barang yang membantu ISRAEL (membeli & membuat segala senjata untuk membunuh saudara kita)..

Maklumat terkini boleh didapati di palestinkini.info..

Ahad, 30 Mei 2010

Hati manusia Allah punya

Manusia itu kitalah.. Yang boleh membaca segala tulisan di alam maya ini..

Belum pernah berjumpa, tidak pernah bersua muka. Tidak pernah dikenali hati budinya. Tetapi sekali berjumpa, seolah-olah sudah 10 tahun berkawan. Pengorbanannya jauh tidak tertanding dengan jumlah masa berkenalan.. Siapa yang menyangka ada hamba Allah seperti ini.. Mungkin inilah yang dikatakan persaudaraan kerana Allah. Persaudaraan yang terikat kerana samanya AQIDAH.

Ada juga manusia yang kita tidak pernah harapkan kehadirannya memberi apa-apa manfaat untuk kita. Tetapi tiba-tiba menjadi sangat berharga dan disayangi kerana sikapnya.. Tidak lama ia berlaku. Hanya beberapa tahun. Kemudian, hati manusia berubah. Sikap pun berubah. Sayang kerana sikap itu hilang sedikit demi sedikit. Tiba-tiba hati tersedar. Kasih sayang itu sepatutnya bukan kerana sikap. Tetapi kerana Allah. Tali persaudaraan itu dijaga dan dipelihara kerana Allah. Segala tingkah laku selama mengikat tali persaudaraan itu adalah menurut perintah Allah.

Maksudnya: Sayangkan saudara seislam, saudara seperjuangan itu boleh datang sebagai anugerah Allah, dipupuk atau kita sengaja menghapuskan rasa..

Bagaimana kita boleh jadi begitu rindu pada seseorang yang tidak pernah kita jumpa?? Nabi Muhammad s.a.w dan semua Nabi-nabi yang Allah ceritakan dalam AQ.. itulah rindu dan sayang kerana iman kita pada Allah, iman kita pada AQ.. percayanya kita pada segala kandungan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah.

Itu semua isu hati yang menjadi HAK MILIK Allah. Kita hanya peminjam dan penjaga 'barang amanah'.

Jumaat, 28 Mei 2010

Burung

"Buat apa begitu wahai burung?"

"aku sedang berusaha memadam api dari membakar Nabi Allah Ibrahim"

"Sia-sia sahaja kerja kamu itu. Adakah api marak sebesar itu akan padam hanya dengan beberapa titis air dari paruh kecil kamu wahai burung?"

"Setidak-tidaknya aku berusaha, walaupun api itu tidak mungkin akan terpadam"

Ini kisah burung yang berusaha memadamkan api nyalaan Namrud untuk membakar Nabi Ibrahim a.s.

Ya, berusaha bukan untuk mendapatkan hasil.. Kadang-kadang kita terlupa.. Sedangkan ganjaran dan keredhaan Allah itu yang penting. Apalah yang lebih berharga didunia dan akhirat selain keredhaan Allah??

Rabu, 26 Mei 2010

Khabaran

Assalamualaikum semua pembaca setia (cewah, macam tau je ada pembaca setia. Perasan je ni. nak bagi sedap ayat).

Penulis mengalami sedikit masalah untuk update blog untuk beberapa hari ini kerana keputusan hujung jari kelingking kanan serta sedikit kepatahan tulang jari manis kanan berdekatan jari kelilngking tersebut.

Insya Allah, blog yang di bina atas tujuan menyeru manusia ke jalan Allah ini akan cuba di update sekerap kebiasaan sekiranya penulis mampu berbuat demikian.

tajuk-tajuk entri akan datang sedang berlegar ligat dalam kepala penulis. Semuanya berkisar pengajaran dan hikmah musibah dan ujian yang Allah hadiahkan pada penulis.. 

Nantikan entri akan datang.. baii.  


Khamis, 20 Mei 2010

Mendamaikan dua saudara yang bermusuhan

“Sesungguhnya rahmat Allah tidak akan turun dalam kalangan mereka yang memutuskan silaturahim"

“...Sesungguhnya mendamaikan antara dua saudara adalah sedeqah..”

(Al-Hadith)



Tazkirah aidilfitri 1429 ada suatu nilai yang besar. Walaupun pada mulanya kecewa melihatkan khatib adalah orang biasa-biasa sahaja.

“Ala pakcik ni pulak bagi khutbah raya”. Harapkan seseorang yang lebih baik dan hebat.. Tetapi Allah lebih mengetahui apa yang hamba-Nya perlukan..

Sesiapa yang merasakan dirinya sedang melakukan sesuatu yang seumpama dengannya.. Ayuh berbuatlah sesuatu agar amal soleh kita tidak tersangkut.

Jika kita bukan dalam kalangan yang memutuskan silaturahim, tetapi mengetahui ada insan-insan yang mempunyai masalah ini, maka bantulah mereka untuk berbaik semula. Jangan kita pula yang menjadi kayu api perbalahan mereka.

Kadang-kadang Allah meletakkan kita dalam situasi yang mana kita boleh memilih sama ada mahu memulihkan perhubungan dua pihak atau menjahanamkan hubungan yang sedia tidak mesra antara mereka.

Dan kadang-kadang juga, kita bimbang untuk medamaikan dua saudara kerana dengan baiknya mereka berdua, kita akan ‘tersingkir’ dari ‘persahabatan’ yang telah terbina kerana pergaduhan dan kerenggangan mereka. Semoga Allah menjauhkan kita dari situasi seperti ini.

Ingatlah, kita bersahabat dan berkawan kerana Allah. Jika kita tidak memerlukan mana-mana manusia di dunia ini, tidak perlulah Allah menurunkan pelbagai syariat dan suruhan menyuruh kita berlaku baik sesama manusia dan tolong-menolong.

Selamat berdamai dan memaafkan.

Oh fikiran

Berjalan-jalan, makan angin sambil membaca blog disuatu petang selepas peperiksaan, memang membuatkan penulis berfikir. Hampir kebanyakan blog sama sahaja tujuan penulisannya.. Meluahkan apa yang terpahat diFIKIRAN. Bezanya adalah penampilan dan persembahan yang digunakan. Dan yang paling penting, niat untuk setiap luahan fikiran itu pasti BERBEZA..
Meluahkan apa yang bermain difikiran bukanlah sesuatu yang menyalahi undang-undang. PASTI. Yang mungkin menyalahi undang-undang adalah cara meluahkan FIKIRAN tersebut. Betullah dakwaan beberapa wartawan dan jurnalis mengenai dunia 'blogging', dunia penulisan berubah menjadi 'murahan' apabila semua perkara dan buah fikiran tidak lagi ditapis dan dinilai oleh pakar yang sepatutnya.
BANYAK dan pelbagai. Itulah perkataan yang penulis rasakan sesuai untuk menggambarkan sifat blog yang wujud. Dari seburuk-buruk fikiran hinggalah sebaik-baik fikiran. Dari sebaik-baik cara menulis hinggalah sehodoh-hodoh cara menulis. Semua ada..

Itulah gambaran dunia ini. Perkara baik dan tidak baik bercampur aduk. Pemilihan dan penilaian baik atau tidak; bergantung pada diri sendiri, ilmu, dan kehendak yang terpahat dalam diri. Percaturan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kehendak kita belum tentu betul dan berlandaskan kehendak Allah..
 
*entri ni dah berzaman buat pekasam dalam laptop

Ahad, 16 Mei 2010

Guru

Siapakah yang dapat menafikan peranan guru dalam hidup seseorang? Sudah tentu tiada. Hari ini penulis mahu bercerita tentang guru. Bukan ngumpat tau. Ini nak ucapkan TERIMA KASIH. Ha? apedia? tak faham? Owh sabarlah. Belum cerita lagi bagaimana mahu faham..

Semenjak penulis besar panjang, (eh tak lah panjang sangat pun, ramai lagi orang yang lebih ‘panjang’ hehe), penulis mula belajar menghargai guru. Yelah, masa kecik-kecik dulu rasa macam

“apalah cikgu-cikgu aku ni. Bagi homework banyak-banyak, nak cuti pun tak seronok”.

Masih segar dalam ingatan ketika darjah empat. Cuti 10 hari. Tetapi karangan BM yang perlu diselesaikan ada 11 tajuk (BM=Bahasa Melayu tau; nanti karang ade pulak yang terbaca baitul Muslim..qua-qua). Bayangkan? Darjah empat.. Itu belum dikira kerja sekolah matematik lagi. Berlambak betul. Lengah tangan menulis karangan.

Pernah suatu masa dahulu penulis kene tarik telinga dengan cikgu sebab tidak siap kerja sekolah matematik. Sakit ooo. Kene pulas cuping telinga. Siapa yang pernah jadi nakal tu mesti tahu punya rasa macam mana. Bukan tak nak buat.. Maksud penulis; bukan tak nak buat kerja sekolah. Tapi tak ingat! (Itulah, balik rumah asyik ingat nak main je, mane lah ade ruang ingatan untuk buat kerja sekolah kan?)

Mak penulis selalu tanya:
ade kerja sekolah?
penulis jawab dengan selambe je
“tak dop”.
Esok disekolah cikgu minta hantar buku, barulah teringat!.
EH dah lencong pulak dahhh.

Baik kembali ke tajuk asal. GURU. Ada orang panggil, cikgu, mu’allim, murrabbi, ustaz dan macam-macam perkataan lagi lah. Bagi penulis, panggil apa pun tidak lah menjadi isu besar selagi cikgu-cikgu suka mereka dipanggil sedemikian. Yang penulis kesah adalah cikgu-cikgu yang berperanan sebagai PENDIDIK. Walaupun anak muridnya sudah besar panjang atau besar tapi tak panjang-panjang (tak kesahlah mana-mana), cikgu-cikgu tidak lupa untuk MENDIDIK. Yelah bila dah besar panjang, ramai cikgu suka cakap

“kamu ni dah besar panjang, pandailah kamu jaga diri”..

Ha’a, kan? Dah besar panjang. Tapi perangai tak macam dah besar panjang pun. Sebab itulah masih jadi anak murid.

Kadang-kadang cikgu tak pernah bosan ingatkan perkara yang sama dalam kelas. Walaupun bukan cikgu tak tahu dah berkali-kali dia ingatkan anak murid dia. Tapi kita ini asyik lupa saja. Kadang-kadang, cikgu bercakap sorang-sorang di depan, anak murid tidur nyenyak di belakang. Entah-entah cikgu kita lebih sibuk dari kita tapi KITA TAK TAHU. ingat kerja kita, letih kita saja.

Kadang-kadang tu, cikgu bercakap sampai hilang suara mengajar kita. Tanya kita faham ke tak? Kita jawab fahammm. Tapi bila dalam periksa; jawab soalan pun tah hapa-hapa tah yang di tulisnya.. Walaupun kita jawab tah hapa-hapa, cikgu tak marah. Siap betulkan lagi apa-apa yang tidak kena dan di mana yang tersalah.. cikgu tetap bagi semangat..

Walaupun cikgu marah kita tidak berdisiplin, cikgu tetap tersenyum menegur kita.. Mana nak cari cikgu macam ni sekarang?? TERIMA KASIH cikgu. Cikgu tegur, kita sakit hati, buat keras hati, buat tak faham cikgu cakap apa.. Sampai bila kita nak jadi orang tidak berapa faham bahasa..

Jumaat, 14 Mei 2010

Alah ke dia

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Biasa dengarkan?


Bagi nasihat pada orang macam-macam, tapi diri sendiri tak sedar-sedar.. Harap-harap kita tak jadi macam ni.. kadang-kadang kita terbuat benda yang kita larang orang buat. Jadi, bukalah hati.. Buka mata.. Tutup mulut dari mengata orang!


Bersangka baik adalah serendah-rendah tahap ukhuwah.

Entri terkenal