Jumaat, 30 April 2010

Lailatul Saidah

Selamat malam semua penduduk dunia.. FUh lama sungguh penulis tidak mencatit sesuatu. Rupanya, cuti semester itu lebih sibuk dari sepanjang kuliah berjalan satu semester lalu.

Penulis baru sahaja menyelesaikan praktikal di sebuah kedai farmasi berhampiran rumah. (Hampir la sangat?! 10 minit memandu baru sampai.. hehe).

Sebenarnya ada banyak yang mahu diceritakan kepada kawan-kawan.. Tapi tak sempat nak tulis sambil-sambil berpraktikal hari tu.. Tulis jurnal pun tak ingat. HAbis seminggu sahaja berdisiplin. DAtang minggu ke dua, dah penat bangat.. Pagi pergi kedai, petang balik.. Malam sudah jumpa Allah..

Baiklah kawan-kawan, kita jumpa lagi dalam episod yang akan datang.. Dalam siriiii.. Praktikal saya yang sungguh mencabar.. BAIII jumpa lagi

Ahad, 18 April 2010

Buat tak tahu lagi?

Sebenarnya entri ni dibuat untuk merespon soalan pakcik insan marhean untuk entri "tidak tahu; tahu". HAri sebaik sahaja baca komen pakcik, terus jawab. Tapi internent connection masa tu agak teruk. Jadi segala yang dah ditulis panjang tu hilang. Kebetulan pulak sibuk dengan exam.. Jadi malas sungguh nak tulis semula.

Bila dah cuti, baru teringat.. Tak jawab lagi.. Soalannya lebih kurang berbunyi begini:

Masalah sekarang ramai orang yang tahu.. tapi buat tak tahu.

Hmm, sebenarnya entri "tidak tahu; tahu" tu memang dibuat untuk orang dalam kumpulan yang tahu tapi buat tak tahu.. Kenapa? Hukuman yang akan diberi bukannya dari kita manusia.. Dari Allah. Allahkan MAHA MENGETAHUI. Kalau kita buat tak tahu pun depan manusia, ALLAH tetap TAHU yang kita ini tahu.

Sebagai manusia yang berada disekeliling, kita hanya menganggapnya sebagaimana yang dia mahu kita anggap dia. Bukan membiarkan dia dalam kesesatan.. KERANA DIA TAHU. Dia yang memilih untuk TIDAK MENGAMALKAN APA YANG DIA TAHU. Bukan kita yang hanya sahabat baik, rakan atau keluarganya yang bakal menghukum dan membalas.. Tapi Allah. Allah MAHA MENGETAHUI dan MAHA ADIL.

Memang berbuat baik dan maksiat itu pilihan. TETAPI, ia BUKAN LAGI SUATU PILIHAN pabila kita sudah BERILMU dan BERPENGETAHUAN bahawasanya ALLAH TIDAK SUKA KITA BERBUAT SUATU MAKSIAT.. Ia suatu tuntutan. Kita akan dipertanggungjawabkan.

*selalu jugak dengar masalah macam ni.. Memang masalah global. TAHU tapi buat tak tahu sebab malas nak ikut suruhan Allah. Nauzubillah, semoga kita tidak menjadi kalangan hamba Allah yang begini.. Tidak tahu bersyukur nikmat..


P/s: penulis tahu pakcik insan marhaen lebih berpengalaman dan tahu. Mungkin boleh kongsi dengan pembaca mengenai pengalaman bertemu orang sebegini

Jumaat, 16 April 2010

Tahu dan jahil


Kes: Tudung jarang tidak menutup aurat.


Si A: Tahu batas aurat wanita seperti yang telah ditetapkan syariat.
Si B: Hanya tahu wanita perlu memakai tudung.
Si C: Seperti si B, tetapi lebih suka bergaya.
gambar hiasan supaya tidak bosan

Si A, B, C berkawan baik. Semuanya dari latar belakang berbeza. Hanya si A berasal dari sekolah agama.

Dengan takdir Allah, Si A, B, C bersahabat baik.. Yang menghairankan.. Ketiga-tiganya bertudung jarang, penampilan mereka tampak tiada perbezaan latar belakang.. Apa jadi?? Bukankah sekurang-kurangnya si A itu bertudung seperti yang digariskan syariat??

Ini bukan cerita sesiapa.. Ini kisah biasa yang berlaku dimana-mana tempat wujud manusia bernama wanita.

Kenapa jadi begini?? Malukah kita untuk menutup aurat? Malukah kita jika tidak mengikut trend semasa?? Perlukah kita mengorbankan kefahaman agama kita hanya kerana mahu kelihatan cantik dihadapan manusia lain??

Cantik yang Allah beri pada wanita itu untuk diperagakankah? Atau ia untuk dijaga dan dipelihara agar menjadi ibadah??
Bukan tidak boleh berhias. Tapi turutlah batas yang telah Allah gariskan.

Duhai wanita muslimah sekalian,

Adakah Allah itu terlalu kejam sehingga menyuruh kita yang bukan-bukan? Bukankah kita semua tahu yang Allah itu Pencipta kita? Jika suruhan ibu ayah pun kita berusaha untuk menurut dan taat, walaupun tidak gemar.. Apalagi SURUHAN Allah yang meminjamkan kita anggota badan yang sedang kita gunakannya di dunia ini??

JIka sahabat kita merayu pertolongan dalam kesusahan pun kita usahakan untuk membantu walaupun tahu susah untuk dilakukan, apalagi SURUHAN Allah.. Tuhan sekalian Alam.. Spesifiknya Tuhan kita yang kita SEMBAH..

Menutup aurat juga termasuk dalam manifestasi akhlaq. Bukan hanya sikap jujur, sabar dan amanah yang ada pada seseorang..


jadilah seperti pokok yang sentiasa taat dengan perintah Allah

*biar pun pedih, perit, susah, sukar, sakit.. perjuangan tetap perlu diteruskan

Khamis, 1 April 2010

Tidak tahu; tahu

Tahu dengan tidak tahu, sama tak? Macam orang yang nampak dengan tak nampaklah.. Boleh ke kita cakap mereka sama? Sah-sah la tidak serupa kan..

Hmm, inilah bezanya 'pangkat' orang yang berbuat maksiat.. Orang yang buat maksiat ada dua jenis,
  1. orang yang tahu maksiat itu berdosa dan
  2. orang yang tidak tahu perkara tersebut merupakan satu kesalahan dan berdosa..

Antara dua jenis manusia ini yang mana akan dihukum kerana kesalahan dia? Pastilah yang mengetahui kan.. Ade ke kita nak hukum orang yang tak tahu pulak. Kejam lah macam gitu..

TAAA-PI, siapa cakap orang yang tidak tahu itu akan selamat? Dia cuma selamat dari kesalahan yang dia tak tahu salah itu sahaja. Tapi dia masih tidak selamat kerana tidak mahu menjadi orang yang tahu atau dengan kata lain menuntut ilmu.

Masing-masing ada tanggungjawab. Orang yang tahu mesti buat dan amal apa yang dia tahu. MAnakala orang yang jahil, perlu belajar dan menuntut ilmu supaya dia mampu beramal..

Kesimpulannya, kita dihantar ke dunia ini bukan atas tujuan suka-suka atau memuaskan hawa nafsu.. Kita punya tugas dan tanggungjawab sebelum kita menghembus nafas terakhir meninggalkan bumi ini.

*macam misi keturunan goku menghantar goku ke dunia untuk menghancurkan dunia lah -sapa baca komik je tahu.. tak tahu pun lagi baguslah. (nak cakapnya, komik pun ada misi.. Apalagi kita yang manusia khalifah Allah lagi)

Ahad, 28 Mac 2010

Baik tak baik (Siri Akhir)

MAsuklah penulis ke Darul Quran pada bulan 12 tahun 2003 sebagai salah seorang pelajar dalam gen5 (04/05). Bermulalah hidup sebagai penghafal Quran.. Perkara pertama yang menghantui

"Boleh ke aku menghabiskan hafalan 30 juzu dalam masa 18 bulan?". "Sudahlah ada penyakit mudah lupa, pemalas pulak tu".

Kawan-kawan tahu, penulis memang lansung tak yakin untuk menghabiskan hafalan 30 juzu dalam masa 18 bulan. Penulis memang senang sangat terlupa.. Rasa mustahil nak mengingat Quran yang banyak itu..

Selama di Darul Quran, pelbagai gaya dan cara penulis menghafal. Seronok, gembira, susah, menangis semua ada. Itulah kenangan paling indah sepanjang hidup. Perjuangan melekatkan kalam Tuhan ke dalam ingatan.. Walaupun pernah berderai airmata kerana susahnya untuk mengingat..

Ulasan: Kalau Allah dah pilihkan jalan untuk kita, jalan itu memang akan sentiasa terbuka. Tinggal kita sahaja untuk sedar atau tidak akan jalan hidayah tersebut. Rupanya hidup tidaklah terkongkong sebagaimana yang difikirkan sebelum menghafal Quran dahulu.

Apa yang nak ditakut sangat menjadi baik? Baik dalam ukuran Allah. Rugi kah? Kenapa kita takut sangat untuk jadi baik? Kerana kita takut tidak bebas? Sampai setakat mana sangat kita mahu bebas?

Berertikah hidup kita (sebagai Khalifah Allah yang dicipta untuk menyembah Allah) jika kita hidup bebas, sebebasnya menurut kehendak hati dan hawa nafsu? Tercapaikah objektif penciptaan kita? Kita boleh rasai sendiri, betapa sia-sianya program anjuran kita jika objektif tidak tercapai. Begitu juga pengajaran kita kepada anak murid.. Apa guna bercakap berjam-jam, jika objektif pengajaran tidak kesampaian?.. Begitu jugalah hidup kita.. Jika objektif penciptaan kita tidak tercapai, apalah faedah kita hidup dan mati di dunia ini..

Ingatlah duhai diri kita semua, Allah tidak rugi apa-apa dengan kecurangan kita.. KiTA yang RUGi.. Kita yang bakal menderita diakhirat kelak. Penderitaan sementara didunia yang kita pilih atau penderitaan selamanya di akhirat?. Sesungguhnya aqal yang sungguh sempurna ciptaan Allah itu mampu memberikan jawapan pada kita. Ayuh kawan-kawan, bangunlah dari mimpi tidur panjang. Sedarlah, syaitan sedang menghanyutkan kita dalam lautan hawanafsu.. Bangunlah.. Sebelum kita benar-benar tidak dapat bangun selamanya..

Sabtu, 27 Mac 2010

Baik tak baik (Siri 2)

Memang penulis tak berharap lansung untuk masuk DQ. Ye lah, orang lain yang datang temuduga, semuanya jauh lebih pandai dan kuat ingatan. Nak harap penulis yang pemalas menghafal lagi cepat lupa ini, mustahil sekalilah untuk berjaya dalam temuduga itu..

Sudahlah masuk dewan temuduga lambat. Sebab apa? Sebab lapar; pergi makan burger dulu di kantin. Sampai dari pagi tadi, sekarang dah tengahari, tapi masih belum tiba giliran. Selesai makan, rupanya sudah sampai giliran sekolah penulis memasuki bilik temuduga. Temuduga ini berbeza sedikit dari temuduga biasa. JIka temuduga biasa, setiap calon perlu masuk secara berseorangan kedalam bilik temuduga. Tetapi temuduga ini, kita perlu masuk secara beramai-ramai. Masing-masing mendapat muka surat masing-masing untuk dihafal. Masa yang diberi adalah satu mukasurat sejam. Tidak boleh lebih masa.

Masih segar diingatan penulis mendapat awal surah Al-Anbiya.. Menghafallah penulis dengan santainya.. Selepas dua orang dari seramai calon di dalam bilik tersebut memperdengar bacaan kepada penemuduga; penulis tidak sabar untuk keluar dari bilik tersebut dan terus bangun memperdengarkan bacaan.. Bosan duduk lama-lama dalam bilik tersebut.. Kalau tidak salah ingat, ada dua kesalahan bacaan yang penulis lakukan semasa memperdengarkan bacaan..

FUh lega.. Akhirnya habislah temuduga. BAlik lah rumah. Takutnya nak bagitahu emak, yang sebenarnya hari ini, tak belajar pun. Sebab menyertai temuduga untuk masuk program persijilan DQ-UIA.. Takut-takut pun, bagitahu jugak.. LA.. tak sangka, mak tak marah pun ponteng kelas hari tu.. RUpanya mak suka.. Sebab anak dia yang nakal nak hafal Quran. Dulu masa sekolah rendah, selalu sangat berjanji nak hafal Quran dalam cuti panjang (Sekolah di Malaysia kan cuti panjang bulan 12 setiap tahun) tapi tak pernah kota janji pun..

Akhirnya, dengan satu panggilan ke DQ, berubahlah seluruh kehidupan penulis.

"Tahniah, anak puan berjaya memasuki Darul Quran".

Waaa.. Nak nangis rasanya. Bukan sebab terharu. Tapi sebab dah dapat membayangkan hidup terkongkong sebagai orang baik! Bila dah hafal Quran, mesti banyak pantang larang.. Susahlah macam ni, banyak perkara yang dulu boleh buat dan mungkin lepas hafal Quran tak boleh buat dah..

Ulasan:
Nampak tak? Betapa mentaliti penulis yang sangatlah terkongkong pada masa itu? Ade ke hidup terkongkong kerana kena jadi orang baik? Yang lebih dahsyat, tak nak jadi baik.. Sebab kalau jadi baik susah. Itu tak boleh, ini tak boleh. Alangkah salahnya persepsi ini. Satu lagi, sapa cakap orang hafal Quran je ada pantang larang? Kita semua hamba Allah ada pantang larang. Kita kan hamba.. Mestilah tak bebas.. Hafal ke tak hafal QUran, undang-undang Allah sama jugak. Tak berubah pun.

Jumaat, 26 Mac 2010

Baik tak baik (Siri 1)

Kawan-kawan nak dengar satu cerita? Ini penulis nak kongsi satu cerita panjang dengan kawan-kawan.
.........................................................................................................................................................................
Dulu-dulu, ada sebuah institusi pengajian tinggi datang melawat sekolah dan mempromosi pengajian yang ditawarkannya untuk para pelajar lepasan SPM. Tahu tak apa tawarannya? Menghafal Quran sebanyak 30 juzu dalam masa 18 bulan..

Dengan gembiranya penulis pun balik dan bercerita kepada emak penulis.

"Bagus program ini sesuai untuk si adik"..

Sebab penulis ada seorang adik yang sedang menunjukkan minat menghafal Quran.. Sendiri?? Hehe, malaslah nak hafalkan. PEnulis ni jenis pelupa. KAlau telinga boleh tanggal, mungkin telinga pun penulis boleh tertinggal.. Tak hingin langsung menghafal Quran 30 juzu.. CUkuplah yang dah hafal masa kecik-kecik sampai menengah rendah dulu..

Masa tawaran itu dibuka, penulis masih berada di tingkatan 4. Apabila naik ke tingkatan 5, seorang Ustaz di sekolah datang ke kelas penulis dan berkata..

"Sapa nak pi temuduga DQ pagi ni, jom ikut ustaz"

Tetiba penulis rasa ringan kaki nak bangun ikut. Belum pun sesaat bangun, penulis terfikir;

"Kalau aku g temuduga ni, maksudnya aku akan ponteng kelas. Nanti mak marah pulak.. (kalau mak tahu)"
"Alah tak yah lah bagitahu mak. Pergi je dulu"
"Mak mesti suka punya. Temuduga nak masuk DQ la ni, bukan saja-saja ponteng"

Begitulah penulis berbual sorang-sorang dalam kepala. Akhirnya pergi lah jugak.

Sesampai di tempat temuduga, barulah penulis dimaklumkan. RUpanya DQ hanya mengambil pelajar yang cemerlang akademik dan lancar menghafaz untuk mengikuti program tersebut. Maksudnya, keputusan percubaan SPM mestilah bagus dan markah temuduga hafazan wajib 80% keatas. Jika kurang, secara automatik tidak layak..

Qua-qua.. Penulis pon berbisik dalam hati. Konfem tak dapat masuk. DAh la keputusan percubaan hancus, nak harap markah hafazan 80% keatas?? Hehe, kualikan saja lah niat nak masuk DQ nih. Dengan personaliti yang memang pelupa ini memang mustahil nak hafal Quran.. 30 juzu pulak tu. Kalau penulis terlupa, siapa nak tanggung dosa terlupa tu? Isk-isk.. memang tak sanggup. Tapi dah datang temuduga ni.. Macam mana? Takkan nak balik kot? Jauh.. Nak balik sendiri tak pandai. Akhirnya..

"Masuk jelah dewan temuduga tu, kalau dapat, baguslah. Kalau tak dapat, takpa. BAgus jugak. tak lah berdosa kalau tak ingat apa yang dihafal nanti"

..........................................................................................................................................................................
Ulasan penulis: Inilah nature kita. Belum buat lagi benda baik, tapi dah takut macam-macam. Tapi kalau nak buat maksiat; dah tak de fikir-fikir pun. Main buat je. k, kita sambung cerita.

Rabu, 24 Mac 2010

Begini bukan begitu

Kali ini nak cakap fasal hidayah lagi. Tapi dalam cara huraian lain pulak.

Pernah tak kawan-kawan berharap untuk melihat seseorang yang disayangi berubah jadi lebih baik? Sahabat ke, adik beradik ke, ibu ayah ke, sesiapa jelah.. Tapi apa yang kita harapkan tu tak jadi kenyataan.. Atau pun, orang tu macam tuuu lah jugak. Tak berubah pon.. Dah macam-macam cara kita buat.

Nak cakap tak Bagitahu, pelbagai gaya bagitahu dah buat.. Sindir, tak berlapik, berlapik, sopan.. Doa, bagi hadiah, bagi perhatian, bagi pertolongan, bagi sokongan,.. semua macam tak menjadi. Begitu jugak lah orangnya. Tetap dengan personaliti dan pendirian yang tak berapa betul dia..

Mesti pernahkan?? Haa, inilah kita panggil tak dapat hidayah Allah LAGI. Ha, ada perkataan LAGI kat situ. Maksudnya belum sampai masa dia terima hidayah Allah. Pintu hatinya masih belum terbuka..

Mestilah ada hikmah Allah takdirkan begitu kan? COntohnya, kalau dia dah jadi baik seperti yang sepatutnya; mungkin kita dah kurang menggunakan nikmat aqal yang Allah beri. Selagi dia tak baik-baik, kita akan berusaha gunakan aqal kita untuk membantu dia menjadi baik.. Betul tak?? Kita pun dapat pahala sebab berusaha melakukan amal baik.

Intipatinya, jangan putus asa dengan qadha dan qadar Allah. Hidayah Allah akan diberi pada sesiapa yang DIA kehendaki (bukan yang kita kehendaki).

DAri sudut pandangan berlawanan pulak; kita yang agak-agak rasa 'malas' betul nak jadi baik.. Tak boleh lah bagi alasan "Allah tak kasi hidayah" lagi.. Mana kita tahu yang Allah tak kasi hidayah? Isk-isk, sedap-sedap je cakap Allah tak kasi.. RUpa dan zat Allah pun kita tak tahu macam mana, apalagilah kita nak menghukum tindak tanduk Allah kan..

Isnin, 22 Mac 2010

Bersabarlah; kita dikurniakan nikmat berharga

Haii kawan-kawan. BAhagia tak hidup sekarang? Mestilah kan. Walaupun ada banyak masalah, banyak kerja, serabut tapi semua itu dijanjikan pahala oleh Allah, Tuhan kita yang Maha Pengasih lagi Maha Adil..

Sabar didunia ada faedah. Tapi sabar diakhirat dah tak guna lagi.. Sabarlah wahai sahabatku. Hehe siapa sahabatku? Sesiapa sahaja lah yang rasa dia sahabat penulis.. Tapi bila dah tulis dalam blog ini maksudnya untuk semualah ye.. Sahabat ke kawan-kawan ke semua boleh.

Sabarlah wahai kawan-kawanku, sabarlah dari dugaan hidup.
Sabarlah menghadapi kesenangan hidup.
Sabarlah menghadapi hawa nafsu.
Sabarlah menanggung perasaan.
Sabarlah dengan musibah yang datang.
Sabarlah dalam beribadah.
Sabarlah dalam berdepan dengan pelbagai jenis manusia.
Sabarlah menangani kerenah orang.

Sabarlah dengan penghinaan orang.
SAbarlah dengan kejayaan dunia yang dilalui.
Sabarlah dengan kekayaan harta yang dimiliki.
Sabarlah..

Pendek cerita, sabar itu ada tiga macam:
Sabar dalam melakukan ibadah dan ketaatan
Sabar dalam meninggalkan maksiat
DDAN sabar dalam menghadapi musibah..

Sabarlah dan sabarlah.. Kerana sabar didunia ini ada ganjaran dan keuntungan di akhirat. Bersabarlah sementara sabar kita masih dikira dan bernilai..

Tiada guna lagi kita mempraktis sabar di akhirat.. Kerana sabar disana tiada faedahnya.

Sabtu, 20 Mac 2010

Sudah la tu

Pernah tak kawan-kawan buat nakal? HEhe.. Tau mestilah pernah kan? Buat maksiat? Isk, ade ke penulis ni tanya soalan macam tu pulakkan?..

Ok-ok tak nak tanya dah macam tu.

Dalam penulis kali ini penulis mahu mengetengahkan satu isu. Apakah isu tersebut? (Macam tulis dalam majalah pulak daahh). Okay-okay. DAH cukup lah perasan sorang-sorang tuh.

Kalau kawan-kawan baca tulisan yang membincangkan tazkiyatunnafs (penyucian diri), mesti akan ada satu topik sentuh hal ini. Apakah hal itu? Kira-kiranya beginilah bunyinya:

Apabila kita memandang rendah pada suatu dosa kecil, maka itulah permulaan dosa besar.. hmm.. takut tak? EH tak cukup menakutkan ke? Tak pun, kita pernah buat salah dalam hidup, pastu kita asyik ulang ceritalah pada orang lain dengan bangganya.. itu pun boleh buat dosa lama kita jadi berganda..

Mungkin kawan-kawan susah nak faham, jadi meh lah penulis bagi satu contoh..

Kita tengah tak puas hati dengan seseorang.. Kita pun pelepas segala macam perkataan pada dia depan kawan kita. Kedian kawan kita pun tegur lah kita.. Tak nak bagi kita melarat mengata orang.. Tapi kita pun jawab: Relaks.. la. Bukannya dosa besar pun. Kata sikit-sikit je. Nanti mintak maaf la balik..

Atau satu lagi contoh:

Bila kita buat perkara sia-sia.. Dan kita sedar ia adalah sia-sia.. Tak kiralah bercakap ke, tengok ke kan.. Apa-apa jelah yang sia-sia tu. Tapi kita cakap pada diri kita, takpalah sekali sekala.. nanti taubatlah..

Atau

dengan mengulangi dosa kecil berkali-kali. HA, sikit-sikit lama-lama jadi bukit..

Ayuh kita sama-sama pertingkatkan taraf kita disisi Allah. Supaya bahagia diakhirat sana. Manusia tiada apa-apa untuk menghargai pahala kebaikan kita di akhirat kelak..

Entri terkenal