Sabtu, 27 Mac 2010

Baik tak baik (Siri 2)

Memang penulis tak berharap lansung untuk masuk DQ. Ye lah, orang lain yang datang temuduga, semuanya jauh lebih pandai dan kuat ingatan. Nak harap penulis yang pemalas menghafal lagi cepat lupa ini, mustahil sekalilah untuk berjaya dalam temuduga itu..

Sudahlah masuk dewan temuduga lambat. Sebab apa? Sebab lapar; pergi makan burger dulu di kantin. Sampai dari pagi tadi, sekarang dah tengahari, tapi masih belum tiba giliran. Selesai makan, rupanya sudah sampai giliran sekolah penulis memasuki bilik temuduga. Temuduga ini berbeza sedikit dari temuduga biasa. JIka temuduga biasa, setiap calon perlu masuk secara berseorangan kedalam bilik temuduga. Tetapi temuduga ini, kita perlu masuk secara beramai-ramai. Masing-masing mendapat muka surat masing-masing untuk dihafal. Masa yang diberi adalah satu mukasurat sejam. Tidak boleh lebih masa.

Masih segar diingatan penulis mendapat awal surah Al-Anbiya.. Menghafallah penulis dengan santainya.. Selepas dua orang dari seramai calon di dalam bilik tersebut memperdengar bacaan kepada penemuduga; penulis tidak sabar untuk keluar dari bilik tersebut dan terus bangun memperdengarkan bacaan.. Bosan duduk lama-lama dalam bilik tersebut.. Kalau tidak salah ingat, ada dua kesalahan bacaan yang penulis lakukan semasa memperdengarkan bacaan..

FUh lega.. Akhirnya habislah temuduga. BAlik lah rumah. Takutnya nak bagitahu emak, yang sebenarnya hari ini, tak belajar pun. Sebab menyertai temuduga untuk masuk program persijilan DQ-UIA.. Takut-takut pun, bagitahu jugak.. LA.. tak sangka, mak tak marah pun ponteng kelas hari tu.. RUpanya mak suka.. Sebab anak dia yang nakal nak hafal Quran. Dulu masa sekolah rendah, selalu sangat berjanji nak hafal Quran dalam cuti panjang (Sekolah di Malaysia kan cuti panjang bulan 12 setiap tahun) tapi tak pernah kota janji pun..

Akhirnya, dengan satu panggilan ke DQ, berubahlah seluruh kehidupan penulis.

"Tahniah, anak puan berjaya memasuki Darul Quran".

Waaa.. Nak nangis rasanya. Bukan sebab terharu. Tapi sebab dah dapat membayangkan hidup terkongkong sebagai orang baik! Bila dah hafal Quran, mesti banyak pantang larang.. Susahlah macam ni, banyak perkara yang dulu boleh buat dan mungkin lepas hafal Quran tak boleh buat dah..

Ulasan:
Nampak tak? Betapa mentaliti penulis yang sangatlah terkongkong pada masa itu? Ade ke hidup terkongkong kerana kena jadi orang baik? Yang lebih dahsyat, tak nak jadi baik.. Sebab kalau jadi baik susah. Itu tak boleh, ini tak boleh. Alangkah salahnya persepsi ini. Satu lagi, sapa cakap orang hafal Quran je ada pantang larang? Kita semua hamba Allah ada pantang larang. Kita kan hamba.. Mestilah tak bebas.. Hafal ke tak hafal QUran, undang-undang Allah sama jugak. Tak berubah pun.

Tiada ulasan:

Entri terkenal