Sabtu, 30 Oktober 2010

eleh?! suka suki je cakap

Kali ini, sukacita dan sukarela penulis mahu membincangkan suatu perkara yang telah biasa menjadi tajuk hangat dalam perbualan masa kini manusia..

Apakah itu? Iaitu cakap tidak serupa bikin. Bercakap hebat. bak kata seseorang "cakap kemaih!" tapi perbuatannya masih boleh diragukan dan diperdebatkan.

Bercakap dengan ilmu, berbuat pun mestilah dengan ilmu jugak.. Kalau bercakap dengan ilmu, buat dengan perasaan, kuang-kuang.. tapi oklah lagi dari, cakap dan buat dengan perasaan.. Hehe, pengsan manusia sekeliling melayan kerenah kita.

Manusia ni macam-macam gaya. Kalau kita hendak ikutkan hati, segala benda boleh kita marah dan bengang. Tapi tidak boleh ikutkan hati seratus peratus la kan.. Sebagaimana pepatah melayu cakap "ikut hati mati, ikut rasa binasa".

Bukan tak boleh ikut hati. Boleh je nak ikut hati. Tapi pastikan hati kita itu ikut perintah Allah. Hmm lepas tu bereh aje lah. Sebab hati ikut perintah Allah. Maka kalau kita ikut hati, maksudnya dah boleh ikut perintah Allah la.. Alhamdulillah.

Kawan-kawan nyampah ke tengok orang cakap tak serupa bikin? hehe. (Boleh pulak bertanya macam tak pernah tahu pulak).. Pada pendapat penulis la kan,  orang yang cakap tak serupa bikin ni sebab dia tak perasan yang dia cakap tu tak sama dengan yang dia buat. Atau, dia telah mengecualikan diri dia dari perkataan yang telah dia sebut itu.

Maka apakah sikap kita? Jika diri kita adalah seorang yang cakap tidak serupa bikin? Inilah nasihat pada diri yang lupa..

Kalau sudah cakap, cubalah buat. Tapi kalau tak boleh buat, Allah tak marah. (Ha?! cakap macam serabut pulakkkan).  Iyalah, sungguh penulis cakap ni. Kawan-kawan tak percaya?

Tanggungjawab kita pada ilmu adalah faham, buat dan sampaikan. Tapi kalau tidak mampu dilakukan, ia tetap perlu disebarkan. Kerana ramai lagi manusia yang lebih mampu dari kita untuk beramal dengan ilmu tersebut. Tapikan, itu bukanlah alasan untuk kita berhenti dari berbuat. Kita mesti usaha sampai berjaya buatlah. Tidak kisah la berapa lama masa yang diambil. Janji teruskan usaha.

Kalau tak nak cakap sebab tak nak buat, maka itu adalah dosa kita dengan Allah. Maka Allah akan tanya pulak kenapa tak nak cakap. Ada kefahaman Islam, tapi tak berani nak cakap. Oklah, cakap tu maksudnya sampaikan dengan baiklah.. dengan bijaksana maksudnya.

Cakap pasal Islam gedegang gedegung. balik rumah penat, tengok cerita hindustan..peluk sana peluk sini. Segala jenis lagu rok pasang. Habih cane la nak bagitahu nikmatnya solat apabila kita telah penat seharian bekerja (belajar pun satu pekerjaan jugakkan). Atau betapa Al-Quran itu satu hiburan yang sangat lazat dan mendamaikan tatkala kita letih dan bersedih..

orait, maaflah kalau penulis pun termasuk dalam kalangan manusia cakap tak serupa bikin. Ingat senang nak sampaikan kebenaran? hmm, dan ingat senang nak tegakkan kebenaran dalam keadaan semua orang takut dan tak nak buat?? (i mean to walk the talk -cewah cakap omputih pulak. ler baru cakap sikit dah perasan, cane la nak pandai macam ni punya perangai-)

KAlau duduk diam pulak, ingat senang ke hidup di hari akhirat kelak? Tahu tapi bisu. Itulah orang Islam yang sangat kerugian di hari akhirat. Orang yang sudah menyampaikan di dunia ini pun akan menyesal di hari akhirat, apalagi orang yang BISU.. Baiklah susah didunia dari susah di akhirat.. takde sape dah boleh tolong.. (oh tiba-tiba jadi sangat sedih mengingatkan hari akhirat) waaa.. apa bekal yang kita dah sediakan? Masih elok atau sudah rosak kerana penyakit hati kita..??

Jumaat, 29 Oktober 2010

Apa nak jadi

Kebelakangan ni banyak pulak rasanya nak membebel. Lagi nak exam, lagi otak tak boleh duduk diam. Lagi diam badan, lagi kuat otak berjalan-jalan.

Agaknya, bilalah penulis mahu tukar gaya bahasa yang suka sangat bersembang-sembang dengan kawan-kawan pembaca ni? Penulis sedang berusaha. Tapi entahlah penulis rasa, guna gaya sembang-sembang begini lebih dekat dengan para pembaca sekalian. Tapi tak tahulah apa yang kawan-kawan pembaca semua rasa. (Terlalu banyak 'TAPI' ??!)

Kali ini nak ajak kawan-kawan menghayati ayat Quran dari surah al-A'araf 199.

" Jadilah pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan kebaikan, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh"

Kemudian,

Ayat ini pulak:

Dan laksanakanlah solat pada kedua-dua hujung siang dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang yang selalu mengingati (ALLAH).

Dan bersabarlah kerana sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala ornag yang berbuat kebaikan

Surah HUD 114 dan 115.

Khamis, 28 Oktober 2010

FIkir-fikir lah

Banyak betul fikir yang bukan-bukan?!

Ade ke benda gitu pun malas nak fikir?!

Allah berikan aqal untuk berfikir. Kalau malas berfikir, sah-sah lah tak bagus dan cacat. Tapi terlebih fikir pun tak boleh jugak sebenarnya. (Cewah, cakap kemaih! -ini ayat orang kedah yang adik penulis selalu guna. bahasa bakunya adalah "cakap kemas". Maksudnya cakap hebat sangat la tu-)

Ini pesanan untuk diri penulis sendiri. Tapi kalau berguna untuk kawan-kawan pembaca pun apa salahnya kan.

Kita ini ummat pertengahan. Maksudnya, apabila hendak berfikir.. berfikirlah secara yang sepatutnya. Tapi kadang-kadang ada je benda yang menguja kita untuk berfikir perkara yang kita tidak mahu fikir pun.. (kawan-kawan pernah tak rasa macam tu??)

Kan-kan.. Hati dan fikiran kita ini, Allah yang punya. Sebab tu bila rasa dah tak dapat mengawal dengan baik, maka mintaklah dengan Allah supaya kita mampu mengawalnya kembali.

Kita ni, kalau bagi rosak senang betul. Tapi nak baiki balik..hadeila.. "hembing" -ini perkataan orang kelantan je faham- penulis pun tak tahu lah nak terjemah perkataan apa yang sesuai..

Maka dengan itu, sebelum sesuatu itu rosak dengan teruk kerana kecuaian kita. Cubalah jaga sebaik mungkin. Dan jika dah hampir rosak baru kita sedar.. maka segeralah membaiki supaya kerosakkan itu tidak melarat lagi. Tapi kalau nak melarat jugak, itu pastinya bukan dibawah kekuasaan kita lagi. Disinilah sifat tawakkal pada Allah akan memainkan peranan.

Tawakkal, berserah diri pada Allah sesuai dengan segala usaha yang mati-matian..
Kalau tak usaha, pastu nak berserah diri. Itu namanya tawakkul..

Setakat itu dahulu. Babai.

Selasa, 26 Oktober 2010

Tak nak cakap

Tak nak cakap. Nanti kalau tak buat berdosa.

Tapi kalau kita tahu, kita wajib sampaikan.

Tak nak dengar. Nanti dah tahu kena buat..

Boleh ke tak nak dengar. kan Allah suruh belajar kalau tak tahu.

Taknak buat.. susahla. tak biasa.

mana ada orang kat dunia ni lahir-lahir terus biasa buat itu dan ini..

nak buat tak tahu boleh..? Sebab kalau buat tahu.. kena buat

Macam mana nak buat tak tahu? kan Allah dah tahu yang kita sudah pun tahu..


Walau apa pun alasan kita dalam menjalani hidup sebagai khalifah Allah diatas muka bumi ini.. Kita telah pun hidup dan telah menerima tugas dan tanggungjawab yang ditolak oleh makhluk Allah yang lain.

Maka adalah suatu penyesalan yang sangat besar diakhirat nanti apabila kita enggan setelah setuju menerima amanah Allah ini.

Tiada tempat untuk kita melarikan diri. Kerana perjanjian kita menerima amanah memakmurkan bumi inilah; kita dilahirkan dan 'merasai' apa itu dunia yang fana.. menghadapi bisikan hawa nafsu dan syaitan..

Isnin, 25 Oktober 2010

Mim ta ba ain ta marbutah

Kawan-kawan tahu tak apa maksud tajuk di atas? Hmm.. kalau tak dapat. Maka penulis doakan sehingga berjaya. Selamat maju jaya.

Sekarang penulis mahu berkongsi mengenai FOLLOW UP AMAL KEBAIKAN.

Dalam hidup kita yang penuh kesibukkan, pasti ada satu masa yang kita ambil dua tiga saat (paling teruk dah ni) untuk menyusun atau merancang kerja-kerja yang bakal diselesaikan pada hari tersebut.. betul tak? Ala tanya pun bukan ada orang jawab la. Ok tak yah tanya dah.

Dalam senarai rancangan kita itu pernah tak kita masukkan sekali rancangan melakukan ibadah khusus?? Ibadah umum tu banyaklah kan.. Segala perbuatan baik yang dilakukan kerana Allah maka ia dikira sebagai ibadah umumlah..


Ok-ok, berbalik kepada ibadah khusus.. Pernah tak kita fikir tentang ibadah khusus yang kita lakukan setiap hari? Apakah cita-cita kita dengan ibadah khusus kita itu? Hmm..


Sebagaimana kita belajar.. kita ada target keputusan terbaik yang kita mahukan. Jadi apakah target keputusan terbaik yang kita mahukan untuk ibadah khusus kita? Sekadar solat penuh lima waktu sudah mencukupi?


Ok udahlah sikit-sikit tu kan. Jom kita belakangkan skrin komputer ni dan buat muhasabah sekejap..

Sabtu, 23 Oktober 2010

Senang hatinya

Allahu akbar walillaahil hamd..

Apa petua mahu jadi senang hati walaupun kerja banyak menggunung dan ya Allah! masalah bersimpul dahsyat..

Senang aje dong.. Ingatlah hari Akhirat hari dimana kita akan bertemu kekasih kita.. ALLAH.

Walaupun terasa berat beban di bahu. Airmata tak larat nak tadah.. Kerja tak cukup tangan dan otak nak diselesaikan..Tapi hati rasa LUAS dan bahagia sekali.. Betul..! BAHAGIANYA..

Hehe. Serius bahagia bila ingat Allah dan hari akhirat.

Haa dengan satu syarat. Kena tahulah macam mana caranya nak ingat Allah dan hari akhirat tu..

Kuang-kuang. kalo tak tahu, cane la nak jadi bahagia..

Khamis, 21 Oktober 2010

Tajarrud

T
A
J
J
A
R
R
U
D
.
B
U
L
A
T
K
A
N
H
A
T
I

P
A
D
A

A
L
L
A
H

Selasa, 19 Oktober 2010

Persepsi yang ek-hem

hai semua. Assalamualaikum warahmatullahiu wabarakatuh. ha baca gaya orang nak berpidato gitu. Baru semangat. Jangan baca macam pemegang mohor raja-raja nak buat pengumuman raya tu. Sah-sah la tertidor nanti. hehe.

Sebagai hamba Allah yang mempunyai akal fikiran, kita memang akan berfikir. Bezanya fikir banyak sikit atau cara berfikir.

Hidup dizaman sekarang, zaman jahiliyyah moden.. penuh dengan pelbagai persepsi ciptaan.. Kalau bukan persepsi ciptaan pun, persepsi yang lahir kerana budaya hidup zaman jahiliyyah moden.

eh? kita hidup zaman jahiliyyah ke?.. Ha'a. Zaman Jahiliyyah Moden gitu. Segala jahiliyyah zaman dahulu sudah muncul kembali dalam sarung MODEN. kan-kan? perasan tak?

Bunuh anak.. dulu anak perempuan sahaja. Tapi moden punya ni, laki perempuan pun tak kesah.

Wanita yang dieksploitasi. Dulu hamba sahaja yang dieksploitasi. Sekarang habis segala wanita merdeka pun terkena sekali. Edisi moden punya ni, dah jadi makin dahsyat, sebab, yang dieksploitasi bukan rasa terhina, tapi rasa mulia pulak. Sebab jadi popular.. Hmm mestilah popular, sebab semua orang tahu dia cantik. Poster muka dia ada merata-rata kat tepi jalan. Besar.

Ha.. inilah dia persepsi yang ek-hem tu. Persepsi tak kena. Wanita cantik, gambarnya tertempek di sana sini dikatakan sangat 'MAHAL' dan 'bertuah'.. Waduh-waduh.

Bertuah ke kalau semua orang dah tengok sesuatu yang Allah suruh tutup dan simpan dari pandangan orang ramai?

Apa jadi kalau tak dengar cakap Allah? dapat dosa. Bila dapat dosa.. dapat siksaan Allah. Dapat siksaan Allah maksudnya, Allah murka la kan.. Dah kalau Allah marah dengan kita.. Ada 'chance' ke kita nak merasa nikmat syurga yang Allah janji nak beri pada hambaNya yang taat??

PAstilah tak de 'chance' dah. Kalau dah takde 'chance' untuk merasai syurga Allah.. Maka BERTUAHkah kita???

Ahad, 17 Oktober 2010

Virus ukhuwah fillah

Kawan-kawan pernah dengar tak istilah ini? Hmm virus H1N1 itu biasalah dengarkan. Apakah sifat virus? Hmm sifat ke sikap. Ha?! Habit/tobiat virus.

Habit virus yang paling biasa: tersebar dengan cepat apabila suasana dan tempat itu sangat sesuai untuk pembiakannya..

Habit seterusnya, ia akan hilang dan berdiam diri jika terasa iklim dan perumah itu sudah tidak lagi sesuai untuk tujuan pembiakannya. Tetapi AWAS. Ia akan kembali membiak apabila keadaan perumah kembali OPTIMUM untuk replikasinya.

Kawan-kawan fahamkan maksud penggunaan perkataan optimum dan replikasi yang penulis gunakan??

Dalam perjuangan kita berbuat amal kebaikan, bukan mudah untuk kita mencapai tahap ikhlas. Lafaz “Aku ikhlas” bukanlah penunjuk keikhlasan yang ada di hati. Hanya Allah yang tahu ikhlas atau tidak. Kadang-kadang, diri kita sendiri pun boleh menilai sejauh mana kasih kita pada tuhan itu mendorong kita melakukan amal baik tersebut.

Amal baik kita boleh dirosakkan dengan pelbagai jenis penyakit hati yang bersarang dalam diri. Jika tidak di ubati.. rosaklah segala amal baik kita. Menjadilah ia debu yang beterbangan. He. Takut tak? Sungguh seram kan. Lebih seram dari tengok cerita hantu kan..

Begitulah juga dengan ukhuwah fillah. Persahabatan kerana Allah. Ia bukan sesuatu yang murah untuk dimiliki sesiapa sahaja. Tapi ia adalah hadiah Allah buat orang-orang baik. Hadiah Allah buat orang-orang yang memiliki cinta pada Allah. Jika kita tidak menyintai Allah, masakan Allah akan beri cinta orang-orang yang menyintai-Nya. Kan-kan??

Ok setakat itu dahulu. Jumpa lagi.

Jumaat, 15 Oktober 2010

jom pergi haji.. yeay!

Hayo.. Bahasa elok sungguh cik mek ni sorang.

Sepatutnya, Jom pegi haji. Alhamdulillah.
Bukanya yeay macam tajuk di atas.
Sebenarnya terinspirasi dengan blog seorang makcik BUDAYA ILMU.

Kenapa? Kerana memberi semangat untuk melakukan haji di usia muda. Kan ibadah haji itu termasuk dalam ibadah badaniah. Maksudnya, ibadah yang perlukan kekuatan fizikal dalam melaksanakan.

Kadang-kadang kita ni lupa.. Bila orang tanya: Nanti nak buat apa dengan gaji pertama?.. Oh, macam-macam lah cita-cita kita yang hebat tu kan. Tak nak la tulis kat sini.

Simpan buat pergi haji.. Tapi nak guna kereta. nak beli rumah. Nak kawin. (eh tersebut sesuatu yang sensitif untuk anak dara berumur pertengahan 20an pulak). Habis macam mana?
Karang hutang keliling pinggang pulak. Hmm.. itulah. Bukan tak nak jawab. Tapi nak bagi peluang kawan-kawan berfikir dengan aqal pemberian Allah itu..

Entri terkenal