Sabtu, 1 November 2014

Dakwah Jalanan?



Assalamualaykum warahmatullah..

Sebelum saya memulakan apa-apa perbincangan, mari kita lihat beberapa poster iklan "street dakwah" di bawah..








Rupanya banyak sudah "street dakwah" yang berjalan di seluruh Malaysia.
Mungkin juga sudah banyak usaha yang sama di luar negara.




Apa itu "street dakwah"??

Dalam bahasa Malaysia di sebut; dakwah jalanan.. 

Ia adalah perbuatan menyampaikan islam semasa kita berjalan-jalan.

Seperti biasa.. jika mahukan maksud yang skema, cantik dan memenuhi kehendak tatabahasa; saya menasihatkan para pembaca melakukan pembacaan lebih lanjut di laman-laman yang lebih serius dan di iktiraf. Penulisan di sini hanya sebagai pengenalan, insyaAllah.


Persediaan kita

Jika adik-adik yang dirahmati Allah perasan, sebelum dan selepas keluar bertemu masyarakat, kita telah:

1- melakukan beberapa persediaan dari segi diri sendiri

menyediakan hati, diri dan fikiran untuk benar-benar "MAHU" melakukan.
berpakaian kemas dan berpenampilan senang di dekati.

2- melakukan persediaan secara berkumpulan atau bahasa Arabnya; Jamai.

Kita berkumpul dahulu, berbincang, saling ingat mengingati dan membahagi kerja. Kemudian melakukan "bedah siasat" atau sesi muhasabah untuk tujuan pembaikan.

3- persediaan dari segi bahan.

Apa mesej yang mahu kita sampaikan melalui perbuatan, perkataan dan pemikiran.
Bahan-bahan bantu menyampaikan maksud juga kita bawa bersama, seperti risalah, pamplet, hadiah penghargaan kerana kerjasama dan sebagainya.

Kenapa kita melakukan hal ini?


ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ 

 Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

An-nahl: 165


إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَىٰ مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ ۙ أُولَـٰئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّـهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Al-Baqarah: 159


Kerana kita yakin, Islam adalah agama kebenaran dan ia perlu disampaikan dengan kebijaksanaan dan penerangan.

Sedarkah kita?

Maksud ISLAM itu sendiri?
“tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan”.
(Abul Ala Al-Maududi)

Hakikatnya, seluruh hidupan di dunia dan langit sangat ISLAM.

Ayuh bawa pandangan adik-adik ke bumi..
lihatlah pada pokok..
Ok senang je kan nak bayang pokok..



Siapa beri arahan pada pokok untuk tumbuh ke atas dan berakar ke bawah?
Siapa yang menentukan pokok itu pendek berdaun lebar dan pokok ini tinggi menjulang berdaun kecil?

Pasti pokok tidak tumbuh dengan kehendak ia sendiri.
Pokok tiada otak seperti manusia untuk membuat keputuan mahu atau tidak mahu.
Sedangkan manusia yang berotak pun tidak mampu memberi arahan pada badannya untuk berhenti dari menjadi tua..

kan?

Jadi siapakah yang sangat berkuasa ini?

Ya, pastilah di bawah arahan dan kehendak Allah pokok-pokok itu tumbuh dan berfungsi, tidak jauh bezanya dengan sistem badan manusia yang semakin dewasa dan akhirnya tua dan meninggal dunia.

Maka..
Pokok dan sistem badan manusia adalah ISLAM.

Kerana mereka sangat patuh pada peraturan dan susunan yang telah Allah tetapkan.

Jadi apa kaitannya?

Kita meyakini Islam sebagai agama kebenaran, maka sebarkanlah..
Sebagaimana kita suka singgah makan disebuah kedai makan yang sedap dan bersih kemudian kita iklankan pada kawan-kawan agar makan di sana.

Jika kita seronok dan suka beragama islam..
Sebarkanlah.

"Street dakwah" bukan bermusim adik-adik.
Ia sebenarnya kerja harian kita.
Hari-hari kita berjalan dan berpeluang untuk 'berdakwah'.

kerana..
Setiap hari kita bersama masyarakat.
Setiap hari kita bertemu bergaul dan berurusan dengan masyarakat.

Terfikirkah kita, bagaimana akhlaq kita selama ini menggauli mereka?



Pernah kita terfikir untuk menyampaikan islam pada pakcik jual air yang kita beli setiap hari?
Pernah kita terfikir untuk menyampaikan islam pada makcik yang kita jumpa setiap hari sambil tunggu bas?
Pernah kita terfikir untuk menyampaikan islam pada peniaga pasar malam yang kita beli makanan setiap minggu?

Hakikatnya, ISLAM bukan hanya agama falsafah dan ceramah.
ISLAM adalah cara hidup..

Saya masih rasa terbeban

Dakwah.
Kadang-kadang fobia dengar, tengok apatah lagi untuk sebut.

Dakwah ini menyeru.
Menyeru manusia kepada kebaikan.

Pelik ke?
Suci sangat ke hingga hanya ustaz-ustaz sahaja boleh buat?

Tak la..
Semua orang boleh buat.

Tidak perlu menyeru dan mengajak pada perkara yang kita sendiri pun tidak tahu.
Ajaklah pada perkara yang kita sudah tahu dan sudah di ajarkan.

contohnya:

Islam mengajar kita tentang bersih.
Islam mengajar kita menghormati orang tua.
Islam mengajar kita mendengar cakap ibubapa selagi tidak bertentangan dengan syariat.
Islam mengajar kita bersungguh-sungguh melakukan kerja.

Biasa dengar kan semua ajaran ini?

Ajarkanlah apa yang sudah kita pelajari dan amalkan.
Mana-mana yang belum cukup dan belum tahu, kita sama-sama tambah dan belajar.



Lepas ni saya akan sambung pula tentang..

Bagaimana kita belajar dari peristiwa-peristiwa dalam "street dakwah" dan bagaimana "street dakwah" ini memberi manfaat pada amal dan iman kita.

Hingga bertemu lagi di lain siaran..




Ahad, 26 Oktober 2014

Ada apa dengan Parlimen Belia?

Assalamualaykum wa rahmatullahi wa barakatuh

Selamat malam dan selamat tahun baru 1436H.

Pengenalan/latar belakang

Seperti biasa mutiara bd akan menulis gaya sembang-sembang kedai makan tapi dengan tajuk sedikit serius. Parlimen Belia..

Ini bicara politik kah?
Kadang-kadang kita meluat dengar orang cakap degang-degang dan kita akan tutup topik yang agak politik pada pandangan kita itu dengan komen "politik kotor!" ditambah dengan rencah rasa meluat.
Habis sekian terima kasih.

Malas berbicara soal politik.
Susah.
Kalau salah cakap, buruk padahnya.

Benarkah sangkaan kita?


Kisah bermula

Pelawaan menjadi calon parlimen belia bukanlah pelawaan menarik seperti belanja makan di kedai makan sedap selesa berhawa dingin.



atau mimpi indah duduk dalam taman bunga



Pening serabut.
confius.
Bercampur baur rasa hairan, pelik berbelah bahagi.

Betul ke aku nak jadi calon?
Berlaku konflik diri yang amat hebat. -_-'

Sudahlah dengan persepsi "pelbagai" dan "bercampur" antara suka dan tidak suka terhadap perbincangan parlimen sebenar.





Akhirnya

Apa sebenarnya politik?

menurut kamus dewan edisi ke-empat; politik adalah segala yg berhubung dgn pemerintahan sesebuah negara serta perhubungannya dgn negara lain.

atau (berdasarkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2008-2014: http://prpm.dbp.gov.my/); bahasa mudahnya ilmu kenegaraan.

Maka; politik bukanlah sesuatu yang kotor pada asal kejadiannya ^-^
Ia sesuatu tentang negara dan pengurusan sebuah negara.

Bukankah kita semua tidak kira kanak-kanak, belia, remaja, dewasa mahupun warga emas adalah salah seorang yang menduduki sebuah negara?

Sebagai seorang warganegara..
Kitalah yang mencorakkan politik di negara kita, walaupun kita bukanlah seorang Perdana Menteri atau memegang mana-mana jawatan penting dalam negara.

Jadi sebenarnya, kita..

seorang rakyat biasa yang menjadi anggota negara atau bahasa biasanya warganegara

yang memilih jenis politik apakah yang akan dimainkan dalam negara kita..

dengan cara.. memilih siapa pemimpin kita.




ok, jelaskah penerangan ini?
Jika anda memang tidak minat sila lah bersabar.


Kerana meluat memang susah nak hilang selepas sekian lama terlekat dan tertempel dalam hati.

Penutup

Saya mahu politik yang bersih, jujur dan amanah.
Saya mahu politik yang membela kebenaran..
Tidak kira siapa pun yang bakal menjadi pemimpin kelak.

Jika saya tidak bersungguh-sungguh buat apa yang saya mahu....
Pada siapa lagi saya menaruh harapan?

Yalah, pasti dan sesungguhnya pada Allah Tuhan saya.
Tapi bagaimana Tuhan mahu beri jika saya tidak membuktikan saya memang hendak?

Oleh itu, bersempena dengan tahun baru 1436H..

Berhijrahlah kita dari pemikiran lama yang sempit dan terbatas sejauh pengalaman diri sendiri, kepada pemikiran yang lebih luas merentas masa, bangsa dan negara!

Menang ke tidak bukan cerita penting.
Cerita penting adalah USAHA warganegara khususnya belia untuk membela KEBENARAN..

kerana

BELIA PENENTU MASA DEPAN NEGARA!

Sabtu, 18 Oktober 2014

Belia penentu masa depan negara

Jika anda seorang arkitek,
Apa yang anda buat bila mendapat sehelai kertas?

Jika anda seorang pegawai perubatan,
Apa yang anda buat bila mendapat segelas air?


Jika anda seorang tukang sapu,
Apa yang anda buat bila mendapati sampah?


....

Jika anda seorang belia..
Apa yang anda buat bila..

...


مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّـهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا 

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah; maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu, dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Surah Ahzab: 23


Jika anda seorang belia..
Belia yang bagaimanakah yang akan kita jadi?

Jika anda seorang belia,,
Belia bagaimanakah yang akan menjadikan negara cemerlang?

Jika anda seorang belia..
Tahukah anda, belialah penentu masa depan negara.

..



Sedarkah kita siapa para pemimpin hebat sekarang suatu ketika dahulu?
Mereka adalah belia.

Pernah lihat orang tua mengemis tidur tepi jalan?
Siapakah mereka suatu ketika dahulu?
Mereka pernah menjadi belia.

Pernahkah kita memerhati siapakah ibu bapa kepada anak-anak cerdik pandai sekarang?
Mereka juga belia suatu masa dahulu.

Perasankah kita..
Siapa ibubapa para remaja bermasalah, penjenayah dan penyalahgunaan dadah zaman sekarang?
Mereka adalah belia pada zaman dahulu.

....

Jika hari ini, kita menjadi seorang belia yang amanah dan bertanggungjawab;
Esok negara kita aman dan makmur dari salah guna kuasa.

Jika hari ini, kita menjadi seorang belia yang korup dan pilih kasih;
Esok negara kita penuh dengan rasuah dan penindasan.

Jika hari ini kita seorang belia yang tahu kepentingan pendidikan;
Esok negara kita punya banyak generasi pelapis yang berilmu pengetahuan.

Jika hari ini kita seorang belia yang hanya mahu seronok dan tidak tertekan;
Esok negara kita penuh dengan hiburan dan aktiviti melalaikan.

Jika hari ini kita seorang belia yang mencintai kebenaran dan berpegang pada janjinya.
Maka esok..
Kukuhlah negara dari segenap segi kerana sikap memenuhi janji dalam kalangan masyarakatnya!



Entri terkenal