Jumaat, 31 Julai 2009

Teruskan usaha anda

Haii, amacam hidup sekarang? Pernah tak rasa jauuhhh sangat dengan Allah? Kalau tak pernah rasa baguslah. Syabas penulis ucapkan. Kalau pernah rasa pun bagus jugak sebab itu tanda kita sedar diri.. Tapi kalau tak pernah sedar pun rasa dekat ke jauh dengan Allah itu memang bahaya.. Tahap maksimum punya bahaya. Kalau bahasa mudah fahamnya, kena masuk icu lah kalau duduk kat hospital..

So kawan-kawan, rasa jauh ke, dekat ke, yang penting usaha kita mendekatkan diri dengan Allah. Kalau nak mudah faham, macam kita dengan kawan kita lah. Kita kan selalu nak duduk dekat-dekat dengan kawan kita. Tak nak jauh-jauh. Betul tak? Mane ade orang kawan baik tapi tak nak duduk dekat-dekat kan? Itu macam tak siuman je..

Haaa sama lah jugak kita dengan Allah. Dah kalau sayang Allah, takkan nak jauh-jauh dengan Allah pulakkan? Kecualilah kita ni tak sayang Allah.. Haa ade ke orang tak sayang Allah baca tulisan dalam blog ni? Kalau ade, silalah balik dan bertaubat bebanyak ye.. Tapi penulis tahu, yang baca tulisan dalam blog ni semuanya tak de yang macam gitu kan.

ok, teruskan usaha kawan-kawan untuk mendapatkan perhatian Allah. Supaya hidup kita lebih bermakna dan bahagia dengan cinta yang Maha Agung..

Rabu, 29 Julai 2009

BZ bodi 2

Apakah BZ bodi yang dituntut?

  • Apabila kawan kita sakit kena ziarah.
  • Bila kawan ada masalah dan bermuka serabut kena tanya khabar dan bantu apa yang patut.
  • Apabila mereka meninggal dunia, jenazah dia perlu kita iring.
  • Apabila seseorang itu bersin, kita perlu jawab..
  • Jika dia melanggar undang-undang Allah, menjadi tugas kita untuk mengingatkan
  • Jika dia beramal soleh, kita mesti encourage (cewah cakap omputih pulak dahhh, maksudnya menggalakkan lah kira-kiranya).

Sebenarnya, ini tidaklah dikira sebagai bz bodi kan? Ia dikira ambil berat, kalau bahasa omputihnya, take care. Kalau bahasa Arabnya, tak tahu pula penulis. Jika ada pembaca yang tahu boleh lah berkongsi..

Tahu tak sebab apa ada orang sibuk-sibuk nak ingatkan kita? Hmm, penulisa rasa tak nak tulis pulak sebab-sebabnya.. Kalau nak tahu, cubalah tanya orang yang selalu tegur kita tu.. Napelah dia asyik tegur kita.. Mesti jawapannya lebih best dari jawapan yang penulis ada.

Isnin, 27 Julai 2009

BZ bodi 1

Selamat pagi, selamat sejahtera iman kita. Amacam kehidupan hari ini. Sekarang sudah pertengahan bulan Julai. Rasanya semua pelajar ipt di Malaysia sudah memulakan sesi pengajian baru (kalau belum habis belajarlah). Kalau dah habis belajar, maksudnya tengah bedebar nak kerja kan? Pape jelah kan.

Sebenarnya, penulis teringat sesuatu untuk dikongsi dengan kawan-kawan pembaca sekalian. Pernah dengar tak orang marah-marah sambil mengatakan

“Kenapalah aku ni ditakdirkan dapat kawan penyibuk macam dia tu?” atau “Apalah yang nak disibukkan sangat, kubur kitakan lain-lain.” “suka hati akulah nak buat apa pun, rimas aku dia tuh”

Pendek ceritanya, ada orang marah sebab ada orang ‘BZ bodi’ hal dialah. Ambil berat dengan BZ bodi sama tak? Mungkin kita boleh rujuk kamus untuk memahami dengan lebih tepat. Bagi penulis sama sahaja. Yang penting, apa yang di ‘BZ bodi’ kan itu dan bagaimana ia di lakukan. Ada ‘BZ bodi’ yang sangat dituntut dan ada ‘BZ bodi’ yang sangat dikeji. Di tuntut atau dikeji, itu bergantung pada isu dan cara ia dilakukan.

Sabtu, 18 Julai 2009

Dah puas cuti

Dalam bas:

Seorang wanita sedang duduk dikerusi betul-betul belakang pemandu. Dia sedang mendukung anak lelakinya. Baru sahaja dipaskan kepadanya oleh seorang lelaki (mungkin bapa saudaranya). Puas berada di dalam bas, budak kecil itu mahu turun. Katanya bas tak bergerak pun. Si ibu tidak membenarkan anak itu turun. Beberapa minit saja lagi bas akan berlepas. Apalagi, menangislah dia kesedihan. Kejamnya ibu tidak memahami kehendak si anak. Kuat sungguh dia menangis.

Setelah hampir semalaman berjalan, bas berhenti disebuah hentian. Untuk memberi laluan kepada penumpang membuang sisa kumuh dan peluang untuk pemandu berehat sebentar. Ternampaklah, sianak yang menangis kuat tadi sudah tertidur. Dia dibaringkan di atas kerusi siibu. Manakala siibu pula duduk dibahagian depan kerusi. Entah bagaimana siibu itu duduk dan membuatkan ruang yang sempit itu mampu didudukinya.

Renungkanlah pengorbanan siibu dalam kisah ini.

Anak menangis dengan kuat di dalam bas. Ibu memujuk hingga dia diam.

Anak mengantuk dan mahu tidur. Siibu memberikan ruang tidurnya kepada anak. Manakala dia tidur dibahagian orang meletakkan kaki sahaja. Perjalanan adalah satu malam.

Jika marahkan ibu tidak memahami kita, maka ingatkan lah diri kita. Berapa banyak pengorbanan ibu selama kita dibesarkan dan lansung kita tidak menyedari pengorbanannya..

Bukan selamat hari ibu. Tapi selamat menyambut bulan rejab, sya’aban dan Ramadhan.

Jumaat, 17 Julai 2009

Datang awal atau lambat 2

Okaylah, seperti biasa, bila dah cerita-cerita macam gini, kenalah kupas dan garap pengajaranya kan? Takkanlah kita nak biar apa yang berlaku dalam hidup kita ini sebagai ‘angin lalu saja’. tiada renungan dan iktibar..

Antara perkara yang kita boleh pelajari adalah:

Tak semua kerja penting kita, dianggap penting oleh orang lain. Maksudnya, kita perlu memahami keadaan orang lain sebagaimana kita mahu orang lain memahami keadaan kita.

Tugas kita berada dipusat pengajian adalah belajar, tapi bukanlah semata-mata yang ada dikelas. Lain-lain luar kelas pun kena jugak belajar. Dan adalah sangat tidak patut kita bertanya orang yang balik awal ke pusat pengajian untuk apa?

Apabila kita bertugas/bekerja di bahagian perkhidmatan awam, kemahiran bersosial dan komunikasi itu sangat penting. Haaa, contohnya ahli farmasi, jual ubat pada orang sakit. Kalau tidak pandai layan orang, silap-silap, sakit sikit pun boleh jadi bertambah-tambah pulak. Macam tulah jugak kerja kat tempat lain. Kiranya, orang yang bekerja dibahagian layan orang ni, memang ada satu keistimewaan atau wajib ada keistimewaan itu. Pandai layan orang. Macam orang yang layan penulis nak ambil kunci ni lah. Dengan muka dan gaya dia bercakap tu, penulis jadi kofius, boleh ke tidak sebenarnya ambil kunci awal-awal.. (Input tak sampailah –komunikasi tidak berkesan).

Owh, adalah diingatkan, kemahiran melayan orang ini digunakan hanya apabila kita mahu berkhidmat atau menjalankan tugas. Jangan digunakan sembarangan. Nanti kisah lain pulak yang jadi.

Khamis, 16 Julai 2009

Datang awal atau lambat 1

Hari ni penulis mahu berkongsi satu al-kesah kepada kawan-kawan pembaca semua. Ini kesah benar tau. Bukan kesah rekaan. Ia benar-benar berlaku di sebuah tempat atas dunia ni (Mana buleh bagitahu dimana).

Kisahnya bermula begini. Pada suatu hari, penulis ke sebuah pejabat untuk meminta kunci (nak check in). Hari tersebut adalah hari Jumaat. Kiranya Isnin depan dah nak stat kelas. Sebaik sahaja masuk dalam pejabat, ada seseorang telah ternampak penulis. Tapi dia buat tidak tahu sahaja. Manakala seorang lagi berdiri membelakangkan penulis. Yang lain sibuk dengan kerja masing-masing.

Lama penulis tunggu. Nak tekan loceng macam tak sopan pulak mengganggu orang berbual. Last-last, penulis ketuk meja (tapi perlahan je..). Barulah yang membelakangkan penulisa tadi berpusing. Dia pun tanya “awak nak apa?”. Penulis pun jawablah “saya nak ambil kunci bilik”. “Eh kenapa awal sangat datang ambil kunci bilik ni?”. Penulis pun diam je lah. Buat apa beritahu dia datang awal nak buat apa? Bukannya dia boleh tolong penulis buat keje pun kalau dia tahu.kan? Lepas tu, dia tanya lagi. “Kenapa awak datang awal sangat ni?” “Saya heranlah kamu semua ni datang awal-awal nak buat apa?”. Yang penulis pelik tu, kenapa lah dia nak tahu sangat sebab kami semua datang awal. (Bila dia tanya macam ni baru tahu, rupanya ramai orang lain yang datang awal). kemudian dia menyambung lagi “tahu tak, kamu datang ambil kunci awal-awal ni kena bayar tahu. Kamu kuliyah apa ni?”. Pulak dah. Belum sempat susun ayat sopan-sopan, dia pun berkata lagi, “orang lain kalau boleh lagi lambat datang lagi bagus, kami selalu bagitahu, daftar hari sabtu ahad, daftar hari sabtu ahad”.

Sudahnya penulis tidak percaya juga kena bayar jika ambil kunci awal. Bagi penulis bukannya awal sangat dah hari Jumaat tu. Dah tinggal 2 hari je lagi nak buka cuti. Satu hari rest, satu hari lagi nak kemas-kemas bilik (yang dah tinggal 3 bulan, yelah sebelum balik dulu tidak sempat mengemas betul-betul). Sebenarnya kena bayar tu tidak lah dikesahkan sangat, Cuma geram cara dia bertanya sebab penulis (dan orang lain, entah sesape lagi datang awal pun penulis tidaklah ketahui) datang awal.

Takkanlah kita ni datang awal ke pusat pengajian untuk berfoya-foya kan? Aiseh, bengang jugaklah sikit-sikit, bila orang asik-asik tanya “nak buat apa datang awal-awal”..

Rabu, 15 Julai 2009

Hidup penuh dengan pelajaran

Pernah tak rasa kecewa sangat dengan seseorang? Atau dah rasa tawar hati habis. Dah tak kesah apa dia nak buat. Dosa ke pahala ke, suka hati dialah. Dia nak buat dosa dengan Allah, suka hati dialah. Buat apa aku ambil kesah lagi. Aku punya tugas sudah tamat.

Nak tahu tak, penulis jarang sangat rasa macam ni. Tapi sekarang penulis dah terasa macam ni. Macam mana tu? Haiiii, itulah yang dikatakan ‘macam-macam’.

A-haaa, penulis sudah dapat satu idea! TING!

Owh, mungkin sebab tak ikhlas kot. Itulah sebab rasa tawar hati tuh. So, bukan salah orang yang degil dengan dosa dia. Tapi salah kita sebab tak ikhlas buat ibadah. Jadi tolonglah belajar jadi ikhlas. Kan Allah MAHA ADIL.

Kedua, macam mana pulak tawar hati sebab kita layan dia elok-elok tapi dia layan kita macam kita ini penjenayah kelas 1? Haa, samalah jugak. Kita layan dia elok-elok tu sebab apa? Sebab kita tak nak orang lain layan kita macam penjenayah lah kan?

JENG-JENG! dah terang lagi bersuluh, buat baik tapi tak ikhlas..

Tahu tak, susah betul nak jadi ikhlas. Kekadang tu rasa macam dah ikhlas. Tapi rupanya tak. Jadi kita ni janganlah cepat sangat perasan kita ni baik. Kalau dah banyak buat baik, banyak lagi benda baik orang lain buat yang kita tak terbuat.

Manakala bagi yang rasa diri dia tu serba kekurangan, ingatlah, peluang berbuat baik sentiasa diberi oleh Allah. Tinggal kita saja nak atau tidak menggunakan peluang yang ada. Allah tidak akan bebankan kita dengan tanggungjawab yang tidak mampu kita buat.

Ahad, 12 Julai 2009

Petua menjadi dot-dot

Haaa, apa macam? Terkejut tak dengan berita dari stesen TV Mengingati Allah tu? Isk-isk.. penulis pun terkejut mendengar berita itu..

Okaylah, penulis tak nak ulas panjang-panjang fasal berita tu. dah terang lagi bersuluh apa sebenarnya yang berlaku sekarang.

So, benda yang penulis mahu kongsi dalam entri kali ini adalah petua untuk jadi orang baik. Baik di sisi Allah tau. Bukannya baik di sisi manusia. Atau baik disisi sahabat. Sebenarnya ada banyak petua. Tapi penulis nak kongsi satu aje. Iaitu,

berterima kasih kepada orang yang MENGUTUK kelemahan kita.. dan sambutlah kebencian orang pada kita dengan hati yang gembira dan tenang..

Yelah, kita ni kekadang, perasan bagus sangat. Eloklah ada orang yang ‘mengejutkan’ kita. Barulah mudah sikit nak muhasabah diri. dan orang yang benci kita itu, kalau kita fikir sangat pun apa boleh kita buat? Tak pelah dia nak benci kita pun. Kan Allah yang pegang hati manusia. Jadi mesti ada sesuatu yang kita dah buat salah dengan Allah sampai Allah buat ada orang benci habis dengan kita.

Tapi kita kena ingat laa. Kita pulak tok sah lah membenci orang tak tentu fasal. Kalau dia bersalah, cakap dengan dia elok-elok. Kita kan kawan.. Kalau dia tak salah, lagi tak patut lah kita nak benci dia.. Kan Allah itu Maha Pengasih Maha Pengampun..

Jumaat, 10 Julai 2009

Sambungan berita semalam

Di sini kami akan bawakan kepada penonton beberapa jawapan yang kami terima dari penduduk sekitar Malaysia

  • Oh ya? Saya lansung tidak tahu adanya wabak berbahaya telah merebak di kawasan kami. Saya amat menitik beratkan kebersihan di kalangan ahli keluarga saya..
  • Apa? wabak berbahaya? Apakah jenis penyakit tersebut? Masakan tiada tindakkan dari pihak berkuasa?
  • HA’a, saya tahu. Tapi apa boleh saya buat jika masayarakat saya telah terkena penyakit tersebut. Saya hanya mampu menjaga keluarga saya dari terkena sama.
  • Ieya? sesungguhnya saya tidak menyedari ada penyakit berbahaya sedang merebak sekarang. Harap saya dapat mencari jalan untuk bersama-sama masyarakat membendung merebaknya penyakit berbahaya tersebut.
  • YA saya tahu. Dan yang penting, saya tidak terkena wabak tersebut.

Baiklah, itulah sedikit sedutan yang dapat kami paparkan kepada penonton setia kami dan kita kembali ke bumipuri sekarang..

Ya itu dia laporan dari wartawan lokasi kami, Jundullah. Semoga dengan laporan ini menunjukkan kami telah memainkan peranan yang sebenar sebagai penyampai maklumat yang JUJUR, TEPAT dan TIDAK PILIH KASIH.

Sebagai penutup berita AMANAH pada hari ini, saya bagi pihak krew TV Mengingati ALLAH berharap para penonton akan terus mengingati Allah walau dalam apa jua keadaan. Sekian.

Khamis, 9 Julai 2009

Berita hari ini

Selamat pagi dan salam sejahtera. Rakyat Malaysia kini telah melepasi paras berbahaya apabila menjalani hidup dengan tidak mengendahkan undang-undang halal-haram.

Menurut wartawan tidak bernama, masjid-masjid diseluruh Malaysia telah menjadi kosong dan lengang walaupun di waktu solat. Kelab-kelab malam tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Ia mendapat sambutan hangat dari segenap generasi rakyat Malaysia yang sangat hauskan hiburan.

Pihak berkuasa telah melakukan tinjauan dibeberapa kawasan perumahan dan masjid untuk memastikan keadaan ini setelah mendapat laporan dari penduduk tempatan yang perihatin. Ternyata laporan itu benar.

Wartawan kami juga turut serta dalam tinjauan tersebut dan menemu ramah beberapa orang penduduk setempat terlibat.

Ini adalah soalan kami kepada mereka:

Adakah tuan/puan telah menyedari suatu wabak berbahaya telah berjangkit secara senyap-senyap di kawasan tuan/puan?

Rabu, 8 Julai 2009

Hati kita milik Allah 3

Hmm, tajuk tu pun sebenarnya telah memberikan jawapan kepada soalan sebelum ini.

Orait tak perlu lah berteka teki lama-lama kan. Jawapannya adalah HATI.

HMm, hatiku hatimu. IA adalah seketul daging. Sabda Rasulullah:

“Dalam badan manusia ada seketul daging, jika baik keadaannya, baiklah seluruh jasadnya. Jika buruk keadaannya, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah seketul daging tersebut adalah hati”

Haaa, ini bukan hati yang mendapat anugerah organ dalam badan yang paling besar tu tauuu. Ini adalah hati yang kita guna untuk melakukan keputusan. Kalau aqal kata tak logik kita buat macam tuu, tapi hati kata aku nak buat macam tuu jugak. Maka yang akan menjadi adalah yang macam hati katalah. Bukan yang aqal kata..

Jadi, bila buat keputusan mesti tanya aqal dulu dan kemudian arahkan hati supaya rela menurut keputusan aqal. Baru hidup sentosa.. Tidak sakit jiwa..

Inti patinya, hati kita adalah hak milik Allah yang diamanahkan. Ia memerlukan aqal untuk mengarahkan anggota badan lain melakukan sesuatu perbuatan. Manakala aqal pula akan memberikan isyarat berdasarkan sebanyak mana ilmu yang telah ia ceduk..

Kadang-kadang hati kita bertindak sebelum aqal memberikan isyarat.. Itulah yang menjadikan kita asik-asik ditimpa masalah... Kalau hati bersih dan suci takpe lah jugak. Mana kita tahu hati kita tu bersih sangat?

Huhu, takutnya pada penyakit hati.. Jom kita sama-sama cuci hati dari penyakit berbahaya.. kerana ia lebih teruk dari virus H1N1..

Selasa, 7 Julai 2009

Hati kita milik Allah 2

Sekarang ada satu lagi masalah, dah tahu tak boleh buat, tapi tak boleh tinggal pulak. Yelah, dah gosip hari-hari time makan, sekarang dah tahu gosip itu haram dan berdosa tapi masa makan jadi sunyi lah pulak. Tak de orang bercakap/tukang gosip. Tahu tak kawan-kawan adab makan itu tidak bercakap semasa makan? So, inilah peluang untuk menambah masa berzikir mengingati Allah. Hati jadi tenang pahala pun dapat. Perut pun kenyanggg. Alhamdulillah.

Sama jugak dengan mata kita. Ye lah, surat khabar tu, muka depan lagi dah tunjuk gambar perempuan cantik dengan mekap, barang kemas, dan baju-baju fesyen terkini. Ditambah pulak dengan aksi menggeliat kemain. Macam mana lah tak tertarik untuk melihat gambarnya. Ataupun, orang lelaki bina badan, fuiyooo tegap sungguh dengan seluar superman sahaja tanpa baju dan seluar lain. Apakah kita nak menyalahkan surat khabar, internet atau tv? kerana menyiarkan gambar-gambar begini? Dah orang tunjuk, kita tengoklah. Agak-agak betul ke falsafah macam ni? Kan Allah sudah kasi peraturan apa yang kita tidak boleh lihat, kenapa lah kita ini susah betul nak ikut perintah Allah?

Sebenarnya bukan mata dan mulut sahaja yang susah nak ikut perintah Allah. Ha? Betul tak? Anggota badan kita yang mana satukah yang menyebabkan kita jadi susah nak sangat nak ikut perintah Allah?

Cubalah teka dulu

Isnin, 6 Julai 2009

Hati kita milik Allah 1

Apakah ada manusia tiada hati? Hati sungguh sinonim dengan perasaan. Betul tak? Ya betul lah. Setuju ke tak setuju, kali ini penulis akan membuatkan kawan-kawan bersetuju.

Rasa mudah tak nak kawal mata dari tengok perkara-perkara haram? Contohnya: Tengok lelaki dan wanita ajnabi atau senang cerita bukan mahram. Tambah pulak kalau yang lalu itu wangi sikit atau bajunya lip-lap pulak.. Senang tak? nak kawal mata? Haaa, ini bukan tulis ikut sedap je ni tau. Dah berpengalaman, sebab tu lah tuliss.

Okay-okay. Orang cakap lidah ni selalu menyebabkan tuan badan tu ditimpa bahaya. Lebih-lebih lagi untuk golongan yang dipanggil ‘tak sayang mulut’. Setuju kan? Cakap-cakap begini lebih selalu kita dengar dari cakap-cakap macam di bawah (jarang kita dengar):

mata sangat mudah ‘ter’(‘ter’ ke memang sengaja?) pandang perkara terlarang. Seperti juga mulut tidak bertulang melafazkan kata-kata dosa dan pahala.

Haa, penulis rasa perkara yang penulis ulas ini, sangat sensitif. Tapi kena jugak tulis. Supaya yang sepatutnya disebarkan itu tersebar. Bukannya gosip!. Gosip itu berdosa. Surah Al-Hujurat ayat 10,11 dan 12 telah membuktikan. Jangan terlalu bangga dengan dosa yang kita lakukan. Ia akan menaikkan pangkat dosa kita dari kecil kepada besar.

Ops, sudah lari tajuk. Baiklah, sambung semula. Mata ke lidah, dua-dua anggota badan amanah Allah. Penulis mahu ingatkan diri sendiri ni. Kitakan hamba Allah. Pasti ada batas dalam kehidupan. Siapa yang meletakkan batas itu? Sudah semestinya Allah. Tugas kita adalah menurut batas yang telah Allah letakkan itu. Kan sudah diberitahu berkali-kali, Allah itu Pencipta kita. Bukan kita sahaja tapi seluruh kehidupan. Jadi, konfemlah Allah MAHA TAHU segala-galanya. Takkanlah kita nak bangkang pulak kan? Allah PASTI tahu kelemahan kita. LEBIH TAHU dari kita. Maksudnya, ada kelemahan diri kita, yang kita sendiri pn tidak tahu rupanya kita kekurangan.

Dah kalau gitulah kefahaman kita, kenapalah susah sangat nak tundukkan pandangan dari perkara haram? Kenapa susah sangat nak buang tabiat mulut yang sukakan gosip? Tak pun kenapalah mata kita ni masih nak tengok perkara sia-sia, mulut kita masih nak bergurau bohong?

Entri terkenal