Ahad, 31 Julai 2011

tarbiyyah canggih datang lagi...

Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh..

Apa saya buat untuk ramadhan lepas?
Apakah perlu saya buat untuk ramadhan kali ini..

Selamat beribadah dan melalui sistem persekolahan yang dicipta khas buat manusia dari Allah !

Jumaat, 29 Julai 2011

....wahai hatiku....

oh,
banyaknya peluang untuk mendapat pahala..
tapi telah aku lepaskan ia begitu sahaja.

oh,
Banyaknya peluang menebus dosa..
Tapi selalu sahaja aku persia.

oh,
Telah banyak ku melewati hidup penuh dosa..
kerna jahilnya diri mengenali DIA.

Berubah bukan perkara mudah..
Jika segala peluang ku pandang rendah..

Maka wahai hati,
dengarlah..
Berubah itu mudah,
Jika kamu telah berazam untuk berubah !

Khamis, 28 Julai 2011

Bukalah mata hatimu

Assalamualaikum warahmatullah,

MUGI hari ini adalah: 
Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang telah TERlanjur buat tanpa kita sedar.


Maka cerita hari ini di suatu tempat di atas dunia:


Hari ini aku tidur lena.
Malamku diatas katil empuk.
Siang hari ku makan sedap.
Bergerak kemana-mana senang..


Bas, kenderaan transit aliran ringan, keretapi tanah melayu, kapal terbang 
Aman. Makmur..
Pokok tumbuh cantik dan subur..
Kanak-kanak menangis kerana tinggal disekolah..

Meriah dan bahagianya hidup.


Ini juga sebuah cerita atas dunia:

Hari ini aku tidur lena.
Malamku di atas tanah.
Siang hari ku berkawal dan menjaga kawasan.
Bergerak kemana-mana mesti bersama senjata.
Sekurang-kurangnya batu dan tali getah.


Kereta kebal, senapang, "machine gun", peluru berpandu, "kayu besbol askar"....
takut, seram, kejam..
Pokok mati, darah mengalir merata..
Kanak-kanak menangis kerana ibu mereka di perkosa..
Ayah mereka dibunuh,
Adik beradik mereka diculik..

"Meriahnya" hidup!

Adakah kita masih berselera makan, menonton rancangan-rancangan TV, bersantai bersama bukan mahram, tidur sepuas-puasnya.. Sedangkan kita masih belum menjalankan tugas memakmurkan bumi dengan mengislamkan penduduknya??

Rabu, 27 Julai 2011

Apakah halangan untuk saya melaksanakan perintah Allah.

a. Hawa nafsu sendiri
b. kebiasaan yang suka melawan perintah Allah.
c. tidak bersedia untuk berubah.
d. tidak mahu memahami perintah Allah.

syaitan??

Bukankah sudah tahu syaitan itu musuh utama.. Tapi kenapa masih ikut hasutannya? Syaitan pantang betul tengok kita berbaik dengan manusia lain.. sudahnya kenapa kita pilih untuk bermusuhan juga sedang peluang memaafkan itu sungguh luas..

Ini hanyalah peringatan buat diriku yang lupa. Jika ia bermanfaat untuk iman kamu semua, ambillah.

Ahad, 24 Julai 2011

Bila mahu bangun?

Assalamualaikum,

Mengantuk sangat. Tapi tidak boleh tidur.. Sebab?

  • Sebab mengingatkan ummat Islam di luar sana sangat memerlukan insan-insan yang bersungguh-sungguh mengenalkan mereka pada Allah.

  • Sebab mengingatkan kerja-kerja menyeru manusia pada Allah masih belum selesai.

  • Sebab teringat banyaknya tanggungjawab pada Allah yang masih belum tertunai. Iaitu tanggungjawab mengamalkan Islam dan menyeru manusia supaya sama-sama mengamalkan Islam.

  • Sebab banyak nya perselisihan dan pergaduhan manusia kerana cintanya manusia pada dunia dan kelalaian mereka pada akhirat.

  • Sebab mengingatkan banyaknya dosa yang telah dilakukan kerana lemahnya iman melawan kehendak hawa nafsu.

  • Sebab teringat ummat Islam Palestin tidak dapat tidur selesa.. Setiap hari mereka berjuang mempertahan aqidah dan tanah air.. Tidur mereka hanya sekadar melepaskan lelah, memenuhi tuntutan jasmani..


Masih tidak rasa bersalahkah wahai diri..


Apabila kita tidur sehingga bengkak mata, tidur sehingga sakit kepala, tidur sehingga matahari naik meninggi.. hanya semata-mata kerana tidak tahu nak buat apa dan semata-mata kerana HOBi?...

Khamis, 21 Julai 2011

ok dah tak boleh elak

Assalamualaikum warahmatullah

Kali ini memang tidak boleh elak lagi, penulis terpaksa memilih untuk tiada entri panjang atau lansung tiada entri..

Akibat tidak pandai membahagi masa..

oh masa telah memotong saya.

Sekian.

Apa pun, jangan lupa.. Jaga masa, jaga solat, jaga iman.. Insya Allah bahagia.

Rabu, 20 Julai 2011

Alasan lagi..

Assalamualaikum warahmatullah,

Semoga kawan-kawan semua sudah selesai mengerjakan kewajipan sebagai hamba Allah.

Sibuk.

Bukan alasan untuk tidak menyelesaikan kerja. Kerana sibuk itu sebenarnya sedang melakukan kerja. Kecuali sibuk duduk diam.

Maka, alasannya adalah tidak pandai menguruskan masa.

Masa umpama pedang, ia akan memotong kamu jika kamu tidak menggunakannya.

Sekarang sudah rasa masa itu sangat-sangat suntuk.
Bila-bila masa sahaja Allah akan panggil. Tapi selalu merasa penat dan tidak cukup masa rehat. Banyaknya tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

masa oh masa..

Firman Allah:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan pada kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran"
 Al-Asr: 1-3 

Tiba-tiba teringat, macam mana ye Rasulullah s.a.w membahagikan masanya dahulu?? Rasulullah seorang Nabi, ayah, suami, kawan, pemerintah negara, hamba Allah, panglima perang, murobbi..

Tapi baginda telah melaksanakan semua tanggungjawab tanpa mengeluh TIDAK CUKUP MASA.

oh, alangkah seronoknya boleh berjumpa Rasulullah s.a.w dan bertanya apakah pendapat dan nasihat baginda.. mula berangan sudah.. -_-'

Selasa, 19 Julai 2011

Cerita hantu 5 [akhir]

Kita akhiri kisah hantu dengan DUA perkataan:

GHAZWATUL FIKR

Apakah ertinya? Peperangan fikiran.

Kita sedang memerangi fikiran yang telah diterapkan oleh musuh kita.. Siapakah musuh kita? Syaitan dan segala benda yang membawa kita kearah kebatilan.

Okaylah sebelum meneruskan bacaan. Adalah baik untuk kita tahu siapakah KITA ini? Sibuk-sibuk menerangkan siapakah musuh, entah-entah siapa kita pun belum jelas lagi..

Jadi..

Siapakah kita?? -sila jawab sendiri- jika merasakan anda tidak dapat menjawab, maka bolehlah membuat permintaan untuk penulis terangkan.

Apakah kaitan cerita hantu dan serangan pemikiran ini?

Betapa banyak kita disogokkan dengan cerita hantu. Pelbagai jenis hantu dan pelbagai edisi. dari timur hingga barat. Tidak terbilang banyaknya. Hingga kita menjadi sangat takut pada hantu. Seolah-olah hantulah yang berkuasa di bumi ini..

Mari kita bawa perhatian kearah yang berbeza sedikit. Jika selama ini sedang memandang terlalu ke kiri, pusingkan lah kepala anda ke kanan sedikit. Anda akan merasa sedikit lega di leher anda selain mata anda dapat melihat sesuatu yang lain dari biasa.

Lihatlah kembali pada ajaran Islam.. Perhatikan kembali cerita-cerita Allah dalam Al-Quran.. Kemanakah ketakutan itu perlu digunakan? Kepada hantukah? atau kepada hasil dari timbunan dosa-dosa kita?..

Pernah terfikirkah selama ini, bahawasanya, dosa-dosa kita itulah yang akan menjadikan hidup kita huru hara.. dosa-dosa kita itulah yang mengharu-biru-hijaukan segala urusan dunia dan akhirat kita.. dan Keangkuhan kita untuk menurut perintah Allah itulah yang menyebabkan kehancuran kita..

Tapi..
Adakah kita takut? usahkan takut, terlintas dalam otak kita yang canggeh itu pun tidak pernah, walaupun secepat kilat..

atau 
sebenarnya kita lebih takutkan hantu dari segala kesan dosa yang sedang menjalar dan merosakkan kehidupan kita.. Bahkan dosa itu bukan sahaja merosakkan kehidupan sekarang tetapi akan tetap bersifat begitu hingga hari akhirat kelak jika kita tidak bertaubat.

Ya..
Kita tidak pernah terfikir.. apatah lagi merasa takut.
[dalam mod yang sangat tak-tahu-nak-cakap-apa-dah]..

Fikiran kita telah diserang. Kita diajar takutkan hantu. Bertahun-tahun lamanya. Kita di selewengkan dari takut pada Allah kepada takut kepada hantu.. takut kepada orang-orang yang kita anggap seperti hantu.. Sedang hakikat yang sebenarnya, takut itu hanyalah pada Allah.. takutlah pada kesan MENDERHAKAI ALLAH..

ia bukan seringkas menyatakan "eh, aku TERbuat MAKSIAT pulak". Kita hanya akan sampai hati menyatakan ayat ini jika kita belum benar-benar TAKUT pada ALLAH.

Sekian.. 


Isnin, 18 Julai 2011

Cerita hantu 4

Kita beralih ke kisah seterusnya..

Kisah orang bunian dalam hutan

Di zaman awal pembacaan dahulu, penulis sangat suka kan buku cerita bergambar.. Cerita dongeng pasti punya gambar yang cantik dan menarik.. [Budak mana yang tidak sukakan gambar]

Jika membaca buku, pasti tidak tertinggal juga buku cerita bunian. Banyak sungguh kisah pelik-pelik. Mula-mula rasa seronok.. lama-lama hati dan aqal penulis mula terfikir.. Mengapakah terlalu banyak cerita sterotaip seperti itu? [betul ke ejaan sterotaip itu?]..

Apakah cerita nya?

Kesimpulan dari kebanyakan cerita adalah: Jika kita memasuki hutan dan tempat jarang-jarang orang lalu atau singgah, tetapi kemas dan bersih.. pasti ada penjaga, penunggu atau bunian yang tinggal disekitarnya..

Hmm.. Sabar je la..

Apakah pengajaranya?

Sedarkah kawan-kawan pemabaca sekalian.. Betapa ASINGNYA budaya BERSIH & KEMAS di mata masyarakat.. Sehingga, ia perlu dijadikan cerita hantu dan bunian?..  Sedangkan, bersih dan kemas itu suruhan Allah. Siap ada hadith lagi:

"Kebersihan itu separuh dari iman"

Nampaknya hanya hantu dan bunian sahaja yang dapat menjiwai hadith ini [huh~ ini memang sarcastic habis]. Walhal, kita yang mengaku ummat Islam ini lebih-lebih lagi perlu pada penghayatan hadith ini dalam kehidupan seharian..

Bagaimana kita menguruskan sampah yang berada dirumah? Berapa kali sebulan kita meluangkan masa untuk memastikan kebersihan tandas, dapur, dan bilik tidur? Kadang-kadang sampah sebulan lepas pun masih tersengeh di bawah katil.. makanan dan minuman basi pun masih 'tersimpan rapi' di dapur dan almari baju..

huhu~ apakah ini cara ummat Islam menjaga kebersihan? Betapa asingnya ajaran Islam dalam hidup kita.. Inilah realitinya wahai kawan-kawan pembaca.. Akuilah.. Masih banyak ajaran Islam yang masih asing dalam hidup kita.. Kebersihan hanyalah satu dari beratus cabang iman.

Usahkan bercakap tentang dakwah dan tarbiyyah dan peningkatan iman.. Urusan kecil seperti ini pun masih belum mampu kita selesaikan..

Maka tidaklah pelik sangat jika cerita hantu seperti ini kedengaran dan tersebar dalam masyarakat kita.. Siapakah masyarakat kita itu? Saya sebagai penulis, anda sebagai pembaca dan sesiapa sahaja lagi yang berada disekeliling kita..



bersambung..


Ahad, 17 Julai 2011

Cerita hantu 3

Selepas mengetahui prinsip kita sebagai ummat Islam mengenai hantu dna perkara ghaib..

Mari kita ikuti cerita hantu yang telah penulis senaraikan dalam entri lepas.


Cerita hantu pakai purdah makan darah dan memandu kereta kancil

Ini cerita penulis dengar semasa berada disekolah rendah. Apa yang penulis fikir masa mendengar cerita ini adalah:

Eh? Ramai je makcik-makcik aku tengok pakai purdah? Entah-entah mereka ini makan darah malam-malam.. Dan takkanlah semua makcik-makcik ini makan darah? Ramai kot.. jika semua mereka makan darah pastilah sudah lama mati semua orang sekeliling mereka..

Apakah pelajaran yang ada disebalik kisah ini?

Betapa masyarakat kita sangat PESIMIS dan BERFIKIRAN SONGSANG pada orang yang menutup aurat. Takutnya kita pada orang bepurdah hingga terjajanya kisah hantu seperti ini. Sedangkan bepurdah itu sebahagian dari cara menutup aurat.. Ia tidak diwajibkan secara putus dalam Islam, tetapi tidak menjadi kesalahan untuk para wanita memakainya.. Atau dengan bahasa mudah, tidak salah untuk memakai purdah..

Mungkin semasa kisah ini tersebar, masyarakat masih tidak dapat menerima wanita-wanita Islam yang bepurdah. Sekarang sudah tidak lagi kedengaran cerita seperti ini. Mungkin masyarakat semakin mengenali wanita-wanita ini bukanlah sebagaimana yang telah di propagandakan. [atau hanya sangkaan penulis?]

Atau mungkinkah masih berlegar dikalangan kanak-kanak sekolah tetapi tidak diketahui penulis? [kerana penulis bukan lagi kanak-kanak yang sebagaimana dahulu]..

Selain itu, cerita sebegini membuatkan kanak-kanak yang masih mentah dan jahil tentang agama menjadi takut dan salah faham tentang ajaran Islam terutamanya dalam bab menutup aurat..

Lebih teruk, cerita hantu ini turut menjejaskan atau melibatkan prinsip kepercayaan orang Islam terhadap perkara ghaib. Seolah-olah, hantu makan darah yang memakai purdah itulah yang berkuasa memudharatkan seseorang. Sedangkan Allah yang Maha Berkuasa memberi manfaat dan mudharat.


Bersambung..

Sabtu, 16 Julai 2011

Cerita hantu 2

Sebelum memulakan kisah hantu entah apa-apa itu, mari kita lihat ayat Quran yang telah Allah turunkan untuk kita.. Mengapa perlu lihat? Supaya kita faham dan tahu apakah prinsip kita sebagai ummat Islam berkenaan cerita hantu.

Firman Allah:

Alif lam mim. Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. Iaitu orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan solat, menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adanya hari akhirat. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang yang beruntung.

Al-Baqarah 1-5

Cuba lihat betul-betul. Beriman kepada perkara ghaib itu adalah ciri-ciri orang bertaqwa.. Selain dari solat, percaya pada kitab terdahulu, percaya hari akhirat dan menginfaqkan rezeki..


Apakah perkara ghaib itu? 
hantu sahajakah? Pastilah tidak.. hoho~ [ops sudah gelak macam hantu]


Hmm apa lagi perkara ghaib lain?..
Ia termasuklah, syurga, neraka, alam kubur dan malaikat. Bukan hantu sahaja perkara ghaib..

Tapi percaya itu bagaimanakah maksudnya?
Adakah sebagaimana yang masyarakat sedang percaya sekarang? Adalah diingatkan, penulis juga sebahagian dari masyarakat.

Tidak menafikan kewujudannya dan bukanlah mereka [perkara ghaib itu] yang membawa faedah atau kejahatan, tetapi Allahlah yang Maha Berkuasa memberi kebaikan dan mudharat pada seseorang.

"dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir, tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada kedua malaikat harut dan marut di negeri Babilon. Padahal kedua mereka tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum menyatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagimu sebab itu janganlah kamu menjadi kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya apa yang dapat memisahkan suami dengan isterinya. Mereka tidak dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka memperlajari sesuatu yang mencelakakan dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan sungguh mereka sudah tahu, barangsiapa yang menggunkan sihir itu, nescaya dia tiada keuntungan di akhirat. dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu"

Al-Baqarah: 102

Jadi apakah prinsip kita?.. 

Kita yakin akan kewujudan syaitan, malaikat dan segala perkara ghaib.. tetapi bukanlah mereka ini yang membawa manfaat atau mudharat.. Kerana mereka hanyalah sebahagian dari makhluq Allah jua.. Dan Allahlah yang sebenarnya yang berkuasa memberi manfaat dan mudharat pada kita semua.


bersambung

Jumaat, 15 Julai 2011

Cerita hantu 1

Assalamualaikum warahmatullah..

Apakhabar wahai pembaca mutiarajannah..?

Sukacita penulis mahu memulakan pagi kita yang indah dan permai ini dengan satu persoalan..

"Adakah syurga datang kepada kita dengan secara tiba-tiba?"

atau

"Adakah neraka akan berlari meninggalkan kita secara automatik?"

Hmm suka benar tanya soalan pelik macam itu kan? Bukannya apa.. Kita jarang betul guna otak kita yang serba canggeh ini untuk berfikir urusan akhirat. Asyik dan mahsyuk dengan urusan dunia sahaja. Sebelum tersalah faham adalah perlu dijelaskan disini, tidak salah menggunakan otak kita yang serba canggeh itu untuk urusan dunia.. tapi jangan lupa urusan akhirat kita. Jadikan dunia jambatan akhirat.

Baiklah, mari kita mulakan cerita-ceriti kita hari ini.

Kawan-kawan pernah dengar:
cerita hantu makan darah pakai purdah dan memandu kereta kancil??
atau cerita orang bunian dalam hutan?? 
atau bila kita bertemu satu kawasan bersih di dalam hutan maka terus ada yang akan mengatakan.. ini mesti tempat bunian..

Dulu masa penulis kecil-kecil.. Banyak betul cerita hantu. Macam-macam edisi.. Edisi takut, edisi lucu, edisi entah apa-apa entah, edisi tak-masuk-akal, edisi pelik-tak-tau-nak-cakap-apa dan macam-macam lagi edisi cerita hantu.. jika duduk asrama lagilah pelbagai versi cerita hantu..

Betapa kita disogokkan dengan cerita hantu dan makhluk halus..


bersambung...

Khamis, 14 Julai 2011

Langkah diteruskan

Selamat berkerja,
Selamat belajar,
Selamat menempuh fasa baru kehidupan,
Selamat mencari keredhaan Tuhan.

Rintangan dihadapan,
Ujian sedang menanti di depan,
Teruskan perjalanan,
Kerana bila-bila masa sahaja kita akan
Dipanggil mengadap Tuhan
Yang Maha Mencipta sekalian Alam.

Sila ikut prinsip ini -ABC-

Amanah, bersih [ops ini tidak boleh disebut], cekap..

Jujur adalah kunci keberkatan segala kerja dan amalan kita.

Rabu, 13 Julai 2011

Just throw and leave it.

Assalamualaikum,

Tajuk entri hari ini adalah petikan dalam sebuah buku. Tidak ingat pula tajuk bukunya.. Kalau tidak salah

"HOW TO MANAGE"

Memang sedap. Lebih sedap dari makan durian. Mengapa mesti durian? Kerana sekarang musim buah.

Ia bercakap tentang melepaskan sesuatu yang bukan milik kita. Setiap kerja yang kita lakukan, jawatan yang kita ada.. Bukan milik kita. Suatu hari nanti ia akan berpindah tangan.. Bertukar tuan. Kerana dunia ini akan terus berjalan. Sedang kita akan menghadapi hari kematian.. Jika tidak kematian.. Mungkin kita akan berpindah dan kehilangan..

Begitu juga perbuatan orang pada kita.

Suatu hari nanti dia akan pergi. Meninggalkan kita. pada masa itu tiada lagi perbuatan menyakitkan hati kita.. Kita telah aman dari kejahatannya.. Tidak perlu diingati segala sejarah itu. Kerana kenangan juga bukan milik kita.. Ia hanyalah seperti sampah yang tidak berguna lagi. Cuma buangkan dan tinggalkan ia.. Teruskan perjalanan setelah melakukan itu [just throw and leave it].

Subhanallah.. Masya Allah. Penulis buku ini bukan lah tunduk dan beriman pada agama Allah. Walaupun badan dan fizikalnya sedang tunduk pada sistem yang telah Allah ciptakan..

Tetapi kefahaman yang ada pada dia adalah kefahaman ISLAM. Kefahaman menundukkan diri pada segala kehendak Allah.. Kefahaman bahawasanya, segala yang ada dibumi ini BUKAN MILIK KITA.. tetapi amanah dari Allah.

ok, sekian dahulu.

i'll throw and leave it. Jazakillah for everything my dear mirror. [hoho~ hanya orang yang dibuang sahaja tahu apakah maksudnya]

Selasa, 12 Julai 2011

pong pang pong pang

Dam dim dum.. Bunyi mercun..

Pom-pom-pom.. Guruh berdentum

Agak-agak pong pang pong pang itu bunyi apakah??
Itu bunyi orang bercakap KEMAIH/kemas [hebat].. tapi cakap sahaja.

Orang bercakap sahaja ramai kan. Tapi orang bisu pun ramai juga. Cakap dan bisu tentang apakah? Tentang agama dan kehidupan.

Bercakaplah.. demi menyampaikan Islam. Bisulah.. dengan menghalang diri dari menuturkan dosa.

Jadi bersempena bulan yang penuh barakah ini, mari kita hayati cerita dibawah:

"Barang siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka mereka itulah yang merugikan diri mereka sendiri, mereka kekal di dalam neraka jahanam"


Perhatikan anda-anda sekalian.

Yang ringan timbangan kebaikan. Bukan yang berat timbangan kejahatan.. Fahamkah? Maksudnya, mungkin kita tidak berbuat dosa, tetapi kita KURANG berbuat pahala.. dan jangan lupa dosa-dosa yang kita lakukan boleh mengurangkan timbangan pahala..

Baiklah, kita sambung.


"Wajah mereka di bakar api neraka, dan mereka di dalam neraka dalam keadaan muram dengan bibir yang cacat"

"Bukankah ayat-ayat Ku telah dibacakan kepadamu, tetapi kamu selalu mendustakannya?"

"Mereka berkata, ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oelh kejahatan kami dan kami adalah orang-orang yang sesat"

"Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami darinya dan [kembalikanlah kami ke dunia], jika kami masih kafir, sungguh kami adalah orang yang zalim"

"Dan Allah berfirman, tinggallah dengan hina didalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku"

Al-mukminun: 103-107

Isnin, 11 Julai 2011

We doesn't need bombastic words

Kita mestilah sabar.
Kita mestilah berlemah lembut.
Kita mestilah bersifat pemaaf.
Kita mestilah bercakap dengan nada perlahan
Kita mestilah....... dan bermacam mestilah lagi.

Tapi..

Kitalah orang pertama hilang sabar.
Kitalah paling berpura-pura lembut.
Kitalah orang yang paling dendam.
Kitalah yang paling kuat bercakap..

Sebenarnya..

Kitalah yang cakap tidak serupa bikin. Sampai bila kita mahu hidup begini wahai hamba Allah?

"Wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
"Sangatlah dibenci disisi Allah, jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan" 

As-Saff: 2&3

What we need is the WORDS WITH ACTION.

Ahad, 10 Julai 2011

Something is disturbing

Assalamualaikum warahmatullah,

Mari kita ikuti peristiwa dibawah..


Pada suatu hari, talifon telah berbunyi. Rupanya orang jauh menalifon. Lama tidak berjumpa. Ditengah perbualan dan percakapan, tahulah, rupanya mahu bertandang ke rumah setelah lama tidak berjumpa..


Pelbagai cerita dan kisah dikongsi. Sedang rancak berbual..  Talian terputus. Entah mengapa. Lantas bertanya pada teman serumah. Kenapa talifon perkongsian kita ini tiba-tiba rosak?


Entah, mungkin awak ada tersentuh sesuatu yang sensitif pada talifon itu yang menyebabkan ia terputus.
 
Semua salah saya! Rosak sikit salah saya!

Tamat.

Adakah kawan-kawan dapat memahami mengapakah ayat yang telah di bold sengetkan itu terpacul keluar???

Mungkin ada sesuatu yang tidak kena.. Marah? Pening? Terkeluar tajuk? Tidak lojik..

Cerita telah di adaptasi untuk melindungi maruah para pelakonnya..

isi penting: Apabila perasaan menjadi TUHAN.. Maka banyaklah penyesalan kita. Andai kita mahu sedar.

Sabtu, 9 Julai 2011

Menghias perbuatan dosa.

Assalamualaikum warahmatullah.

Sudah lama penulis tidak berpantun. Jadi hari ini penulis mahu berpantun.

Bangun pagi gosok gigi,
Apakah mugi kita hari ini..?

Ha pantun dua kerat sudah. Tidak larat berfikir panjang. hehe.. sedikit hampeh disitu. harap maaf. =p

Mugi hari ini adalah, perbuatan dosa yang kita hias dan campur dengan perbuatan pahala.. atau perbuatan pahala yang kita campur adukkan dengan dosa. [samalah kan?]

Contoh 1

Saya mahu makan.. Makan itu ibadah. Ia wajib untuk menguatkan badan agar kita boleh beribadah. tetapi keluar makan dengan orang yang tidak halal kita bergaul dengannya..

Atau
berbelanja berlebihan demi makanan yang akan mengenyangkan perut. Oh, sekali sekala je makan mewah macam ni. Apa salahnya? Keras betul awak ni.  itu pun tak boleh.

Walaupun sekali sekala.. Ia tetap akan dikira oleh Allah.. Alangkah baiknya jika wang itu disalurkan pada jalan Allah.. Agar wang itu menjadi saksi perbuatan baik kita di dunia..

Contoh 2

Apa salahnya saya berhias sedikit? Bukannya saya tidak menutup aurat.. Hanya dengan memakai tudung yang bergemerlapan sahaja..

Penerangan

ya itulah cara musuh kita mengelabui mata kita dengan dunia. Mereka tidak mengheret kita ke kancah HARAM JELAS. tetapi mereka mengheret kita ke kancah KELABU HALAL HARAMNYA..

Jika di ajak menonton filem lucah, pasti kita akan menolaknya..

Tetapi mengajak kita menonton sikit-sikit sahaja adegan cium/peluk lelaki dan perempuan.. Maka kita merasakan.. tidak mengapa sikit sahaja.. Ketika adegan itu, berpalinglah..

Sedarlah..

itu hanyalah HELAH untuk kita terperangkap dalam maksiat yang lebih besar. Akhirnya kita merasa biasa sahaja berpegang tangan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.. Biasa sahaja gelak tawa lelaki dan perempuan..

Tiada lagi rasa tidak sedap hati..

tiada lagi rasa susah hati melepaskan pandangan pada yang bukan mahram..

hati kita beransur kurang sensitif dengan dosa..

kerana perbuatan kita yang sebenarnya sedang MENGHIAS DOSA dengan pahala. kita sedang MELOJIKKAN perbuatan dosa kita itu sebagai TAKPA dan BOLEH DIMAAFKAN..

Dosa kecil akan menjadi besar setelah kita memandang remeh akan dosa tersebut..

Selamat bertaubat.. Hanya Allahlah sebaik-baik penerima taubat.

Penulis juga tidak terlepas dari dosa dan godaan syaitan. Semoga Allah memberi keampunan pada kita.

Jumaat, 8 Julai 2011

Dosa tetaplah dosa

Assalamualaikum warahmatullah.

Apa khabar iman hari ini? Sihatkah sakitkah..  dalam suasana hari ini, bertanya khabar iman adalah sesuatu yang pelik..

"Wah.. skema betul bertanya khabar iman.."
"Macam beriman sangat je dia tu"
"Aku tahu lah aku ni bukan kuat iman pun"

Apatah lagi jika bertanya khabar amal baik...

"huh, nanti riya' pula kalau jawab"
"macam lah dia itu banyak sangat amal soleh"

Ya.. banyak betul fikiran dan hasutan syaitan pada kita. Hingga terbalik sungguh keadaan kita.

Bertanya khabar rancangan TV apakah yang akan bersiaran esok.. atau yang kita tonton pada hari semalam.. tidak menjadi sesuatu yang pelik..

"Best tak cerita kat panggung semalam?"

Atau bertanya khabar tentang keluar bersama bukan mahram..


"Macam mana semalam, ok tak dia?"

Tiada rasa kekok pun bertanya. Apatah lagi rasa bersalah dan berdosa.

Betapa berjayanya syaitan menjadikan kita merasa sangat asing dengan ajaran agama sendiri tetapi merasa begitu selesa dan biasa dengan jahiliyyah dan kesesatan.

oh suka hati sahaja penulis menyatakan begitu.. Apakah buktinya.??..

Silakan berfikir.. jumpa lagi wahai saudara saudari yang dirahmati Allah..

Khamis, 7 Julai 2011

Ketam mengajar anak berjalan betul

Assalamualaikum warahmatullah.

Selamat pagi, selamat petang selamat malam. Bergantung kepada waktu anda membaca tulisan ini.

Apakah yang kita buat apabila kita tidak tahu tentang sesuatu perkara?
Kita akan bertanya dan berusaha memahami perkara tersebut.

Yang menjadi masalah komunikasinya..

Apabila kita tidak tahu bahawasanya kita tidak tahu.. dan kita menganggap kita sudah tahu..

Apabila kita menganggap diri sudah tahu, maka adakah kita akan berusaha untuk bertanya atau memahami sesuatu.Sudah tentu tidak..

Maka berlakulah salah faham.

Kerana kita malas untuk memahami atau menganggap kita sudah tahu. Atau kita malas untuk menerangkan dan memberitahu. Kerana kita merasa penerangan itu tidak penting.

Menjimatkan air liur dan kredit talifon adalah lebih penting dan utama. Tidak setuju? Iya.. Itu lah warna warni manusia.

Ada manusia tidak selesa membiarkan manusia salah faham terhadap dirinya, ada manusia tidak kisah apa pun manusia lain salah faham.. Asalkan hidupnya masih boleh diteruskan.

Walau bagaimana pun, dalam usaha kita memahami Islam, mengamal dan menyebarkannya, kejelasan maksud percakapan kita adalah sangat penting.

Apa yang difahami oleh pendengar perlulah sama kefahamannya dengan yang kita maksudkan. Jika kita membiarkan mereka terus "syok" dengan salah faham. Maka apakah objektif kita berkomunikasi [objektif: menyampaikan Islam] akan tercapai?

Maka adalah sangat penting untuk memahami setiap mesej yang disampaikan.

Hati yang masih hidup, masih mampu menilai samada rasa ingin tahu itu adalah benar-benar kerana mahu mendekatkan diri pada Allah atau kerana sangka buruk dan tidak tenangnya hati.

Jika merasa tidak mampu menilai.. Maka kembalilah pada Allah.. Mungkin perlu membaiki komunikasi dengan Allah dahulu sebelum menilai komunikasi kita sesama manusia..

Sebelum menutup kata hari ini..

Umpama ketam mengajar anak berjalan betul. 

Apabila kita berusaha membaiki kesalahan diri sendiri dengan cara membetulkan orang lain. Kesalahan itu tetap akan melekat pada kita, selagi tiada usaha membetulkannya..

Hanya dengan bermula mencari cara membetulkan diri, barulah kita temui cara mengajak orang lain bersama kita [dalam membetulkan kesalahan bersama].

Petah bercakap, tapi kurang berbuat hanya akan membuatkan kita susah untuk lepas dakwaan Allah di hari akhirat kelak.

Ya benar, petah bercakap itu nikmat yang perlu disyukuri.. Syukurilah nikmat itu dengan perbuatan yang seiring dengan apa yang telah kita katakan.

sekian terima kasih.

Rabu, 6 Julai 2011

Sukanya..

Assalamualaikum warahmatullah,

Membaca artikel-artikel sini sana dalam internet di pelbagai laman dan blog membuatkan penulis rasa..

Wah sebenarnya ramai orang yang menyintai Islam..
Wah sebenarnya ramai pemuda yang sanggup berkorban untuk Islam
Wah sebenarnya ramai para pendokong Islam telah melakukan kata mereka..

Tiba-tiba rasa rindunya mahu bertemu dengan mereka semua. Manusia-manusia yang dipilih Allah untuk menyintai Islam dan mati syahid serta mereka yang jujur dalam janji mereka.

ok poin yang mahu dikongsi adalah..

Kafilah dakwah ini sedang berjalan.. samada kita memilih untuk bersama atau keciciran.

Kafilah dakwah tidak rugi walau sehabuk debu pun jika kita tidak mahu padanya. Akan tetapi KITALAH yang RUGI. Bukan rugi sedikit.. tapi rugi teruk diakhirat kelak. Insya Allah.

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى 
 نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا


"Diantara orang-orang mukmin itu ada pemuda-pemuda yang menepati apa yang telah mereka janjikan pada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur dan diantara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya"

Al-Ahzab: 23

JOM! teruskan usaha memahami agama Allah! selamat beramal.

Selasa, 5 Julai 2011

Use ur brain for more important issues

Seorang kawan yang jarang berbuat baik telah berbuat baik pada kawannya.

Eh kenapa awak buat macam ni?
Sebab saya nak balas budi awak.


Hmm tak perlu balas lah.. Serah sahaja pada Allah.

Seorang kawan yang selalu berbuat baik, tetapi pada suatu hari asyik menyakitkan hati sahaja.

Eh, kenapa awak sakitkan hati saya?
Sebab tak nak awak salah faham dengan budi baik saya.


Ha??!! ini lebih pelik.. Hai manusia-manusia.. kadang-kadang suka sahaja buat kelakar tapi saya tidak mampu untuk tersenyum dengan sikap kelakar yang pelik ini..

Apakah isi penting dalam tulisan pada hari ini?

Usah fikir jauh apa yang orang buat pada kita. Tapi fikir jauhlah pada apa yang kita sedang buat pada orang. Kerana setiap amalan itu akan dipertanggungjawabkan. Dia dan kita.

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan mendapat balasannya" 
"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun akan mendapat balasannya"
Al-Zalzalah: 7&8

Sekian. Jumpa lagi.

Isnin, 4 Julai 2011

Patutlah sabar itu sebahagian iman 4 [akhir]

Mudahkah kita bersabar wahai orang beriman?
Mudah.

Cewah. Belum bagi salam sudah jawab soalan. ok,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sabar itu jadi mudah apabila kita beriman. Masalah kita sekarang ini..

Apabila berlaku sesuatu yang memerlukan sabar.. Adakah secara tiba-tiba kita akan teringat.. Rukun iman ada enam.. aku sudah beriman pada kesemuanya.. ?? [Apalah mutiara bd ni.. orang tengah serabut ade ke nak ulangkaji rukun iman pulak]..

YA. Secara jujurnya KENA, MESTI.. Pilihlah untuk mengingatinya. [rukun iman]

Hehe.. selagi ia tidak menjadi secara tiba-tiba atau lebih canggihnya, secara automatik kita terus mengingati Allah dan hari akhirat.. Maka selagi itulah kita perlu lebih BANYAK UJIAN  dan CABARAN yang akan MEMASANG SABAR ITU LEBIH TEGUH DALAM DIRI.

Sebagai mana peperiksaan di universiti, apabila gagal, ulang lagi pelajaran tersebut, periksa semula.. Selagi tidak lulus, selagi itulah periksa semula. Bezanya, universiti akan buang atau menasihatkan kita menukar jurusan sekiranya kita masih gagal setelah beberapa percubaan [menurut undang-undang unversiti masing-masing]..

Tetapi UJIAN SABAR.. tiada proses disingkirkan. Hidup perlu diteruskan. Selagi bernyawa tiada istilah TUKAR JURUSAN KERANA TIDAK BERJAYA dalam subjek SABAR. Teruskan melalui siri-siri ujian hingga kita benar-benar BERKILAT dengan SABAR..

Maka.. sebab itulah sabar sebahagian dari iman. Iman sahaja yang akan membuatkan kita TERUS SABAR.. dan tiada jurusan alternatif  untuk yang gagal BERSABAR.. kecuali kita pilih untuk  dimurkai Allah atau kesudahan yang buruk dihari akhirat.

Semoga terus sabar memahami jalan dakwah dan tarbiyyah. Ia tidak akan difahami orang gopoh. Sekian.

Jumpa lagi.

Ahad, 3 Julai 2011

Patutlah sabar itu sebahagian iman 3

Sabar itu sebahagian dari iman.

Pertama: Percaya pada Allah.

Setelah menyusun atur segala jadual harian dengan teliti. Tiba-tiba berlaku perkara diluarjangkaan. atau datang manusia secara tiba-tiba mengucar kacirkan perancangan. Segala perancangan perlu dilihat semula, batalkan, teruskan, bergantung pada masa, tempat dan kemampuan.

Jika tidak percaya bahawasanya Allah itu Maha Berkuasa dan Berkehendak.. Mampukah kita bersabar dan tidak mengamuk pada 'manusia' dan 'perkara' yang tiba-tiba itu?

Kedua: percaya pada malaikat

penulis tidak dapat ketemu contoh yang sesuai di saat ini.

Ketiga: Percaya pada para nabi&rasul 

Mereka contoh ikutan kita. Lihat sahaja bagaimana para Nabi dan Rasul Allah bersabar. Bolehkah kita sesabar mereka atau mencontohi sabar mereka jika kita tidak beriman pada perutusan mereka?

Keempat: Percaya pada kitab-kitab

Berapa banyak Al-Quran memberitakan kelebihan sabar, ketinggian darjat orang sabar. Apakah kita benar-benar percaya?? Apabila kita benar-benar beriman dengan kenyataan Al-Quran, pasti kita berusaha untuk menjadi lebih sabar.


Kelima: Percaya pada hari Kiamat

Bukankah hari kiamat itu hari pembalasan?. Setiap manusia tidak akan dibiarkan bahagia sahaja dengan perbuatan mereka. Baik, maka balasannya baik. Buruk, maka buruklah balasannya. Sesudah mempercayai hari kiamat, mengapa perlu berdendam lagi selepas orang memohon kemaafan? sabar melawan diri yang ingin sangat keburukan pada orang lain.

Keenam: Percaya pada qadha dan Qadar Allah

Yakin pada segala ketentuan Allah. Allah zalimkah? Pastinya TIDAK. Sudah diketahui. Maka apabila berlaku sesuatu diluarjangkaan.. Payah dan sukar untuk ditanggung.. Allah tidak zalim. Maka kita akan berusaha sabar dan mungkin ia menuntut sabar lebih dari kebiasaan.

Soalan cepu emas.

mudahkah untuk kita bersabar wahai orang beriman?

bersambung

Sabtu, 2 Julai 2011

Patutlah sabar itu sebahagian iman 2

Sabar. Tiada perkataan dalam bahasa lain yang boleh menterjemahkan perkataan ini.

Ia adalah keupayaan badan, perasaan, fikiran dan keseluruhan aspek manusia dalam menanggung sesuatu. Samada sesuatu itu kepayahan, kesakitan, kesenangan atau kenikmatan.

Yang kita selalu dengar:
"Keupayaan setiap orang berbeza-beza. Mereka akan melakukan mengikut kemampuan masing-masing"

Yang kita jarang dengar:
"Sabar tiada batas. Kerana pahalanya tiada had"

Keupayaan kita menanggung sesuatu bergantung kepada pelbagai faktor. Contohnya mengangkat beban berat. Faktor yang membolehkan kita mengangkat beban berat itu:
  • tangan
  • alat bantu
  • tenaga, makan ke tidak pada hari itu
  • fikiran yang bersedia untuk mengangkat beban
  • beban itu masih dalam kapasiti kita untuk diangkat
  • kehendak untuk mengangkat
Telah dikenali apa itu sabar secara ringkas. Maka apakah pula iman? Hari-hari cakap beriman dengan rukun iman. Entah ya entah tidak. Maksud iman pun tidak tahu, bagaimana mahu mengamalkannya.

Iman itu percaya. Percaya itu bagaimanakah.


"Saya percaya pada Allah. Saya percaya nama Allah yang 99 itu." Cukupkah dengan hanya dakwaan?

Walaupun telah menghafal nama-mana Allah, tetapi kita masih melakukan dosa ketika orang lain tidak melihat kita. Sedangkan Allah Maha Melihat..

Apa kita buat apabila kita PERCAYA API ITU MEMBAKAR? Kita sama sekali tidak berani meletakkan jari sewenang-wenangnya pada api yang menyala. Kan? Kita lebih percaya api itu membakar dari Tuhan Yang Membuatkan api itu membakar. Betul?

Kita lebih takut orang marah dari Allah Yang Menggerakkan hati si pemarah. 
Kita lebih gerun mati kemalangan dari ketakutan pada Allah Tuhan Yang Maha berkuasa menetapkan kemalangan itu sebagai sebab kematian.
Kita lebih malu pada manusia kerana gagal dari percaya pada Allah Yang Maha Berkehendak menentukan berjaya dan gagalnya manusia.

Maka percaya itu apabila ia tersemat kukuh dihati, didakwa di lidah dan lahir dalam bentuk perbuatan.

Masih belum nampak kaitan sabar dan iman?

bersambung

Jumaat, 1 Julai 2011

Patutlah sabar itu sebahagian iman 1

Assalamualaikum warahmatullah.

Wahai pembaca yang dirahmati Allah, mari kita menarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Ulang sebanyak sepuluh kali. Apakah kita merasai perbezaan sebelum dan selepas?

Cuba praktiskan semasa SERABUT sedang mewarnai urusan anda.

Bila serabut, nafas pun sudah jadi pendek. Sedarkah? Bila nafas pendek, kurang oksigen masuk ke peparu. Maka kuranglah oksigen yang akan dihantar keseluruh badan..

Ada masalahkah dengan kekurangan oksigen? YA. Lihat kepentingan oksigen disini.

Iman itu percaya pada Allah. Cukupkah? Tidak. Iman itu percaya pada 6 perkara. Sebagaimana yang Rasulullah s.a.w ajarkan kita dalam hadith no.2 dalam kitab Imam Nawawi.

Mesti percaya adanya malaikat, rasul, kitab-kitab, hari akhirat dan qadha dan Qadar Allah juga. Barulah cukup keimanan kita.

Apakah kaitan sabar dengan percaya semua perkara ini??



bersambung

Entri terkenal