Jumaat, 31 Oktober 2008

PEMBARiS

Haiii..selamat petang..dah banyak baca buku?? ke bz sgt dah tak sempat baca buku? tak minat eh?? selain dari buku yang terpaksa kita baca seperti buku skolah dan buku silibus, ada tak buku lain yang kita baca?..ni soal ni bukan nak suh kengkawan jawab, tapi nak suh pk dengan akal dan hati.
Eh,lupa pulak nak "mention".. buku-buku tu mestilah buku-buku yang bermanfaat..bukan buku tah hapa-hapa tu.. Ni ada satu lagi soalan nak tanya.

Macam mana kita nak tahu buku yang kita baca tu bermanfaat ke "tah hapa-hapa"??
atau buku macam mana yang dikatakan baik untuk kita??

Haaa..nilah kaitan pembaris -tajuk kat atas tu- dengan baca buku. Hehehe, musti penin kan?
Senang je nak paham, baca elok-elok nanti paham lah..

Pembaris guna nya untuk mengukur, ye tak? Kalau tanya budaks tadika pun tahu jawab nyer. Maksud nya (yang ni budak tadika tak boleh jawablah -kot-), untuk kita tahu kepanjangan sesuatu objek, maka kita gunalah pembaris. Atau dengan kata lain, kita tak boleh lah guna benda lain untuk ukur panjang. Contoh nya pakai pensel ke, pemadam ke, sikat ke, cermin mata ke dan lain-lain selain dari pembaris. Kalau kita guna barang-barang ni alamatnya tak dapatlah kita tahu panjang yang kita nak ukur tu.

Nanti mesti ada org akan jawab, pakai sistem ukur zaman dulu boleh apa?..alah mengukur pakai anggota badan kita tu..ingat tak??ish tak ingat-ingat lagi?(maklumlah kita ni tak hidup zaman dulu) alaaa.. contohnya macam jengkal, depa, dan hasta. haaaa..baru ingat?
Boleh gak pakai sistem ni, tapi tak tepat dan universal lah..

Wokeh, untuk kita tahu bacaan kita tu bermanfaat atau sebalik nya, maka kita kenalah ada "pembarisnya". Apakah pembaris itu?? jeng-jejengggg..nak tahu apa dia??? kita jumpa lagi lain kali di tempat yang sama -disinilah-.

Tata..hihih tak islamic lansung..Assalamualaikum..(baik sikit bunyi).ha jawab-jawab, tak jawab dosa.

Rabu, 29 Oktober 2008

Al-Quran MUTIARA hidup kita

"Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya diri nya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia medapati Allah Maha Pengampun lagi Penyayang".
Surah An-nisa: 110

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran? Sekiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapati perselisihan yang banyak di dalamnya"
Surah An-nisa: 82

"Ya tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman iaitu -berimanlah kamu kepada Tuhanmu- maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami beserta dengan orang-orang yang banyak berbuat bakti"
Surah Ali-imran: 193

"Ya tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari Kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji"
Surah Ali-imran: 194

"Maka tuhan mereka memperkenankan permohonannya dengan berfirman: Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang yang beramal diantara kamu, baik lelaki atau perempuan, kerana sebahagian kamu adalah turunan sebahagian yang lain. Maka orang yang berhijrah, yang di usir dari kampung halaman nya, yang disakiti pada jalan-KU, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Aku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pasti, Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah. Dan pada Allah lah segala pahala yang baik"
Surah Ali-imran: 195

Al-Quran adalah penyubur hati dan iman, pengubat duka, penghidup jiwa, penyelesai masalah..
Mutiara yang terkandung di dalamnya tidak akan terbeli dengan apa jua harta dunia..

Walaupun Al-Quran berlambak-lambak di rumah dan bilik, "mutiara" yang wujud di dalamnya, hanya mampu di temui oleh orang yang MENCARI nya dengan izin Allah

Ahad, 26 Oktober 2008

Periksa itu jambatan?

Selamat tengahari, Masa ul khair, Good evening (sebbaik bahasa lain tak reti, kalau tidak nak bubuh jugak). Mari kita tengok cket maksud menjadikan periksa itu sebagai jambatan ke arah kebahagiaan akhirat:
  1. Sentiasa berdoa kepada Allah setelah siang malam mengulangkaji pelajaran serta tidak ponteng kelas.(mengaplikasikan kefahaman tawakkal).
  2. Berusaha bersungguh-sungguh dengan melawan hawa nafsu malas, tidor, bercakap kosong dan menonton cd.
  3. Hidup kita setiap hari diisi dengan aktiviti berfaedah dan banyak pahala (kerana studi) insya Allah, dan ini disukai Allah.
  4. Bila dapat keputusan yang baik, bukan di gunakan untuk berbangga, malah untuk kebaikan agama Islam (macam ni memang bagus).
  5. Bila peroleh keputusan yang tidak memuaskan (setelah berusaha), tidak bersedih dan mengutuk-ngutuk diri sendiri selain tidak menyalahkan Allah dan sentiasa bersangka baik dengan ketentuan Allah.
Macam mana pulak periksa itu boleh menghumbankan kita kepada perkara yang tidak diredhai Allah? Ni antara contohnya:
  1. Studi punya lama sampai terlepas waktu solat. Lebih-lebih lagi solat subuh.
  2. Studi punya lah gempak, rezut pun gempak, tapi niat bukan kerana REDHA Allah.
  3. Studi berduaan lelaki dan perempuan (yang bukan mahram). Tak baik kita campur kan dosa dengan pahala. Belajar tu perkara yang baik, berduaan lelaki dan perempuan (yang bukan mahram) tu tak baik.. Allah tak suka kita buat macam gitu.
  4. Meniru masa jawab soalan periksa.
  5. Banyak lah lagi yang lain, tapi yang ni je penulis ingat
Kalau kita buat perkara yang tak disukai Allah, ada kemungkinan untuk kita tak lulus periksa akhirat tauu.. lebih-lebih lagi kalau kita tak bertobat.. Penulis faham, kita ni manusia, kita memang ada kebarangkalian untuk melakukan kesalahan dan dosa (Nabi pun buat salah). Tapi pada masa yang sama, Allah dah ajar kita macam mana cara nya untuk kita bertaubat dan hapus kan dosa kita.

Allah tahu kita akan buat salah, sebab tu Allah ajarkan pada kita cara untuk bertaubat. Nabi Adam bertaubat, Nabi Yunus bertaubat, Nabi Muhammad pun bertaubat, takkan lah kita yang bukan nabi ni tak nak bertaubat??? Tobat nasuha tu maksudnya benci untuk kembali melakukan dosa yang kita dah buat dan berazam untuk meninggalkan perkara tersebut selamanya.
AYUH kita sama-sama tobat. Allah kan MAHA PENGAMPUN..lagipun kita tak tahu tarikh kematian kita. Kalau mati, tak sempat tobat, macam mana??? huuu sedihnya..takut pun ada jugak..

Sebelum berakhir tajuk ni, penulis nak bercerita sikit. Cerita nya begini.

"Di sebuah jalan besar dan luas -ada empat lorong gitu (macam lebuh raya, tapi bukan lebuh raya)-, ada seseorang pelajar sedang menunggu kedatangan ayahnya untuk menjemput pulang. Sedang menunggu dengan tenang, dia ternampak seekor kucing tompok hitam putih nak lintas jalan (yang besar dan luas tu)..hmm comey nya kucing ni..kata pelajar itu di dalam hati.. Dari jauh ada sebuah kreta besar macam lori dengan halaju melebihi 110 km/j sedang menghampiri..dan "zzzusss" telah MELENGGEK kucing comel tu dan terdengarlah kucing tu menjerit..MIOOOOWWWww. Pelajar tersebut terkejut, terlongo tak terkata apa-apa. Waduh kejam tol org tu bawak kreta besar macam lori tu"
Apa pulak cerita orang yang bawak kreta besar macam lori tadi??
Rupanya dia tengah kelam kabut nak ke pejabat kerana ada mesyuarat penting berkenaan syarikat perniagaan dia. Dan dia memang tak perasanlah kucing kecik dan comel tu lintas jalan..

Analogi cerita ni:
  • Pelajar yang tgh tungguh ayah -org yang menyedari hakikat dosa tapi tidak melakukan apa-apa.(biar je diri buat dosa tu dan tak bertobat)
  • Kucing kene lenggek -iman kita yang dirosakkan kerana tak bertaubat
  • Pemandu -org yg tidak tahu bahawa dosa itu boleh merosakkan iman.
  • Jalan besar dan luas -hidup kita atas dunia ni
  • Kreta besar macam lori tu -nikmat yang Allah beri atas dunia
  • Kekaguman pelajar tersebut pada kecomelan kucing -rasa ego pada seseorg yang menyebabkan dia tidak mahu nampak ada bahaya sedang menunggu jika tidak bertobat.
  • mesyuarat syarikat -kesibukkan hidup kerana urusan duniawi
Tak de lah tepat sangat analogi ni..tapi mungkn boleh membantu kita supaya bersegera bertaubat..
MARI bertaubat..MARI kembali kepada Allah..Jangan biarkan Allah palingkan muka dari kita kerana kecuaian kita atas dunia ini..Kalau dah tahu, tapi buat tak tahu memang hampeh lah hidup kita..Kalau tak tahu, bukan alasan untuk kita buat (dosa)..kerana hidup kita adalah pelajaran untuk menghadapi PEPERIKSAAN Akhirat.. jadi belajarlah bersungguh-sungguh.
Kepada kawan-kawan ku, sahabat sperjuangan ku, adik-adik ku di sekolah, sanak sedara ku yang berterabur di seluruh Malaysia, SEMOGA ANDA BERJAYA dalam PEPERIKSAAN dunia dan akhirat..

Sabtu, 25 Oktober 2008

Peperiksaan, Examination, Imtihan

Selamat pagi..Sobahul khair, good morning. Sedar tak sedar kita semua ni dah makin bertambah umur dengan kata lain, makin t.u.a lerr.. Kita dah pun berada pada hujung tahun 2008. Perkara paling biasa hujung tahun ni adalah kenduri kahwin dan peperiksaan. Tapi penulis nak kongsi dgn kawan-kawan cuma pasal peperiksaan dulu. Pasal kawin tu, lain kali..

Hujung tahun ni, bukan studen universiti je peksa..budak-budak sekolah pun peksa jugak (SPM dah dekat, PMR baru je lepas). Org yang dah bekerja pun ada ujian kenaikan pangkat (dan sebagainya lah). okey lah, biasanya apa yang kita buat bila nak exam??.. Haaa.. tak lain dan tak bukan..'BERSEDIA' supaya kita dapat lulus dgn cemerlang, ye tak? Antara PERSEDIAAN kita tu, sanggup berjaga malam, skip waktu makan, ngadap nota dan komputer berjam-jam dan meninggalkan segala aktiviti yang kita rasa tak berfaedah untuk priksa kita.

Tu baru peksa, exam, imtihan duniawi.. macam mana dgn PERSEDIAAN kita untuk menghadapi peksa, exam, imtihan di akhirat nanti?? Yelah..elok-elok peperiksaan nanti bertukar jadi "pe.perit.seksaan".. Adakah kita bersungguh-sungguh untuk menghadapinya??

Jangan lupa wahai diri sendiri dan kawan-kawan pembaca sekalian, priksa-priksa di dunia ni hanya sementara dan jadikanlah ia jambatan kepada kebahagiaan akhirat..jangan jadikan ia sebagai penghumban kita ke neraka Allah kelak..

Ada lagi nak kongsi dgn kawan-kawan pembaca sekalian, tapi dah hilang mud untuk menulis topik ini.. nanti dah ada mud baru sambung.

Khamis, 23 Oktober 2008

Allah Maha Mengetahui 2

Haiii..!pekabar?? hepi tak hidup? kalau hepi cakap apa? Alhamdullilah..maksudnya segala puji bagi Allah. ni penulis nak sambung "cerita bersiri" kat bawah tuh.. kawan-kawan tahu tak sebab apa org tak ikut peraturan? eh penulis ni asyik tanya je kan..meh la penulis jawab sendiri (penulis pun sedar, tak de sapa pun nak jawab soalan penulis ni).

Orang tak ikut peraturan ni ada banyak sebab..tak kesah la peraturan tu peraturan unibesti(universiti) ke, peraturan negara ke, peraturan sekolah ke, peraturan Allah ke.. asalkan namanya peraturan. Sebab nye (menurut pengamatan pennulis lah):
1- tidak tahu peraturan itu wujud.
2- tidak mengetahui sebab peraturan itu di gariskan.
3- perangainya memang jenis "gedebe" (ikuk sedap dia nak wak gapo). dengan kata lain "hantu"
4- perasaan macam; takpe tak ikut pun, bukannya ada org tahu kita tak ikut peraturan tu.

Emmm, rasa macam dah cukup dah sebab yang penulis senaraikan ni. Kawan-kawan nak tahu tak jenis-jenis orang yang menghadapi peraturan???hmmm rasa nya yang tu tak penting kot. yang penting ialah sebab kenapa orang tak nak ikut peraturan..

Tahu tak apa kaitan Allah Maha Mengetahui dengan "mengikut peraturan"? Tahu??dah tahu tak yah baca dah. Ni untuk orang yang tak tahu je. Sebenarnya, hidup kita dimana-mana pun atas dunia ni memang kene ada peraturan. Sebab, dalam hati kita ni ada satu unsur yang sentiasa berusaha nak rosakkan kita supaya kita buat dosa dan maksiat. Itu lah dia setan-(ish ganas pulak bunyi nya tukar lah, syaitan, bunyi elok siket). Dan yang kedua assistant kepada syaitan ialah hawa nafsu, dan dia (hawa nafsu) dilengkapi dengan satu sifat iaitu "tidak pernah puas".

Haaa..musti lagi penin kan?kejap Allah Maha Mengetahui, kejap peraturan, kejap hawa nafsu..pekebendaaa.. lah ni. okey,okey, ni nak bagitaulah ni.. Dengan ada nya peraturan yang di telah ditetapkan Allah (Yang Maha Mengetahui), maka boleh lah kita menjalani kehidupan atas dunia ni sebagai seorang hamba Allah yang taat dan solih kerana dapat menjaga dan mendidik hawa nafsu serta terselamat dari mengikut hasutan dan tipudaya syaitan (huh sesak nafas, panjang sangat ayat)..

Hmm dah faham kan? sekarang fasal peraturan manusia buat pulak. Ni nak bagi contoh cket supaya kawan-kawan faham.
(contoh ini mungkn terkait dgn yg hidup atau pun yang telah mati, dah kalau tak de kaitan tak boleh nak buat contoh pulak)

contoh 1
Tgh bawak kreta, tiba-tiba lampu isyarat merah, tapi kreta lain tak de. maklumlah dah pukul 1 pagi kann. nak brenti ke nak sambung je tekan minyak?

contoh 2
Peraturan cakap kene pakai kasut bila nak masuk kelas, tapi kita lebih selesa nak pakai selipar. sebab peredaran udara lebih baik, kaki pun tak busuk, ye tak?. atau nanti senang nak ambik wudhu untuk solat.

-IKLAN-Panjang nyerrrr.. lah tulis..(sapa nak baca??tak tahulah, tulis jerr. sapa rajin nak baca, bacalah. kalu malas tak dapat lah nak paksa).


Orait, penguraian kepada kekusutan tadi senang je..
"Taatilah pemimpin dikalangan kamu, selagi ia tidak bercanggah dengan peraturan agama (Islam)"

Ada ayat Quran sebut pasal ni tapi tak ingat ayat berapa surah berapa.(saja tak nak tulis kat sini, nak suruh kawan-kawan rajin-rajin bukak quran).

So, selagi peraturan yang digariskan oleh barisan kepimpinan kita tidak menyebabkan dosa dan maksiat, turutlah..Tak rugi pun. kita pun hidup bahagia. Dan kalau peraturan itu menyebabkan maksiat, barulah kita tidak patuh. Kalau tak tahu kenapa peraturan tu wujud, cubalah pakai otak siket..fikir hikmahnya.. kalau rasa gedebe tu, ingatlah kita ni numpang je atas dunia ni. kalau rasa tak de org tengok kita langgar peraturan tu, ingatlah..Allah Maha Mengetahui dan melihat kita.. Yang nak bagi balasan pada kita di akhirat kelak bukannya kawan-kawan kita, bukan ibubapa kita, bukan pihak berkuasa negara kita, semua nya bukann.. Tapi Allah yang akan beri balasan pada kita... Kalau kita ikut peraturan Allah dan dengar perintah Allah suruh taat pada pemimpin (yang beriman) maka, berbahagialah, sebab rahmat Allah itu sungguh luas. dan kalau kita besar kepala tak nak ikut peraturan Allah, ingatlah..Sesungguhnya siksaan Allah itu sangat pedih.

okeh..dah habis..jumpa lagi lain kali. Semoga bermanfaat dan meningkatkan iman kawan-kawan kepada Allah.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Allah Maha Mengetahui

Pernah tak melalui suatu peristiwa yang mana org kat depan kita, buat sesuatu yang kita rasa tak patut buat? Musti pernah kan?kan?kan? Hmm..biasanya kita akan memandang sesuatu perkara berdasarkan sudut pandangan, pengetahuan dan pengalaman yang kita ada.. betul tak??ke tak pernah perasan pon? tak perasan ek? haaaa ni nak bagi kawan-kawan perasan lahh.

Ni nak ajak kawan-kawan fikir satu lagi peristiwa: macam ni lah lebih kurang; bila kita menghuni sesuatu tempat, mesti ada peraturan atau pantang larang yang kita kene ikut, kita pon pulun lah ikut peraturan tu, tapi, tengok-tengok ada jugak ahli populasi setempat tersebut tak ikut peraturan tu (macam tak pernah tahu pun peraturan tu ada)..

Haaa, pernah kan? lalu 2 situasi macam kat atas..toksah duk nafi pulaks. Tahu tak sebab apa kita ada pengalaman macam ni dan kenapa ada banyak org macam gitu dalam dunia ni?? hmmm..nanti penulis jawab soalan ni lain kali..

BABAi. jumpa lagi di lain siaran..

Ahad, 12 Oktober 2008

Allah Maha Mengetahui

Bila sesuatu peristiwa berlaku, reaksi kita ada beberapa macam antaranya:
1-gembira dan redha dengan peristiwa tersebut.
2-tak seronok, kecewa dan sedih kerana ia berlaku.
3-tak heran ia berlaku.
4-hairan kenapa ia berlaku

Dan Harapan kita apabila sesuatu perkara berlaku juga ada berbagai-bagai, antaranya:
1-mahu ia terjadi lagi
2-harap-harap tak jadi sampai bila-bila dah.
3-jadi lagi pun tak pa, tak jadi lagi pun tak pa, tak kesah.

So, apa yang penulis nk cerita kat sini?? macam pelik pulak kan? hmm penulis nak cakap pasal qadha dan qadar Allah. Bukan mudah kita nak menghayati qadha dan qadar Allah..betul tak?

Ha apa?? tak susah ek??Aiseh, mmg lah kalau peristiwa yang jadi tu kita suka, tak pa lah. cuba kalau yang jadi tu kita tak suka, tak gembira..macam mana kita nak bersikap redha dan menyerah diri pada Allah?
ha, bukan senang ooo. Tapi bukan senang tu bukan nye alasan kita tak leh buat..

Sebelum tu, kawan-kawan betul-betul kenal ke sapa itu Allah? Boleh ke kita redha dgn segala ketentuan Dia kalau kita tak kenal sapa itu Allah?? EH, teruk bebenor penulis ni ek? memandang remeh pada pembaca, dengan mengatakan kawan-kawan tak berapa kenal Allah..
Bukan niat penulis nak cakap macam gitu. Cuma penulis nak ajak kawan-kawan faham betul-betul, konsep redha dan menyerah diri pada qadha dan qadar Allah.

Redha dgn ketentuan Allah bukan bermaksud kita tidak perlu berusaha, dan percaya pada ketentuan Allah bukanlah bermaksud kita perlu menunding jari dan menyalah kan Allah apabila sesuatu perkara berlaku di luar sangkaan kita..

Percaya dan mengimani qadha dan qadar (atau bahasa kita, kita sebut ketentuan Allah) bermaksud, apabila berlaku sesuatu yang kita anggap "best" kita bersyukur dan tidak bangga diri atau tidak lupa ia adalah pemberian Allah. Manakala, bila jadi perkara yang kita anggap tak "best", kita redha dengan kejadian itu dan tidak meratapi nya. Sedih cket-cket tu besa lah kan.
Kita ni manusia, mmg Allah kasi perasaan sedih, kalau tak cam mana nak rasa sedih bila kita nyesal buat dosa, ye tak?

ok, stakat tu dulu..Semoga kita menjadi orang yang paling redha dengan ketentuan Allah dan paling berharap apabila berdoa.
BABAi

Jumaat, 3 Oktober 2008

Setelah berlalu 1 Syawal

Sesungguh nya hanya Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik kejadian yang berlaku dalam hidup kita, walau hebat mana pun kita cuba berfikir dan mencari hikmah.

Apabila berlaku perkara yang tidak kita sukai/gemar maka:
Perkara pertama yang perlu kita buat adalah bersangka baik dgn Allah di atas apa yang terjadi pada diri kita.
Kedua, tenang kan fikiran dan jangan bertindak mengikut rasa..antara cara menenangkan fikiran -duduk, pejam mata, tarik nafas dalam-dalam kedian lepas, solat, baring, atau bayangkan sesuatu yang indah, senyum, istighfar- ha dah banyak tu..
yang ketiga nya pulak, bila fikiran dah tenang barulah fikir apakah tindakkan yang sewajarnya untuk "menyelesaikan" atau "menghadapi" kejadian yg tidak disukai itu. Hendaklah fikiran kita itu pula, punya landasan yang betul. jangan main sifir "asalkan setel, ikut suka nak buat ikut mana"..sifir kita org Islam kene ikut kalam Allah dan juga sunnah baginda s.a.w.
Adalagi tau!nak tulis ni..tapi nak sambung kedian..Salam mujahadah.

Entri terkenal