Selasa, 22 Julai 2014

Bersyukur tapi jangan sampai takabur.

Maha Suci Allah yang menciptakan.

Menzahirkan nikmat Allah mungkin sebagai salah satu tanda kesyukuran. Segala puji bagi Allah..

Alhamdulillah Allah beri aku ibubapa yg beriman.

Alhamdulillah Allah beri aku nikmat berkorban demi islam walaupun tidaklah sebesar mana pengorbanan itu.

Alhamdulillah Allah telah memberikan aku sahabat yang memahami.. walaupun sahabat itu jauh dan punya ujian tersendiri.

Alhamdulillah Allah memberi rasa sedap dgn segala makanan yg aku makan walaupun tidak semua makanan seluruh dunia aku pernah santapi.

Alhamdulillah Allah beri aku kesenangan waktu mengembara jauh hingga aku tidak merasa ia sesuatu yg rugi.. walaupun bukan lah seluruh dunia yg aku pergi.

Yang paling aku suka sebut-sebut nikmat Allah adalah...
ketenangan hati menerima dan melepaskan segala yg Allah ambil dan beri.

Allahu akbar.
Ramadhan telah dtg dan ia akan berlalu pergi tidak lama lagi..

Terima kasih Allah kerana memberi Islam dan iman.. nikmat yang tiada ganti rugi jika ia di ambil kembali.. Semoga Allah jauhkan.

Allahumma yaaa muqalibbal quluub.
tsabbit qulubana 'ala dinik.
wa 'ala tho'atik.

Ya Allah yang membolak balik kan hati.
tetapkanlah hati kami di atas agamaMu dan ketaatan hanya kepadaMu.

.....

Zahirkanlah nikmat Allah sebagai tanda bersyukur.
Usahlah disebut2 kekurangan2 dan nikmat yg tidak ada pd kita kerana ia tanda kufur nikmat yg telah diberi.

Tapi..
dlm mwnzahirkan nikmat sebagai tanda syukur, uruslah diri agar tidak terlekat rasa takabur..

Sekian.

*saya rindu kawan2 masa belajar dulu.. tak akan jumpa dh kawan2 macam mereka.. real friends. Masya Allah. semoga mereka semua sentiasa bahagia dalam iman.

Entri terkenal