Sabtu, 7 Februari 2015

Hormat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Seingat penulis seperti pernah menyentuh topik ini bertahun yang lalu.

Apa itu hormat?
Di era 'google' tiada yang sukar untuk di cari.

Mengikut kamus dewan kita, dan penulis susun semula mengikut perkataan penulis.
"Perbuatan melayan manusia lain dengan sopan dan berhemah"

Terfikirkah kita?
Dari maksud di atas,
Tidak menghormati orang itu maksudnya; sikap kurang sopan dan tidak berhemah diri sendiri?

.....

Kadang-kadang penulis terfikir...
Bila hormat kita itu pada

                orang lebih hebat dari kita (pada fikiran kita)

dan maksud HEBAT itu sangatlah berbeza maksud bagi setiap kita..

Hebat itu:
  1. kaya kah?
  2. rupawan kah?
  3. kepimpinan kah?
  4. pandai bercakap kah?
  5. berani kah?
  6. berjawatan kah?
  7. status kah?
  8. berumur kah?
  9. tudung labuh /kupiah/ pakaian kah?
  10. akhlaq kah?
  11. agama kah?
......

Jika kita menghormati orang kerana anaknya ramai..
Apa jadi bila kita jumpa orang bujang atau berkahwin tapi belum ada anak?

Jika kita menghormati orang kerana jawatannya..
Apa jadi bila kita jumpa orang lebih rendah jawatan dari kita?

Jika kita menghormati orang berakhlaq mulia..
Apa jadi bila kita jumpa orang akhlaq buruk dan menyakitkan hati?

Jika kita menghormati orang kerana agama..
Apa jadi bila kita jumpa orang atheis?

......

Marah tidak bila orang tuduh kita pilih bulu...?
sedangkan kita begitu "memilih" ketika mahu menghormati..

Hormat orang bukan kerana KEHEBATAN mereka.

Bahkan hormatilah mereka kerana mereka berhak di layan dengan sopan dan berhemah.
Bukankah hak manusia lain itu tanggungjawab kita?








Entri terkenal