Sabtu, 13 April 2013

bila sandarannya bukan Allah [edited]

bila suatu perbuatan itu tidak di sandarkan pada Allah..

maka bila berjaya, kita rasa itu adalah titik peluh kita dan hanya kerana usaha dan pengorbanan kita.

sebaliknya bila gagal, kita rasa sangat malu kecewa seolah-olah jatuh airmuka dan wibawa kita.

bila suatu perbuatan itu tidak disandarkan pada Allah..

habis orang sekeliling disalahkan..
kerana dia, tarbiyyah kita lambat.
kerana dia, dakwah kita tersekat.
kerana dia, amal kita tidak terbuat..

Maha suci Allah.
Ampunilah kami.

mungkin kita tidak menyatakan tundingan jari itu secara terangan
kerana kita bukanlah orang yang berterus terang.
tapi ingatlah..
Yang menilai amal kita dan dia yang kita tunding itu; adalah Allah..

Allah sangat tahu isi hati kita dan dia.

Selamat beramal dan bersandar hanya pada Allah.

Tiada ulasan:

Entri terkenal