Rabu, 17 Mac 2010

Si HiTAM

Cuti tahun baru cina pada tahun ini memberikan kelainan pada penulis kerana bercuti di rumah tok. Dan yang paling berharga, kerana rumah tok betul-betul mengadap masjid. Pagar masjid mengadap pagar rumah. Keluar pagar rumah, masuk pagar masjid. Gitulah kira-kiranya.

Pada suatu pagi yang meletihkan, selepas solat subuh, penulis mahu bergegas pulang dari masjid. Hehe.. agak-agak nak buat apa bila dah letih?? HAaa... pandai.. NAk sambung tidor ler. Tapi tok penulis tahan penulis supaya tidak balik. Hadoii haiii.. Dengan rela hatinya, tunggulah jugak. Sebab apa? Sebab ada kuliyah subuh ler. Dah tak de sebab lain dah.

ENtah tajuk apa kuliyah subuh pagi tu, tak perasan lah pulak. Tapi yang penulis ingatnya, ada cerita Bilal bin Rabah. Rasanya tengah cerita mengenai pengorbanan sahabat Nabi kot, entah..lah.. serius dah lupa.. Asyik lupa je penulis ni kan. Sorilah.

Tapi cerita Bilal tu penulis memang ingat. Gaya imam yang menyampaikan kuliyah subuh pagi tu, telah menyebabkan penulis menitiskan air mata.. Pandai sungguh dia cerita fasal Bilal.. Sampai penulis pun terasa macam 'hidup' sekali dengan Bilal.

Kawan-kawan kenal tak siapa itu Bilal bin Rabah? Aiseh takkan tak kenalkan? Inilah orang yang dibebaskan oleh Abu Bakr r.a masa peringkat permulaan dakwah Islam di Makkah. Bilal r.a adalah sahabat Nabi yang tabah. DIa berkulit hitam.. Orang Habsyi.

Bilal diikat tangan kaki dan kemuncak seksaan sebiji batu besar diletakkan di atas dada beliau.. Tapi tak tercabut iman Bilal. Hanya menyebut nama Allah 'Ahad, Ahad'.. Kawan-kawan cubalah bayangkan.. Kita sekarang, duduk dalam kelas panas sikit pun tak boleh. Tak pun bayangkan penyegar udara kat pejabat kita tu rosak.. Mesti tak selesa habis nak buat kerja kan? Ini Bilal sahabat Rasulullah, bukan sebarang orang..

DAh kena ikat kaki tangan dengan batu atas dada tu, bukan baring atas katil tau.. Atas padang pasir. Pernah kawan-kawan pijak pasir panas? Ha, kalau nak rasa, cuba pijak tar jalan waktu tengah hari sebelum Zohor tu.. Hmm.. Belum pijak pun dah tahu panas.. Kan. Kalau pakai kasut pun, belum tentu nak berjalan bawah panas terik kan??.. Tapi Bilal bin Rabah.. Dengan tidak tiada baju beliau di jemur atas pasir siap batu lagi atas dada.. Alangkah tabahnya Bilal menempuh ujian Allah.

Kawan-kawan, kalau kitalah sekarang, orang datang letak pisau kat tengkuk dan bagi kata dua:
Awak nak mengaku Islam dan saya bunuh awak atau awak nak buang semua identiti keislaman dan hidup bebas..

Mana kita nak pilih?

Sahabat Nabi dulu nak solat pun kena menyorok. Kita sekarang tak payah pun menyorok. Tapi LIATnya MAK OIII..

Okay sambung balik cerita Bilal. Akhirnya Abu Bakr r.a membebaskan Bilal dari Umayyah bin Khalaf. Bebaslah Bilal (Ini dah pendekkan cerita la. Kalau nak panjang lagi boleh lah rajin kan diri bukak buku ye).. Bilal terbabit dalam banyak peperangan. Dan tugas yang paling penulis rasa semua orang tahu fasal Bilal adalah, menjadi Muadzin Nabi Muhammad s.a.w. Muadzin tu bahasa Arab. Bahasa Melayunya tukang Azan lah.. Tapi kita sekarang, lagi senang panggil muadzin sebagai Bilal.. Betul tak? Itulah tanda betapa sinonimya Bilal dengan tugasnya sebagai Muadzin Rasulullah.

Tahu tak apa yang menyebabkan penulis meleleh airmata dengar cerita Bilal dalam Kuliyah subuh pagi tu? Sebabnya.. Meh kita hayati cerita separuh jalan penulis kat bawah ni:

Selepas kewafatan Rasulullah, Bilal berhenti dari bertugas menjadi Muadzin dan berpindah ke satu tempat di luar Madinah. Tak ingat dah kat mana tempat tu. Tapi rasa negara asal beliau lah (kalau salah tolong betulkan ye).. Sebab Bilal sedih sangat dengan kewafatan Rasulullah.. Kisahnya cane? Lebih kurang ginilah, bila Abu Bakr r.a naik jadi Khalifah, beliau meminta Bilal menyambung tugas sebagai muadzin.. Tapi Bilal jawab:

"Wahai Abu Bakr r.a, adakah Engkau membebaskan aku dahulu kerana Allah atau kerana kepentingan-mu? Jika Engkau memerdekakan aku dahulu kerana Allah, biarlah aku membuat keputusanku sendiri. Tetapi jika engkau membebaskan aku kerana kepentinganmu, aku sedia berkhidmat menurut kehendakmu sehingga engkau meninggal"

Kemudian, Abu Bakr r.a menjawab:

"Aku memerdekakan kamu kerana Allah"

Lepas tulah, Bilal dah pencen jadi muadzin..

Entah cane zaman Umar Al-Khattab r.a, Umar nak sangat dengar Bilal azan. Baliklah Bilal ke Madinah untuk menunaikan permintaan Umar..

Pagi SUbuh (Kalau tak salah penulis).. Bilal pun azanlah.. Dengan bergemanya suara merdu Bilal bin Rabah melaungkan azan.. (HUhuu sedih dah ni).. Keluarlah seluruh sahabat Rasulullah s.a.w dari merata ceruk Madinah pada masa itu..Menyahut seruan azan Bilal, si tukang azan Rasulullah. Terasa bagaikan Rasulullah hidup semula..(Waaaa, sedihnya.. Kawan-kawan dapat menghayati tak cerita ni? Aiseh kalau kawan-kawan tak sedih, maknanya penulis tak pandai nak cerita lah ni)..

MAsa tengah azan tu, bila sampai dekat "Wa ash-hadu anna Muhammaddan Rasulullah".. Bilal tersekat.. Semua sahabat dengar sedu sedan Bilal menangis rindukan Rasulullah.. Tak boleh nak sambung azan.. sebab sedih sangat.. Sahabat lain pun mestilah sedih jugak kan.. Sudah lah lama tak dengar Bilal azan..Sekali Bilal azan semua.. Terasa sangat macam Rasulullah hidup semula.. MAsa Rasulullah sama-sama hidup dan berjalan dengan sahabat yang lain.. Hakikatnya Rasulullah dah wafat

Sebagai penutup cerita..

Sekali tu jelah Bilal azan semula selepas kewafatan Rasulullah.. Kiranya, Bilal memang eksklusif tukang azan Rasulullah lah.. Dah macam mana nak azan, setiap kali sampai kat part dua kalimah syahadah tu.. Bilal mesti tangkap leleh punya (hehe pelik pulak pakai bahasa macam ni).

Okay semoga kawan-kawan lebih bersungguh untuk kenal siapakah lagi sahabat-sahabat Rasulullah yang sangat berjasa sepanjang perkembangan dakwah Islam.. Tanpa mereka siapalah kita.

Saja buat entri panjang kali ini.. Semoga bertambah iman.

Tiada ulasan:

Entri terkenal