- Tak puas hati sana, tak puas hati sini.. Entah bila masa dia puas hati pun kita tak tahu. Orang lain buat, salah , tapi dia buat betul pulak.
- Orang lain sahaja yang tak reti bekerjasama, dia pula asyik bekerja.. Tapi rupanya dia tak sedar, dia yang menyusahkan orang.
- Suka orang tu, layan elok-elok, nyampah orang lain, layan dia tah hapa-hapa..
- Rasa berbaloi untuk diri sendiri, buat betul-betul.. EH? rugi buat elok-elok sebab nanti orang lain yang untung, baik buat cincai-cincai saja..
- Asalkan aku hidup bahagia oklah.. Apa orang lain nak buat suka hati mereka lah.. kan dunia ini perlu FREEDOM..
- Jangan buat selagi tidak memberi keuntungan pada diri sendiri. Elakkan segala jenis tanggungan selagi ia tidak menampakkan keuntungan dunia diri sendiri..
Waduh-waduh, agaknya kawan-kawan faham ke apa yang penulis nak cerita kali ini? Sebenarnya penulis nak cerita penulis betul-betul pening jumpa dengan orang yang jual ikan (bukan fish monger ok tapi selfish). FIkir diri dia saja.. Asalkan jangan dia yang susah. Orang lain susah tak pe.
Bila kita buat kerja bersama, maka kenal lah kita pada kawan kita itu.. Tapi kadang-kadang mata kita salah menilai. Jadi jangan cepat menghukum. Berusahalah untuk memberitahu secara bijak pada orang yang nampak macam asyik jual ikan ini. Mungkin dia tidak sedar sikapnya yang sebegitu telah menyusahkan orang lain.
Apalah nikmat hidup jika kita tidak bermanfaat untuk orang sekeliling.. Kesimpulannya: Jual ikan kat pasar je. Tempat lain tak laku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan