Jumaat, 26 November 2010

Menyebutkan kalimah syahadah, BUKTIKAN!

Berpandukan buku : Syahadah Al-Haq; Pengakuan seorang muslim tulisan Abu A'la Al-Maududi
Tulisan dibawah adalah olahan semula selepas penulis mendengar kupasan buku ini buat kali pertama pada tahun 2004.

Lafaz syahadah itu datang bersama suatu tanggungjawab. Ia adalah hak kalimah tersebut yang perlu kita tunaikan. Tunaikan dihadapan seluruh alam. Apakah maksudnya?

Ummat Nabi Muhammad (kitalah), telah dipilih oleh Allah untuk melaksanakan hak syahadah. Iaitu dengan menyampaikan kalimah ini kepada seluruh bangsa diseluruh dunia dengan cara beramal soleh, memiliki akhlaq terpuji dan melaksanakan pemerintahan yang betul.

Tugas ini tidak akan selesai sehingga:

Manusia tunduk dibawah hujah Allah dan tidak dapat menafikan bahawa dakwah para Nabi dan kalimah ini telah sampai ke gegendang telinga mereka.

"Ataukah kamu (orang-orang yahudi dan Nasrani) berkata bahawa Ibrahim, Ismail, IShak, Yakub dan anak cucunya adalah penganutYahudi dan Nasrani? Katakanlah, Kamukah yang lebih tahu atau ALLAH? Dan siapakah yang lebih zalim  daripada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya?. Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan" Al-BAqarah: 140

Apakah maksudnya manusia tunduk di bawah hujah Allah, sehingga manusia tidak dapat menafikan bahawasanya kalimah syahadah telah sampai ke telinga setiap mereka??

Ia bermaksud, Islam dan segala kebenaran ajarannya telah disampaikan kepada mereka; yang tinggal hanyalah manusia itu mahu memilih untuk beriman atau kufur.

Dan jika dia memilih untuk kufur, maka dia tiada sebarang alasan lagi untuk meyalahkan Allah kononya tidak memberikan petunjuk padanya. PAdahal, petunjuk Allah telah sampai melalui para NAbi dan Rasul-Nya. Ia sangat jelas dan terbukti dengan wujudnya kalimah SYAHADATAIN ini.

Dengan kata lain, dengan pelaksanaan hak dua kalimah syahadah ini (selepas kita melafazkannya), kita akan terlepas dari tuduhan manusia yang ingkar bahawa mereka tidak pernah menerima dakwah kita.. Kita = para pelafaz dua kalimah syahadah.

Syahadah bermaksud penyaksian. Penyaksian kita sebagai hamba Allah dalam kalimah syahadatain itu boleh lah dibahagikan dalam dua bentuk:

Perbuatan dan perkataan.

Apakah pembuktian kita menyaksikan kalimah syahadatain dari segi perkataan?? Ia adalah seperti berikut:

Ia adalah perbuatan memperkenalkan ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP. Islam itu merangkumi akhlaq, pergaulan, prinsip, kepercayaan, ekonomi dan kemasyarakatan.. Memperkenalkan semua itu melalui: penulisan, lisan dan media elektronik atau cetak..

Bagaimana pula pembuktian kita menyaksikan kalimah syahadatain deng perbuatan??

Dengan menjadikan seluruh kehidupan dan prinsip kita itu sebagai cermin yang membiaskan segala ajaran Islam. Sehingga, manusia yang bergaul disekeliling kita merasai betapa cantiknya Islam.

Maka dalam proses kita membuktikan kita benar-benar menyaksikan/mengakui Allah itu Tuhan yang Layak disembah dan Nabi Muhammad itu sebagai utusanNya, perlulah diingati misi dan objektif kita adalah: Syariat Allah tertegak seluruh dunia.

Demi melaksanakan tanggungjawab dan hak syahadatain, jangan kita lupa pada realiti UMMAH. Keadaan masyarakat sekarang.. Apakah realiti ummah sekarang?:
  • Lebih cenderung memilih jahiliyyah dari pembaharuan (Islam)
  • Sistem kehidupan biasa telah lama bercanggah dengan ajaran Islam
  • Tidak berusaha menegakkan keadilan
  • Jika pun berusaha, masih tiada kesungguhan... Kalau adapun, ia masih belum cukup.
Apakah penyelesaiannya? Atau apakah yang kita boleh buat untuk memenuhi hak syahadatain dan pada masa yang sama kita tetap mempertimbangkan realiti ummah?

Melangkahlah, maksudnya, mulakan langkah anda. Selagi termenung, tidak akan berlaku apa-apa. Gembeling lah tenaga, arahkan segala tumpuan untuk melaksanakan seruan kepada Allah. Dakwah ilallah.

Berpegang teguhlah dengan petunjuk Allah.

Realisasikan syahadah al-Haq dalam setiap aspek kehidupan anda/ Buktikan pengakuan anda. Pengakuan bahawa anda benar-benar menjadikan Allah itu hanya satu-satunya TUHAN. Dan hanya Dia yang layak disembah. Serta, buktikan bahawa anda benar-benar meyakini Nabi Muhammad sebagai utusan-Nya.

Akhir kata: MAMPUKAH KITA MELAKUKAN TUGAS INI BERSENDIRIAN??

P/s: Tugas = melaksanakan syahadah Al-Haq

Tiada ulasan:

Entri terkenal