Selasa, 1 Mac 2011

Sangkaan saya kamu

Setinggi ukhuwah adalah ithar. Manakala berlapang dada/bersangka baik itu tahap ukhuwah paling rendah.

Mudah disebut dengan lidah. Bagaimana dengan perbuatan? Semudah perkataan tersebut keluar dari mulutkah...
.
.
.
.
.
.

Pastilah tidak. Tapi itu bukan alasan untuk tidak berusaha.

Apakah itu ithar? Ithar adalah mengutamakan keperluan kawan-kawan melebihi keperluan diri sendiri dalam hal-hal keduniaan. Ingat! Hal keduniaan sahaja. Sebaliknya, hal akhirat mesti berlumba-lumba.

“Takpe, makanlah dulu. Nanti saya makan kemudian”. Walaupun perut sudah mendendangkan lagu dan irama kerana terlalu lapar. [Asalkan anda tiada gastritis]. Inilah ithar.

“Eh, takpe-takpe. Awak solatlah dahulu nanti saya solat kemudian”.
Hmmm ini cara salah. Solat mesti berlumba-lumba untuk melakukannya diawal waktu. Sebaiknya usahakan untuk sama-sama solat. Bukan mengalah memberi jalan pada salah seorang bersolat dahulu. [kecuali tempat solat terlalu sempit dan hanya muat untuk seorang sahaja.]

Bagaimana pula dengan bersangka baik. Senangkah bersangka baik dalam keadaan sentiasa sahaja membenarkan sangkaan rekaan tidak pasti kita itu? Praktikalnya susah. Tapi boleh jadi juga senang. Bergantung kepada persepsi otak kita. Siapakah yang menjadikan keadaan seolah-olah membenarkan sangka buruk kita itu? Allahkan? Setuju?..

Apabila sesuatu berlaku, kita mula mengarang sejuta sangkaan. Jika tidak dicantas, semakin banyak ‘kebetulan’ yang kita anggap membenarkan teori sangkaan tadi. Kenyataannya, sangkaan kita itu adalah salah faham yang total.

Siapa yang mencipta ‘kebetulan’ itu? Kitakah? Atau orang yang kita sangkakan itu? Fikir jauh sedikit.. Ya.. Benar. Allahlah yang menjadikan ‘kebetulan’ itu. Maka siapakah yang akan tahu segala sangkaan dalam kepala kita itu? Pastilah Allah.

Allah menciptakan ‘kebetulan’ itu untuk menguji hati kita yang mendakwa beriman pada Allah. Juga mulut kita yang mendakwa kasih akan saudara kerana ukhuwah fillah.

Susah tapi tidak mustahil untuk ithar dan bersangka baik. Apakah petuanya. Apabila terlintas fikiran kacau dan meracau.. Bacalah surah An-nas banyak-banyak. Bisikan syaitan datang lebih cepat dari kilat. Jika kita tidak berhati-hati.. tenggelamlah kita dalam bisikan jahat mereka. Semoga Allah melindungi kita.

Semoga berjaya sahabatku! Aku tahu kamu sedang berjuang.

Tiada ulasan:

Entri terkenal