Isnin, 22 Ogos 2011

Susah!

Assalamualaikum hamba Allah sekalian. Semoga sentiasa berbahagia dengan nikmat dan musibah.

17, 22, 32, 40

Apakah maksud nombor misteri di atas?..

Baiklah, berteka-teki banyak pun tiada orang yang dapat membaca fikiran penulis kecuali Allah. Nombor tersebut adalah ayat-ayat dalam surah Al-Qamar. Mahu tahu apakah isikandungan ayat tersebut, maka dipersilakan dengan segala hormatnya untuk membuka dan mengadap Quran sekarang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sudah semak? Hmm tahu sudah, tidak akan semak punya..

Inilah ayatnya:

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ 
"Dan sesungguhnya kami mudahkan Al-quran untuk  menjadi pelajaran, adakah yang tidak mahu mengambil pelajaran?"

Setelah melalu ramadhan yang hampir sebulan ini, sudah ketemukah kita dengan ayat ini? Jika sudah.. Bilanglah berapa kali sudah kita ulang dan baca ayat ini.

Tapi sedarkah kita apa pengertiannya??
Berapa tahun juga kita menyatakan [lebih kurangla, tidaklah semua orang menggunakan ayat sama]:

"Isk, nak buat Islam ni bukan senang. Nak jadi orang baik, ikut semua perintah Allah.. Itu Nabi je boleh buat.."

Tak cukup dengan cakap-cakap yang bermaksud seperti di atas, kadang-kadang kita juga melontarkan:

"Mana boleh ikut semua ajaran Islam, ada yang tidak berapa sesuai untuk dilakukan.. Ikut masa dan tempat juga la.."
"Siapa cakap nak jadi baik itu mudah?.. Susah oo.."

Rasa-rasanya ok kah kita berkata begitu? Selarikah dengan ayat Allah di atas?
Bukankah Allah yang mencipta kita.. Dia Maha Mengetahui segala susah senang kita. Jika benar Al-Quran itu susah difahami, susah di baca, susah diamalkan.. Maka tidak mungkin Allah menyebut ayat ini. Sudahlah menyebutkan.. Mengulang sebanyak 4X dalam surah yang sama pula.

Kan? Tidak pernah terfikir pun sebelum ini. Kita hanya tahu komen, komplen.. Islam itu begitu dan begini.. Sedangkan Islam itu sebuah software yang sangat komprehensif untuk seluruh makhluq Allah.. termasuklah kita sebagai manusia.

Perbuatan merungut dengan ajaran Islam itu seolah-olah perbuatan seorang pelajar yang merungut pada gurunya kerana isi kandungan pelajaran yang diajarkan..

Sedangkan guru itu lebih tahu mengapa ilmu itu perlu diajarkan.. Tahapnya sebagai pelajar menyebabkan dia tidak mampu melihat sudut pandangan seorang guru..

Kita sebagai hamba Allah tidak akan dapat mengetahui dan memahami diri sendiri sebagaimana yang Allah tahu dan faham tentang kita sebagai makhluq ciptaanNya. Jadi, adakah beradab dan patut untuk kita meninggalkan tanggungjawab memahami isikandungan Al-Quran yang telah Allah sediakan untuk kita??..

ok selamat berpuasa dan semoga berjaya kembali pada Allah!

Tiada ulasan:

Entri terkenal