Sabtu, 6 Ogos 2011

Kita hidup untuk mati

Entri ini adalah sambungan dari entri sebelum ini bertajuk "dunia oh dunia".

Kawan-kawan,

Panjang lagi perbualan penulis bersama nenek tersebut. Tidak tertulis segala kisah dan komennya.

Apa yang mahu dikongsi dengan kawan-kawan semua adalah, betapa kita semua sedarkah sebenarnya hidup ini untuk kembali pada Allah??..

Ya hidup kita ini untuk mati dan bertemu Allah.

Hidup kita bukan untuk diri kita, 
hidup kita juga bukan untuk orang lain yang kita cintai.. 
Hidup ini juga bukanlah untuk menjadi orang paling berjasa dan terkenal..
Hidup ini bukan untuk bersenang lenang,
Hidup ini bukan juga untuk menikmati kesedapan makanan,
Hidup ini bukan untuk berbelanja dan menonton wayang...

Hidup ini adalah untuk bertemu Allah.. tunduk dan menyerah pada Allah..
Maka, dengan mengetahui sebab kehidupan ini.. adalah sangat lojik untuk kita merasakan mati itu sebenarnya sangat dekat dengan kita walaupun umur kita masih muda.

Mengingati mati bukanlah tanda-tanda putus cinta.
Mengingati mati juga bukan tanda berputus asa dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita..

Kerana mati bukanlah penamat segala siri cerita hidup kita..
Kerana matilah tujuan hidup kita..
Kerana kematian itu sebahagian dari perjalanan hidup kita..
Kerana dengan kematian itulah kita dapat bertemu Allah.

Bukalah mata hatimu wahai saudara seagamaku..
Sesungguhnya kita pasti akan mati,
Untuk bertemu dan mengadap Tuhan Yang Maha Menyeru.

Sekian, semoga gigih melakukan ibadah puasa dan selamat berbuka.

Tiada ulasan:

Entri terkenal