Isnin, 15 Ogos 2011

Cicah biskut muhasabah dalam air tazkirah

Assalamualaikum semua.. ^_^  kalau boleh melompat hingga mencapai awan, mahu sahaja melakukan demikian.

Hehe~ bagai orang baru terlepas dari belenggu sahaja kan?

Memang.

Hari ini mahu menghidangkan tazkirah yang lebih santai setelah memberi tazkirah yang macam serius dan kononnya 'berat' dalam entri semalam.

Minimakan bahasa bombastik,
Juga perkataan-perkataan pelik dan luarbiasa,

Untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.
ok, dengan perkataan yang lebih biasa sikit, hamba Allah.

kan?..

Tidak perlu menunggu orang salah untuk memberi peringatan,
Apatah perasan baik dan seolah-olah tidak pernah melakukan salah

Untuk melakukan kerja amar ma'ruf nahi mungkar.


kan?..

nota tangan: [perasan baik ini sampai bila-bila pun tidak boleh ada ye, kalau ada, minta ampun dari Allah sekarang juga. penulis tidak bertanggungjawab atas perasaan itu]..


Tahu tak..

Untuk menjadi baik, kita menambah pelbagai usaha dan cara.
Untuk membaik, lebih-lebih lagi perlu menambah usaha dan cara.

Sebenarnya..

untuk jadi jahat pun perlu menambah usaha dan cara.
Untuk menjahat, lebih-lebih lagi memerlukan pelbagai helah dan cara.

Maka..

Pilihan untuk menjadi baik dan membaik adalah lebih untung dari menjadi jahat dan menjahat [mengajak orang lain menjadi jahat].

Mengapa?..

kerana pasti dan sudah dijamin, bahawa Allah cintakan orang yang baik, mengajak orang lain berbuat baik serta mencegah orang lain berbuat maksiat dan dosa.

Ha.. poin yang sangat penting iaitu: [perlu di ulangi supaya kita sedar]

Disamping berbuat baik, mengajak orang jadi baik. Mestilah mencegah perkara jahat.. tidak cukup dengan meninggalkan perkara jahat itu..


وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Ali-imran: 104

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Hmm..


Selagi tujuan kerja menyeru manusia [kepada Allah] tidak tercapai.. Tiada alasan untuk kita mengatakan:


"eh orang tertentu sudah buat, saya tidak layaklah.."


Senang sahaja.. penerangannya.


Jika ada orang menyatakan, "eh ayat ini sebut hendaklah 'sebahagian' sahaja..[untuk berdakwah]"


Maka jawapannya:
  1. Adakah kita sudah memahami seluruh isi al-Quran? dan kita pasti kita tidak silap faham? [dengan menyatakan seperti di atas].. 
  2. Telah dijelaskan orang yang memikulkan tanggungjawab ini, akan menjadi orang berjaya. Adakah kita mahu jadi orang yang tidak berjaya? kerana kita tidak mahu menjadi yang 'sebahagian' itu?
  3. Cuba bayangkan, seseorang yang dekat dirinya dengan kita sedang melakukan sesuatu kerja yang berat lagi susah.. Dan dia masih tidak dapat mencapai matlamat kerjanya.. kecuali dengan pertolongan dan kebersamaan kita. Adakah kita mahu membiarkan dia melakukan kerjanya dan kita melihat sahaja?..
baiklah.
Jawapan diatas adalah jawapan 'simple' seperti buah epal sahaja. Ada jawapan lebih baik dari orang yang lebih mahir. Sengaja penulis tidak mahu menuliskan di sini. 


Jika benar mahu memahami isi Al-Quran, nah inilah peluang dan masanya.


Jumpa lagi esok.

Tiada ulasan:

Entri terkenal