Jumaat, 5 Ogos 2011

Dunia oh dunia

Selamat pagi.
Sobahal Khayr.

Hari ini penulis mahu berkongsi sebuah cerita.

Pada suatu hari yang tenang. Penulis telah berpeluang untuk berbual dengan seorang nenek..


"Nenek oh nenek, apakah pendapat nenek tentang kehidupan orang muda?" Sebab nenek tersebut sudah berumur 70+ tahun. Mungkin dia mempunyai persepsi yang lain dari biasa sebagai orang yang sudah banyak pengalaman hidup.

Maka nenek tersebut bertanya kembali:
"orang muda macam awakkah [dalam lingkungan 25+] maksudnya? oh masa saya muda-muda macam awakkah maksudnya?"

[maksudnya, nenek tersebut telah menukar soalan penulis kepada, -apakah pendapat nenek tentang kehidupan nenek semasa masih muda- ]

Untuk memudahkan bicara, penulis menjawab "ha'a, lebih kuranglah"..

Maka menjawablah nenek itu dengan panjang lebar.. frasa-frasa ayat itu telah di susun kembali kerana nenek tersebut bercakap dalam loghat kelantan.

"Pada pendapat saya, orang muda itu hidup untuk mencapai cita-citanya.. Apa yang dia masih belum perolehi maka bekerjalah untuk mencapai cita-cita itu.."

Maka penulis pun bertanya lagi:
"Apakah cita-cita itu.. atau cita-cita apakah yang biasanya orang muda kejarkan?"
[hehe, bertanya macamlah penulis ini orang tua juga]..

"Oh, cita-cita saya mana boleh diberi tahu.. Ada ke orang beritahu cita-cita dia pada orang lain?"

"Oh boleh aje nak beritahu cita-cita pada orang. Dengan memberitahu cita-cita pada orang lain, mereka akan membantu kita mencapai cita-cita tersebut." Jawab penulis dengan yakin.

"Contohnya orang nak berhenti merokok, adalah sangat patut untuk memberitahu niat dan kemahuannya untuk berhenti merokok, supaya orang lain boleh mengingatkan dia ketika terlupa" tambah penulis.

Maka dia pun berkongsilah cita-citanya.

"Kalau nenek masih muda, maka cita-cita nenek adalah mempunyai suami dan anak-anak" [dia adalah seorang ibu dan isteri yang telah melarikan diri dari suami dan anak-anak ketika masih muda].

"oh maksudnya, cita-cita nenek itu sudah tiada sekarang?" tokok penulis.

"Ha'a la.. sekarang sudah tua, apa lagi yang saya mahu?.. Sudah mahu meninggal, hari ini, esok lusa.."
"orang muda dijamin tidak meninggal lagi kah?" tiba-tiba penulis mencelah.

"Ha la.. orang muda jauh sikit dengan kematian, macam awak. Nenek ini lebih dekat".. Jawab nenek.

oh.. tiba-tiba penulis susah hati.. Alamak nenek telah mempunyai herotan minda tentang kematian. Mungkinkah orang muda itu jauh dari kematian? Kematian adalah sesuatu yang akan datang tidak kira masa dan tempat.. Apatah lagi umur. Bila-bila masa sahaja maut boleh datang menjemput..

"ooo.. jadi orang muda itu jauh dari kematianlah?" tanya penulis.
"yela" jawab nenek.

"Bukankah orang muda pun ramai mati wahai nenek?".. tanya penulis.


"Ye la, orang muda pun boleh mati bila-bila masa, tapi mereka jauh sikit la kan.. orang tua lebih dekat [dengan kematian]" jawab nenek..

Huhu~ rasa macam mahu menangis.

ok bersambung.



Tiada ulasan:

Entri terkenal