Ahad, 7 Ogos 2011

Mujahadah li nafs.

Assalamualaikum,

Mujahadah li nafs.
Kesungguhan untuk melawan kehendak diri yang tidak berfaedah ke atas iman.

Apakah kehendak diri kita yang tidak berfaedah ke atas iman itu? b.a.n.y.a.k kot.

Akan tetapi hari ini satu sahaja yang mahu dikongsi, iaitu..

Tidak suka melihat keburukan diri sendiri, tetapi membiarkan sahaja diri dengan keburukan itu. dengan alasan, aku sudah b.e.g.i.n.i dan b.e.g.i.t.u, susah untuk aku menukar kebiasaan.. Cakap senang. Nak buat susah oo ~ dan pelbagai lagi alasan yang nampak macam s.a.n.g.a.t "lojik dan berpijak" di alam nyata.


Apakah pegangan dan prinsip diatas itu betul mengikut Al-Quran dan sunnah??

Untuk menjawab persoalan ini mari kita lihat ayat Allah di bawah ini:

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّـهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّـهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ 

Ar-ra'd: 11 

Mari kita perhatikan tafsirnya, [ok, cakap orang Islam kan? jangan malas untuk membaca tafsir].

Bagi tiap-tiap seorang, ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. 

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. 

Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, 

dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. 

Allah telah menjadikan kita berkuasa untuk memilih. Kekuasaan ini hanya untuk jin dan manusia. Tiada makhluq Allah yang lain punya kuasa ini. Kecilkah kuasa memilih ini? Sehingga kita merasa berhak untuk melakukan apa sahaja atas nama kebebasan hak asasi manusia?

Memilih untuk apakah? 
Memilih untuk taat pada Allah, atau sebaliknya.

Atau dengan lebih jelas lagi,

memilih untuk terus hidup dengan keburukan diri kerana diri memang b.e.g.i.t.u [sekali dengar, seolah-olah kita sangat redha dengan ketentuanNya]

atau memilih untuk berubah menjadi lebih baik kerana redhanya kita bahawasanya, keburukan itu adalah "homework" untuk diubah dan dibaiki..

Suka disini untuk penulis tegaskan, betapa terangnya kebenaran hingga sangatlah tidak lojik untuk kita menolak kebenaran dan memilih kebatilan.. Seolah-olah menjadi orang sombong yang memilih untuk melalui jalan simpang siur walaupun sudah ada jalan lurus dan selesa!

Sekian.



Tiada ulasan:

Entri terkenal