Jumaat, 5 Jun 2015

Akanku genggam perjuangan ini dengan izin-Mu Tuhanku.

Tersebutlah suatu kisah.

Sekumpulan manusia berjalan jauh.
Perjalanan jauh dan panjang, memerlukan bekal dan perancangan teliti.
Tiada siapa dapat menjangka apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan.

Pelbagai kisah suka duka sekumpulan manusia itu bermusafir demi menuju sebuah destinasi.
Pelbagai cara, kepelbagaian fikiran dan peribadi..

Hinggalah pada suatu hari,
entah kenapa, salah seorang dari mereka mengambil keputusan untuk tarik diri.
untuk bermusafir seorang diri menuju destinasi.

Resah gelisah seluruh ahli kumpulan.
Mengapa ahli yang seorang ini begitu bertekad meneruskan perjalanan jauh dan panjang..
seorang diri?!

Betapa banyak kepayahan dapat di mudahkan dengan kebersamaan.
Betapa banyak kebahagiaan dapat dikongsikan tanpa berkurang mata.
"Kebahagiaan" apakah yang seorang ini cari dengan bermusafir berseorangan di jalan yg jauh dan panjang ini?

Tidak sedarkah dia betapa bahayanya dia berjalan sendiri?
Alangkah susahnya hati..
seluruh ahli kumpulan itu..
Bila mengetahui tekad ahli kumpulan yang seorang ini.

Hasil carian imej untuk hati pemandangan

......

Wahai hati yang sangat ingin bersendiri.
Fikirlah dengan iman dan hati..
Berbaloikah kita meninggalkan kafilah ini..

Hanya kerana kehendak hati kita tidak dipenuhi?
Sedangkan banyak lagi kebaikan kafilah ini..

Rasionalkah wahai hati..
Meminggir diri membawa hati..
Hanya kerana rasa rendah diri?

Wahai hati yang terguris
Wahai hati yang amat rindu untuk bersendiri

Lupakah diri pada janji Ilahi?
Janji Allah untuk sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Hasil carian imej untuk heart

Firman Allah dalam surah Anfal: 46

وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِين

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. 

Sabda Rasulullah s.a.w


المؤمنُ الذي يخالطُ الناسَ ويَصبرُ على أذاهم خيرٌ منَ الذي لا يُخالطُ الناسَ ولا يصبرُ على أذاهمْ 

“Seorang mukmin yang bergaul di tengah masyarakat dan bersabar terhadap gangguan mereka, itu lebih baik dari pada seorang mukmin yang tidak bergaul di tengah masyarakat dan tidak bersabar terhadap gangguan mereka”

(HR. At Tirmidzi 2507, Al Bukhari dalam Adabul Mufrad 388, Ahmad 5/365, syaikh Musthafa Al ‘Adawi mengatakan hadits ini shahih dalam Mafatihul Fiqh 44

Dan firman Allah dalam surah Al-Kahfi: 28

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا   

Dan jadikanlah dirimu sentiasa bersabar dengan orang-orang yang sentiasa menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.




Tiada ulasan:

Entri terkenal