Ini bukan tentang "street dakwah".
Ini tentang "dakwah world"
Dunia hari ini pasti tidak sama dengan dunia semalam.
Dan
Sudah pasti kita yang hari ini -sepatutnya- tidak sama dengan yang semalam.
Umat Islam itu -sepatutnya- lebih baik dari semalam.
Dahulu kita hanya fikir bagaimana mahu sejahterakan kampus dan rakan sekeliling.
Tetapi sekarang, kita perlu fikirkan bagaimana mahu sejahterakan DUNIA.
Dahulu kita hanya beraksi di medan maya,
Sekarang kita perlu aksi yang lebih serius di dunia realiti.
Dahulu kita hanya bercakap dan berurusan dengan rakan sebaya dan seagama.
Sekarang, menjadi keperluan kita bergaul dengan semua lapisan masyarakat bangsa dan agama.
Jika kita seorang wanita.
Dahulu kita hanya fikir "baju dan kasut" kita.
Tapi sekarang kita kena fikir "baju dan kasut" orang yang hidup bersama kita.
Remeh?
Mungkin, tapi bukan semua kita miliki pendapat serupa.
Jika semua wanita solehah memilih untuk berada di rumah,
siapa yang akan membantu para wanita di luar rumah yang memerlukan bimbingan menuju Allah?
Jika semua wanita solehah memilih untuk bekerja dan hampir 3/4 hari nya berada di luar rumah,
siapa pula yang akan menyiapkan tugas dan tanggungjawab seorang wanita di rumah sendiri?
Dakwah itu bukanlah keluar memberi ceramah pagi dan petang.
Walaupun ia mungkin salah satu cara dakwah.
Dakwah juga bukanlah memegang jawatan dan "aktif" terlibat dengan pelbagai organisasi
walaupun tidak dapat dinafikan, ia juga salah satu dari banyak kerja dakwah.
Duhai para wanita dan orang-orang yang hidup bersama wanita.
Sedarlah, dakwah itu pergaulan harian kita.
Dakwah itu bila kita melaksanakan tugas kita sebaiknya.
Tugas sebagai IBU.
Tugas sebagai PEKERJA di tempat kerja.
Tugas sebagai ISTERI
Tugas sebagai ANAK
Tugas sebagai ANGGOTA MASYARAKAT
Tugas sebagai MUROBI
Tugas sebagai seorang HAMBA!
Tugas sebagai Hamba Tuhan sekalian alam.
Dunia ini tidaklah luas mana.
Akhirnya kita-kita juga yang ada.
Alangkah ruginya..
Bila kita hanya berusaha bahagia bersama keluarga kita sahaja.
Sedangkan kita mampu berkongsi bahagia bersama keluarga dan penduduk dunia!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan