Ahad, 15 Mac 2009

Tak kenal maka tak benci 6

  • tergesa-gesa

Sememangnya manusia di ciptakan resah dan tergesa-gesa. Ada ayat Quran yang sebut fasal ini. Nak tahu di mana? hmm rajin-rajin lah baca makna Al-Quran.. Ya syaitan adalah musuh yg pandai mencari peluang. Dia tahu kelemahan kita adalah dalam dua perkara ini. Kita pun tahu tergesa-gesa ini akan mengakibatkan banyak kerja kita akan terlaksana, tapi dalam keadaan yang sangat tidak sempurna.. Walhal, bersegera melakukan sesuatu kerja itu memang lah perlu tapi bukan dengan tergesa-gesa. Perlu difahami beza bersegera melakukan kerja (tidak menangguhkan kerja) dengan tergesa-gesa atau orang Kelantan kata “ggaduh/lorat”. Bila kita tergesa-gesa, otak kita kurang berfikir. Bila otak kurang berfikir, tindakkan akan berlaku tanpa kawalan atau tidak disedari. Hmm, masa nilah syaitan memasukkan hasutannya..

  • Duit/wang atau harta kekayaan

Siapa yang tidak suka duit? hmm betapa berjaya nya syaitan ‘mengenakan’ manusia dengan duit. Tahukah kawan-kawan, kebanyakan manusia atas dunia sekarang ini, kebanyakannya lebih memahami bahasa duit berbanding bahasa lain? Tahukah kawan-kawan betapa gelabahnya Zionis dan Yahudi laknatullah tanpa duit? Ini lah kuasa boikot terhadap barangan Israel. Boikot akan menyebabkan pulangan untung kepada mereka akan menjadi kurang. Untung kurang maknanya kurang duit. Kurang duit maknanya mustahil untuk mereka membina sebuah Empayar. Kemustahilan membina Empayar bermaksud meraka tidak akan menguasai dunia.. dengan duit manusia boleh lakukan apa sahaja yang dia mahu (haii jika tidak ada rasa takut pada Tuhanlah). Inilah tipudaya syaitan..

Tidak salah mencari duit dan harta, tapi jangan lupa pada cara ia diperolehi, tujuan mencari dan bagaimana ia akan dihabiskan..

  • Bakhil dan kikir atau takut menjadi manusia fakir

Aiseh manusia ini macam-macam perangai. Boleh lah dibahagikan kepada dua; yang sedar diri dan yang tak sedar diri. Yang ada sifat bakhil dan kikir ini boleh lah di golongkan dalam golongan tidak sedar diri. Kenapa kita jadi bakhil? Sebab kita terlupa yang rezeki dan kelebihan harta yang ada itu datang dari Allah, bila-bila masa Allah nak tarik, kita pun tidak dapat mengetahuinya.. Adakah kita perasan yang segala harta yang kita ada itu milik kita? Siapa yang boleh menjamin nasi yang berada dalam tangan kita yang mahu disuap kan ke mulut akan benar-benar memenuhi ruang mulut kita untuk dikunyah?? Seperti pokok, jika ia dipotong sedikit mengikut teknik yang betul, ia akan tumbuh dengan lebih subur dan mengeluarkan bunga; begitu jugalah duit dan harta kita. Apakah dengan pemberian yang tidak seberapa itu akan menyurutkan rezeki kita? Sedeqah dan zakat itu syariat Allah, sudah tentu ada hikmah dan kebaikannya. Ia dapat menyucikan hati kita dari rasa kikir, bakhil dan takut pada kepapaan.. walhal ciri ni tidak sepatutnya ada pada orang yang benar-benar beriman dengan Allah, sebagai Maha Pemberi Rezeki. Jika tidak berhati-hati, sifat ini juga akan menjadi senjata syaitan untuk merosakkan kita.

Sabtu, 14 Mac 2009

Hari ini hari istimewa..

Tahu tak kenapa? sebab hari ini, adalah hari lahir seorang sahabat yang sangat penulis kenali. Dia orang yang sangat memahami dan suka membantu orang.. Semoga dengan nikmat umur yang Allah berikan kepadanya akan menyebabkan amal solih nya bertambah-tambah dan lebih ramai manusia tertarik dengan Islam kerana kehadirannya.(hehe, harap-harap dia tidak tahu yang penulis sudah pun membocorkan tarikh lahirnya di blog ini).

Sebelum apa-apa, ini bukan entri untuk memuji manusia tau.. Penulis ini bukanlah orang yang selalu ingat tarikh lahir orang. Yang selalu penulis ingat hanyalah tarikh lahir mak, ayah dan adik-beradik. Kalau kawan-kawan pulak, bukan tak hafal.. tapi selalu sahaja terlupa..

Pada pendapat penulis, masih banyak tarikh-tarikh penting yang perlu penulis ingat selain dari tarikh lahir. Kadang-kadang, tarikh lahir sendiri pun penulis tidak ingat..

Bukan sikap penulis suka menghampakan orang kerana tidak mengingati hari lahir orang lain, tetapi bagi penulis sudah cukup nikmat; apabila orang itu masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup dan beramal solih.. Apalagi perkara yang lebih berharga dalam hidup kita ini selain keimanan kepada Allah dan peluang untuk membuktikannya??

Jumaat, 13 Mac 2009

Tak kenal maka tak benci 5

  • Dengki dan iri hati
Ini salah satu dari penyakit hati yang biasanya ada pada mana-mana manusia jika dia tidak dapat mengawal hawanafsunya. Penyakit hati adalah ini tumbuh apabila kita mencemburui nikmat dan kelebihan yang diberi Allah kepada orang lain. Bermula dari rasa cemburu dan tidak senang dengan kelebihan orang, syaitan pun memulakan bisikan dan hasutan supaya kita berusaha memiliki 'kelebihan' tersebut atau merampas atau menghilangkan 'nikmat' itu dari pemiliknya. Bahaya penyakit dengki dan irihati ini. Berhati-hatilah, sentiasa ingat dan sematkan dalam kepala, bahawa, pemberi sesuatu itu adalah Allah. Jika kita cemburu dan dengki, maka itu bermaksud kita tidak redha dengan ketentuan Allah (untuk memberikan sesuatu kepada orang lain).
  • Tamak haloba
Ini satu lagi sifat manusia biasa yang kurang iman. Apabila mendapat sesuatu, terasa seperti mahu lagi. Asalnya hanya mendapat 1 kurniaan, tetapi merasakan ia tidak cukup, maka berusaha 'giler-giler' untuk medapatkan lagi sehingga terlupa pada tugas dan tujuan sebenar kehidupan atas dunia ini. YAaa, memang inilah agenda syaitan untuk merosakkan semua anak cucu Adam a.s. Apa kah agenda syaitan? MELUPAKAN KITA KEPADA TUJUAN HIDUP DAN MENGIKUT SEGALA HASUTAN MEREKA. TAmak haloba ini adalah sifat yang berlawan dengan sifat Qona'ah. Apa sifat ini? merasa cukup dengan apa yang diberi oleh Allah. Untuk memahami konsep Qona'ah, penulis perlu tulis dibawah satu tajuk yang lain.(lain kali)
  • Mengenyangkan perut/makan sehingga melebihi batas
Haaa, kita ini pantang jumpa makanan sedap. Tak pun, orang iklan sikit je, "owh ini tempat yang popular", "makanan disini tidak pernah mengecewakan", "Malaysia adalah syurga makanan" dan macam-macam lagilah cara kita memperkenalkan makanan. Sehingga terbit sebuah rancangan, jalan-jalan cari makan. Kawan-kawan tahu, dalam Quran, bukan main lagi Allah suruh kita; jalan-jalan ambik pengajaran, tapi tetiba tv ajar kita; jalan-jalan cari makan?? Agaknya kenapalah begitu yang terjadi? Ini pun puncanya hawanafsu jugak. kan udah disebutkan sebelum ini, hawanafsu adalah anak didik syaitan jika ia tidak dikawal. So, berhati-hati dengan makanan. Jangan tertipu dengan promosi orang atau bau atau teknik menghidang yang sangat menarik. Makan boleh, tapi ingat, makan untuk hidup dan beribadah..
  • Kesenangan atau kecintaan luar biasa kepada perhiasan dan perkakas rumah tangga, kediaman, pakaian
Ini satu lagi, biasakan kita ni saaaaayyyyyangggg sangat dengan barang hakmilik kita. KAlau hilanglah kemain lagi cari. LAgi-lagi kalau yang diberi oleh orang yang tersayang. "yelah, orang bagi tauu, mana bulih simpan gitu-gitu jerr". Hmm, kalau hadiah orang bagi tahu pulak nak jaga eh? kalau amanah Allah? Kalau nikmat dan anugerah Allah? Pemberian manakah yang lebih agung dan mulia? dari manusia ke, dari Allah?...

okay hurai banyak-banyak pun, orang bosan jugak nak baca kan.. teringat satu frasa dari seseorang, "tinggalkan perkara yang tidak menambahkan iman". Hurai banyak-banyak, orang bosan baca, membazir masa, buang tenaga dan pastinya tidak akan menambahkan iman.. sebab dah tak de orang baca.

Rabu, 11 Mac 2009

Tak kenal maka tak benci 4

Masih ingat pada entri tajuk ini? oleh kerana penulis telah berjanji untuk sambung maka penulis akan memenuhi janji tersebut..

"orang islam kan WAJIB menepati janji". Syaitan pun tahu menepati janji (JAnji untuk MEROSAKKAN SELURUH ANAK ADAM kecuali yang beriman dengan bersungguh-sungguh)

Siapakah syaitan? Makhluq Allah yang diciptakan dari api. Dan dia enggan untuk sujud kepada Nabi Adam setelah diperintahkan Allah kerana merasa dirinya lebih mulia. Lebih dahsyat lagi berjanji untuk menyesatkan seluruh manusia hingga akhir zaman. Realitinya, janji ini tidka pernah dimungkiri.

Ini lah syaitan. Bagaimana mahu kita mahu mengenal pasti hasutan dan bisikannya? Ini antara yang di senaraikan oleh Said Hawa.

  • Marah
Semua orang tahu marah yang macam mana yg menjadi pintu kepada hasutan syaitan kan? Marah ini adalah marah yang bukan disandarkan kepada Allah. Maksudnya, marah kita bukan kerana mahu mempertahankan undang-undang Allah. MArah kerana mempertahankan undang-undang Allah, tidak mengapa. Walaubagaimanapun perlu ada cara dan batas. Jika marah sudah melampaui batas maka itu juga menjadi pintu hasutan dan bisikan syaitan.
  • Kesyahwatan (keinginan yang keliru dan sesat)
Yang kedua ini, adalah mengenai hawa nafsu kita. Setiap manusia dibekalkan oleh Allah dengan hawanafsu. Untuk membuang nya adalah sesuatu yang nustahil kerana yang memberi adalah Allah. Untuk mengikutnya, itu bukan pula suruhan Allah. JAdi cara yang sebaiknya adalah mengawal hawanafsu. NAfsu kita ini, punya pelbagai keinginan. Ia tidak pernah puas. LAgi ikut lagi mahu. Boleh binasa badan, jika kita menurut kehendaknya. HAwa nafsu ini seolah-olah macam 'assistant' syaitan lah kira-kira nya.. Andai syaitan tidak dapat mempengaruhi kita secara terus melalui bisikan, syaitan akan menggunakan hawanafsu kita sebagai senjata. JAdi, ingat-ingatlah, pabila ada sesuatu keinginan yang bukan untuk mencari keredhaan Allah, cepat-cepatlah sedar dan beristighfar.

Isnin, 9 Mac 2009

Sakitnya 4

Sibuk. ada tak orang yang tidak pernah merasa sibuk? owh, jika ada, mungkin anda masih seorang kanak-kanak kecil yang belum mengenali dunia dengan sebenar-benar kenyataan. Orang yang sudah bersekolah dan punya tanggungjawab wajib dan sah-sah pernah merasa apa itu sibuk walaupun ditanya apa itu maksud ‘sibuk’, belum tentu dapat mendefinisikan dengan tepat.

Penulis tidak mahu mendefinisikan makna sibuk. Tapi penulis mahu memberitahu hakikat sibuk. Sibuk bermaksud, kita tidak ‘mempunyai masa’ untuk melakukan sesuatu kerja yang berada di dalam senarai ‘pilihan/sunat’ buat. Jadi, kerja yang dilakukan semasa sibuk biasanya kerja yang berada dalam senarai ‘perlu/wajib’ buat. Atau hakikat semasa sibuk adalah terpaksa menghadkan perkara yang mahu dilakukan. Ye tak? tidak setuju eh? tidak mengapa. rakan-rakan pembaca tidak dipaksa untuk bersetuju..

Itu masa sibuk. macam mana pula dengan masa lapang? Masa lapang itu terbalik jelah dengan masa sibuk.(hihi, malas nak taip la tu..)

Maka, apakah masa yang kita buat untuk memenuhi masa lapang? Sebab masa sibuk biasanya terisi dengan perkara yang berfaedah. Insya Allah. Eh, sebelum tu. Manusia ni kadang-kadang, sudah sibuk ‘macam apa’ tapi masih sempat buat maksiat! Kira macam orang sibuk, tapi masih sempat buat amal solih lah jugak.kan? ops menyindir pulak. Maaf tidak berniat. hihi.

Hmm apa yang kita buat pada masa lapang? Penulis rasa tak nak senarai dah. Jadi simpanlah soalan itu dan masa sesi muhasabah malam-malam sebelum tidur jawablah sendiri..

Masa lapang adalah peluang yang paling luas untuk kita buat pahala. Ye lah, nak kutip pahala ni samalah macam kita nak duit banyak. Kan pahala itu tiket untuk masuk syurga Allah. Satu lagi masa lapang lah masa yang paling mudah untuk kita cari keridhaan Allah.. Tahukah kawan-kawan betapa mahal nya nilai syurga jika nak dibandingkan dengan amal solih kita yang ‘se-CO-eit’? (maksudnya sikitlah).

Dah apa lagi yang ditunggu itu?? tidak perlu fikir panjang lagi, jika ada masa lapang buatlah amal solih banyak-banyak. Tapi masa sibuk pun bukan alasan untuk tidak melakukan amal solih. Kan dulu penulis sudah tulis tentang topik sibuk ini. Boleh bukak dekat arkib kalau tak pernah baca lagi..

Sebagai penutup, ingatlah sentiasa, nikmat Allah pada kita bukan satu, bukan seribu, tapi banyak dan tak bertepi. Janganlah menjadikan kesibukkan kita sebagai alasan untuk mengurangkan amal solih kita atau sakit itu sebagai punca kita berehat dari semua amal solih yang pernah kita lakukan sebelum ini.(haaa amik seketul.. besar gedabak dah tulis ni. jangan cari penulis di padang mahsyar kalau tak berpegang dengan prinsip ini).


Jika kita sibuk, mungkin sudah tiada nikmat masa lapang, tapi kita masih ada nikmat kesempurnaan anggota, nikmat sihat, nikmat hidup dan paling penting nikmat iman. Yang mana dengan nikmat lain ini, kita boleh menghadapi masa sibuk dengan cemerlang.

Macam tu jugak lah bila kita sakit. Mungkin kita kehilangan nikmat sihat, tapi kita masih ada nikmat ukhuwah, nikmat panjang umur, dan nikmat bersyukur kerana Allah mengingatkan kita kepadaNya dengan cara memberikan kesakitan sahaja.(Bukan dengan bala atau bencana alam)..

Laa, panjang sungguh penutupnya..

Mari kita bersyukur pada Allah..

Sabtu, 7 Mac 2009

Sakitnya 3

  1. Solat sebaik-baiknya, sebab bila dah sakit, susah nak solat dengan sempurna.banyak halangannya,bergantung pada jenis dan tahap kesakitan.
  2. berzikir dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya. kerana Allah memberikan peluang kepada kita untuk mampu melakukan tanggungjawab dengan sempurna..
  3. Jauhkan diri dari dosa dan maksiat sedaya upaya. Kerana ia adalah sesuatu yang dimurkai Allah (bahagiakah hidup, jika kita melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Kekasih kita?)
  4. Carilah jalan untuk melakukan sebanyak-banyak pahala. cuba selesaikan kerja sebaik mungkin. Kerana kesakitan akan kelak akan membataskan pergerakan dan perbuatan kita.

Hmm.. macam mana pulak jika kita sakit? Adakah kita tidak perlu buat apa yang kita buat semasa sihat? Haiii, masa sakit lagilah kena banyak solat dan ingat Allah. kan? kan?

Selain itu, istghfar banyak-banyak. Sebab sakit kita ada beberapa indikasi sama ada:

sebagai ujian, kafarah (untuk mencuci dosa-dosa yang telah kita lakukan), atau untuk menaikkan darjat kita kesatu darjat yang lebih mulia di sisi Allah..

Tapi ada juga manusia makin sakit makin sesat. Semoga Allah menjauhkan kita dari menjadi golongan sebegini. Firaun dulu, tak pernah rasa sakit. Hmm, tak sakit pun sesat jugak. Sakit sesat, tak sakit pun sesat. Jadi, kita kenalah selalu memohon dari Allah supaya ‘on track’.

Maksudnya, kita sentiasa berada di atas jalan yang diridhai Allah. Ingat penulis dah pesan banyak kali dalam blog ini, hidayah Allah itu perlu dicari dan diminta. Ia tidak akan datang bergolek-golek. (bergolek-golek? do u know something??? hihi.. orang yang faham je tahu..).

Beres mengenai sihat sebelum sakit. Sibuk sebelum lapang pulak. eh? tershashulll. lapang sebelum sibuk.(cerita dalam entri satu lagi la pulak).

maka bersambunglahh

Khamis, 5 Mac 2009

Allah Itu MAHA MELIHAT

Semoga tulisan ini dapat membuka hati manusia untuk TAKUT kepada ALLAH. bukan takut kepada MANUSIA lain.

Bila kita berkawan dengan sesiapa pun, tempias kawan tersebut mmg akan 'menghujani' kita. Samada yang baik atau sebaliknya.

Bila kita berbuat sesuatu tanpa rasa takut pada Allah, maka akan terbuatlah segala sesuatu yg kita tidak sangka akan berlaku.

MAnusia punyai hati dan perasaan. Jika tidak dijaga, ia akan dipandu oleh hawanafsu dan syaitan.

Inilah kepentingan iman. Iman akana membantu memelihara kita dari perbuatan yang berdosa dan dimurkai Allah.

Kenapa Allah buatkan hati dan perasaan itu didalam? kerana bukan semuanya perkara dalam hati dan perasaan itu perlu dizahirkan.. tapi hari ni, penulis mahu menzahirkan apa yang ada didalam hati penulis.

Penulis tidak sedap hati dengan sikap pengunjung yang menulis 'sesuatu' yang tidak difahami oleh penulis dalam shout box di blog ini (penulis sudah memadamkannya). Penulis mohon maaf kepada yang terbabit, kerana menulis entri ini.

Kadang-kadang kita terlupa, yang Allah sedang melihat apa yang kita buat (menaip, membaca, etc), menyebabkan kita tidak dapat mengawal diri kita sendiri. Tapi terlupa itu bukanlah alasan utk kita terus menerus melakukannya..

Harapnya selepas ini tiada lagi manusia yang 'memaksa' penulis untuk menulis entri seperti ini.

Sakitnya 2

Apakah yang menyebabkan penulis mahu menulis tentang sakit ini? Kerana, sekarang penulis sangat terkesan dan terasa dengan kesibukkan yang melanda diri dan rakan-rakan penulis yang lain.

Dan ia mengingatkan penulis mengenai hadis Rasulullah mengenai “rebutlah lima perkara sebelum datang 5 perkara”. Hmm, kan ada nasyid yang didendangkan oleh In-team (betul ke? dah lama tak dengar, tak ingat dah siapa yang menyanyikan) tu.

  1. Masa lapang sebelum masa sibuk
  2. Sihat sebelum sakit
  3. Senang sebelum susah
  4. Muda sebelum tua
  5. Hidup sebelum mati

Semua nikmat ini memang manusia senang sangat lupa. Yang penulis nak highlight di sini, sihat sebelum sakit dan lapang sebelum sibuk.

Okay, penulis cerita fasal sihat sebelum sakit dulu. Sunnah (atau kebiasaannya) kita adalah sihat, dan jika ada perkara yang abnormal barulah di sebut sakit.. Ye kan? Apa yang penulis nak kawan-kawan faham di sini, kita jarang bersyukur dengan nikmat sihat yang Allah beri. Apa yang kita buat semasa kita sihat? Berapa banyak masa kita guna untuk mengingati Allah? atau masa sihat itu kita guna untuk melakukan perkara yang di ridhai Allah? Apa yang selalu kita buat masa kita sihat?

  1. Bila rasa tak puas hati dengan orang, kutuk orang puas-puas
  2. Keluar dating dengan orang yang bukan mahram
  3. Menonton pelbagai cerita yang dirasakan best dan menarik
  4. Solatnya hentam-hentam saja, (asalkan solat)
  5. Zikir pada Allah? huh, bila ‘fri’ je
  6. Tangguhkan kerja, nanti dah nak dekat due date baru siapkan
  7. makan apa sahaja, penuhkan perut dengan segala benda yang kempunan
  8. Rasa nak datang kelas, datang, rasa tak nak datang kelas, ponteng lah
  9. orang nasihat apa dikesah? asalkan aku bahagia dan boleh buat apa yang aku nak

Betul tak kita bersikap macam ni semasa sihat? Owh? kawan-kawan pembaca tidak begitu kann.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah jika kita tidak berbuat perkara sebegini.. Apa yang sepatutnya kita buat semasa kita sihat?

mcm biasa sambung lagi..

Selasa, 3 Mac 2009

Sakitnya 1

Sebelum menulis entri ini 100 kali penulis fikir, apakah faedah yang kawan-kawan pembaca akan dapat jika penulis menerbitkannya. Akhirnya setelah penulis telah mendapat satu senarai faedah-faedahnya, barulah penulis mengambil keputusan untuk berkongsi.

Sudah tidak sabar untuk tahu ceritanya? Hmm, penulis memang suka bercerita, tapi penulis suka juga memberi suspens kepada pendengar cerita.

Okay-okay, ni penulis mahu memulakan cerita lah ni.

Dulu-dulu semasa penulis kecik-kecik, penulis selalu sakit. Sakit apa? Haa, rahsia. Kan penulis dah beritahu di atas tadi, penulis suka bercerita tapi suka juga buat orang lain suspen. Setiap kali datang bulan Ramadhan, penulis tidak pernah berjaya puasa penuh kerana, sebaik sahaja tiba di hujung bulan Ramadhan, penulis akan sakit dan tak dapat berpuasa. Tapi bila dah besar, sakit pun penulis cuba juga puasa sedaya upaya. Bila dah teruk sangat baru buka.

Pendek ceritanya, penulis memang wajib sakit setahun sekali. Jika bukan dalam bulan Ramadhan, dalam bulan-bulan yang lain. Dan sakit itu bukan biasa-biasa. Sakit yang tak boleh buat apa-apa kerja dah kecuali tidor dan berehat. Selepas seminggu tidor dan berehat, kemudian penulis akan pulih semula seperti biasa.

Apa yang menarik dengan cerita ini? Selepas penulis menjejakkan kaki ke Darul Quran, sakit ini hilang. Bukan hilang terus. Tapi sudah berkurang. Maksudnya, jika sakit pun masih boleh meneruskan rutin harian dan tidaklah terbaring sehingga tidak berbuat apa-apa. Fikir penulis “besarnya syafaat Quran, hingga sakit aku yang di tanggung setiap tahun itu pun boleh berkurang”. Sesungguhnya penulis tidak sedar akan perkara ini.(Biasalah, bila kita sihat, kita lupa yang sihat itu nikmat Allah). Bila penulis sedar yang penulis sudah tidak selalu sakit semasa berada di Darul Quran? Setelah penulis menjejakkan kaki ke Pusat Matrikulasi. Apa yang menyebabkan penulis sedar? Kerana, di matrikulasi, penulis akan menghadirkan diri ke klinik kampus sekali pada setiap semester. Penulis tidak akan ke klinik jika sakit itu sikit-sikit dan masih boleh tahan. Selalunya, penulis akan ke klinik setelah dipaksa ‘gila-gila’ oleh rakan-rakan sebilik. Faham-faham lah kalau dah kena paksa ke klinik, maksudnya dah teruk la sakitnya.

Hmm, manusia ni bukan mudah nak sedar dengan nikmat Allah kan? Setelah menamatkan pengajian dua tahun di matrikulasi, penulis menjejakkan kaki ke sebuah universiti di Kuantan. Dua tahun penulis belajar dan menjalani kehidupan dengan tenang, dan semasa di sini lah penulis sedar, “eh? aku dah tak sakit macam dulu?”. Walaupun kuliah pengajian penuh dari pagi sampai petang, kadang-kadang 2-3 report eksperiment kena hantar berturut-turut, dan macam-macam lagi lah kerja yang tidak terbilang, jarang sekali penulis sakit seperti sebelum ini.

Nak dijadikan cerita, sakit itu datang balik. Setelah dua tahun sakit itu pergi, ia datang kembali. Penulis tahu sebabnya, sebab itu memang tidak dapat dielakkan..

Tahu kah kawan-kawan sakit itu benar-benar mengganggu emosi dan rasional seseorang? Ops, cukuplah dulu membebel. Nanti penulis sambung lagi. baiiii

Ahad, 1 Mac 2009

Dosa - Beban bertan-tan

Pernah rasa berdosa tak?

Sama tak rasa berdosa dengan rasa bersalah?

Lebih kurang la tuhh..

Pertama sekali, jika tidak pernah rasa berdosa sila balik ke sejadah dan beristighfar sampai menangis dulu pastu baru sambung baca tulisan penulis ini.
(waw ganas nyerr..)

Okay lah, yang kedua.
Jika rasa bersalah apakah yang kita lakukan?

Minta maaf.. Betul kan? ke ada cara lain? Ya, minta maaf boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Ikut kreativiti kita lah. Selagi tidak bercanggah dengan syariat (undang-undang) Allah.. LAkukan saja..

Kadang-kadang kita ni terlupa dan terlalai. Nama pun insan, insan itu maksudnya lupa. Kita TER buat salah dan TER salah.. Jadi memang selalu lah kena minta maaf dari Allah.

Cam pelik je minta maaf dari Allah kan? Okaylah tukar perkataan. Minta Ampun, mohon keampunan dari Allah.

Daripada duduk saja-saja, menerawang entah kemana, baiklah kita istighfar. dapat pahala, cuci dosa, Allah pun suka.

Entri terkenal