Tahu tak kenapa? sebab hari ini, adalah hari lahir seorang sahabat yang sangat penulis kenali. Dia orang yang sangat memahami dan suka membantu orang.. Semoga dengan nikmat umur yang Allah berikan kepadanya akan menyebabkan amal solih nya bertambah-tambah dan lebih ramai manusia tertarik dengan Islam kerana kehadirannya.(hehe, harap-harap dia tidak tahu yang penulis sudah pun membocorkan tarikh lahirnya di blog ini).
Sebelum apa-apa, ini bukan entri untuk memuji manusia tau.. Penulis ini bukanlah orang yang selalu ingat tarikh lahir orang. Yang selalu penulis ingat hanyalah tarikh lahir mak, ayah dan adik-beradik. Kalau kawan-kawan pulak, bukan tak hafal.. tapi selalu sahaja terlupa..
Pada pendapat penulis, masih banyak tarikh-tarikh penting yang perlu penulis ingat selain dari tarikh lahir. Kadang-kadang, tarikh lahir sendiri pun penulis tidak ingat..
Bukan sikap penulis suka menghampakan orang kerana tidak mengingati hari lahir orang lain, tetapi bagi penulis sudah cukup nikmat; apabila orang itu masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup dan beramal solih.. Apalagi perkara yang lebih berharga dalam hidup kita ini selain keimanan kepada Allah dan peluang untuk membuktikannya??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan