Isnin, 9 Mac 2009

Sakitnya 4

Sibuk. ada tak orang yang tidak pernah merasa sibuk? owh, jika ada, mungkin anda masih seorang kanak-kanak kecil yang belum mengenali dunia dengan sebenar-benar kenyataan. Orang yang sudah bersekolah dan punya tanggungjawab wajib dan sah-sah pernah merasa apa itu sibuk walaupun ditanya apa itu maksud ‘sibuk’, belum tentu dapat mendefinisikan dengan tepat.

Penulis tidak mahu mendefinisikan makna sibuk. Tapi penulis mahu memberitahu hakikat sibuk. Sibuk bermaksud, kita tidak ‘mempunyai masa’ untuk melakukan sesuatu kerja yang berada di dalam senarai ‘pilihan/sunat’ buat. Jadi, kerja yang dilakukan semasa sibuk biasanya kerja yang berada dalam senarai ‘perlu/wajib’ buat. Atau hakikat semasa sibuk adalah terpaksa menghadkan perkara yang mahu dilakukan. Ye tak? tidak setuju eh? tidak mengapa. rakan-rakan pembaca tidak dipaksa untuk bersetuju..

Itu masa sibuk. macam mana pula dengan masa lapang? Masa lapang itu terbalik jelah dengan masa sibuk.(hihi, malas nak taip la tu..)

Maka, apakah masa yang kita buat untuk memenuhi masa lapang? Sebab masa sibuk biasanya terisi dengan perkara yang berfaedah. Insya Allah. Eh, sebelum tu. Manusia ni kadang-kadang, sudah sibuk ‘macam apa’ tapi masih sempat buat maksiat! Kira macam orang sibuk, tapi masih sempat buat amal solih lah jugak.kan? ops menyindir pulak. Maaf tidak berniat. hihi.

Hmm apa yang kita buat pada masa lapang? Penulis rasa tak nak senarai dah. Jadi simpanlah soalan itu dan masa sesi muhasabah malam-malam sebelum tidur jawablah sendiri..

Masa lapang adalah peluang yang paling luas untuk kita buat pahala. Ye lah, nak kutip pahala ni samalah macam kita nak duit banyak. Kan pahala itu tiket untuk masuk syurga Allah. Satu lagi masa lapang lah masa yang paling mudah untuk kita cari keridhaan Allah.. Tahukah kawan-kawan betapa mahal nya nilai syurga jika nak dibandingkan dengan amal solih kita yang ‘se-CO-eit’? (maksudnya sikitlah).

Dah apa lagi yang ditunggu itu?? tidak perlu fikir panjang lagi, jika ada masa lapang buatlah amal solih banyak-banyak. Tapi masa sibuk pun bukan alasan untuk tidak melakukan amal solih. Kan dulu penulis sudah tulis tentang topik sibuk ini. Boleh bukak dekat arkib kalau tak pernah baca lagi..

Sebagai penutup, ingatlah sentiasa, nikmat Allah pada kita bukan satu, bukan seribu, tapi banyak dan tak bertepi. Janganlah menjadikan kesibukkan kita sebagai alasan untuk mengurangkan amal solih kita atau sakit itu sebagai punca kita berehat dari semua amal solih yang pernah kita lakukan sebelum ini.(haaa amik seketul.. besar gedabak dah tulis ni. jangan cari penulis di padang mahsyar kalau tak berpegang dengan prinsip ini).


Jika kita sibuk, mungkin sudah tiada nikmat masa lapang, tapi kita masih ada nikmat kesempurnaan anggota, nikmat sihat, nikmat hidup dan paling penting nikmat iman. Yang mana dengan nikmat lain ini, kita boleh menghadapi masa sibuk dengan cemerlang.

Macam tu jugak lah bila kita sakit. Mungkin kita kehilangan nikmat sihat, tapi kita masih ada nikmat ukhuwah, nikmat panjang umur, dan nikmat bersyukur kerana Allah mengingatkan kita kepadaNya dengan cara memberikan kesakitan sahaja.(Bukan dengan bala atau bencana alam)..

Laa, panjang sungguh penutupnya..

Mari kita bersyukur pada Allah..

Tiada ulasan:

Entri terkenal