- Solat sebaik-baiknya, sebab bila dah sakit, susah nak solat dengan sempurna.banyak halangannya,bergantung pada jenis dan tahap kesakitan.
- berzikir dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya. kerana Allah memberikan peluang kepada kita untuk mampu melakukan tanggungjawab dengan sempurna..
- Jauhkan diri dari dosa dan maksiat sedaya upaya. Kerana ia adalah sesuatu yang dimurkai Allah (bahagiakah hidup, jika kita melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Kekasih kita?)
- Carilah jalan untuk melakukan sebanyak-banyak pahala. cuba selesaikan kerja sebaik mungkin. Kerana kesakitan akan kelak akan membataskan pergerakan dan perbuatan kita.
Hmm.. macam mana pulak jika kita sakit? Adakah kita tidak perlu buat apa yang kita buat semasa sihat? Haiii, masa sakit lagilah kena banyak solat dan ingat Allah. kan? kan?
Selain itu, istghfar banyak-banyak. Sebab sakit kita ada beberapa indikasi sama ada:
sebagai ujian, kafarah (untuk mencuci dosa-dosa yang telah kita lakukan), atau untuk menaikkan darjat kita kesatu darjat yang lebih mulia di sisi Allah..
Tapi ada juga manusia makin sakit makin sesat. Semoga Allah menjauhkan kita dari menjadi golongan sebegini. Firaun dulu, tak pernah rasa sakit. Hmm, tak sakit pun sesat jugak. Sakit sesat, tak sakit pun sesat. Jadi, kita kenalah selalu memohon dari Allah supaya ‘on track’.
Maksudnya, kita sentiasa berada di atas jalan yang diridhai Allah. Ingat penulis dah pesan banyak kali dalam blog ini, hidayah Allah itu perlu dicari dan diminta. Ia tidak akan datang bergolek-golek. (bergolek-golek? do u know something??? hihi.. orang yang faham je tahu..).
Beres mengenai sihat sebelum sakit. Sibuk sebelum lapang pulak. eh? tershashulll. lapang sebelum sibuk.(cerita dalam entri satu lagi la pulak).
maka bersambunglahh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan