Masih ingat pada entri tajuk ini? oleh kerana penulis telah berjanji untuk sambung maka penulis akan memenuhi janji tersebut.."orang islam kan WAJIB menepati janji". Syaitan pun tahu menepati janji (JAnji untuk MEROSAKKAN SELURUH ANAK ADAM kecuali yang beriman dengan bersungguh-sungguh)Siapakah syaitan? Makhluq Allah yang diciptakan dari api. Dan dia enggan untuk sujud kepada Nabi Adam setelah diperintahkan Allah kerana merasa dirinya lebih mulia. Lebih dahsyat lagi berjanji untuk menyesatkan seluruh manusia hingga akhir zaman. Realitinya, janji ini tidka pernah dimungkiri.
Ini lah syaitan. Bagaimana mahu kita mahu mengenal pasti hasutan dan bisikannya? Ini antara yang di senaraikan oleh Said Hawa.
Semua orang tahu marah yang macam mana yg menjadi pintu kepada hasutan syaitan kan? Marah ini adalah marah yang bukan disandarkan kepada Allah. Maksudnya, marah kita bukan kerana mahu mempertahankan undang-undang Allah. MArah kerana mempertahankan undang-undang Allah, tidak mengapa. Walaubagaimanapun perlu ada cara dan batas. Jika marah sudah melampaui batas maka itu juga menjadi pintu hasutan dan bisikan syaitan. - Kesyahwatan (keinginan yang keliru dan sesat)
Yang kedua ini, adalah mengenai hawa nafsu kita. Setiap manusia dibekalkan oleh Allah dengan hawanafsu. Untuk membuang nya adalah sesuatu yang nustahil kerana yang memberi adalah Allah. Untuk mengikutnya, itu bukan pula suruhan Allah. JAdi cara yang sebaiknya adalah mengawal hawanafsu. NAfsu kita ini, punya pelbagai keinginan. Ia tidak pernah puas. LAgi ikut lagi mahu. Boleh binasa badan, jika kita menurut kehendaknya. HAwa nafsu ini seolah-olah macam 'assistant' syaitan lah kira-kira nya.. Andai syaitan tidak dapat mempengaruhi kita secara terus melalui bisikan, syaitan akan menggunakan hawanafsu kita sebagai senjata. JAdi, ingat-ingatlah, pabila ada sesuatu keinginan yang bukan untuk mencari keredhaan Allah, cepat-cepatlah sedar dan beristighfar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan