Sabtu, 20 Mac 2010

Sudah la tu

Pernah tak kawan-kawan buat nakal? HEhe.. Tau mestilah pernah kan? Buat maksiat? Isk, ade ke penulis ni tanya soalan macam tu pulakkan?..

Ok-ok tak nak tanya dah macam tu.

Dalam penulis kali ini penulis mahu mengetengahkan satu isu. Apakah isu tersebut? (Macam tulis dalam majalah pulak daahh). Okay-okay. DAH cukup lah perasan sorang-sorang tuh.

Kalau kawan-kawan baca tulisan yang membincangkan tazkiyatunnafs (penyucian diri), mesti akan ada satu topik sentuh hal ini. Apakah hal itu? Kira-kiranya beginilah bunyinya:

Apabila kita memandang rendah pada suatu dosa kecil, maka itulah permulaan dosa besar.. hmm.. takut tak? EH tak cukup menakutkan ke? Tak pun, kita pernah buat salah dalam hidup, pastu kita asyik ulang ceritalah pada orang lain dengan bangganya.. itu pun boleh buat dosa lama kita jadi berganda..

Mungkin kawan-kawan susah nak faham, jadi meh lah penulis bagi satu contoh..

Kita tengah tak puas hati dengan seseorang.. Kita pun pelepas segala macam perkataan pada dia depan kawan kita. Kedian kawan kita pun tegur lah kita.. Tak nak bagi kita melarat mengata orang.. Tapi kita pun jawab: Relaks.. la. Bukannya dosa besar pun. Kata sikit-sikit je. Nanti mintak maaf la balik..

Atau satu lagi contoh:

Bila kita buat perkara sia-sia.. Dan kita sedar ia adalah sia-sia.. Tak kiralah bercakap ke, tengok ke kan.. Apa-apa jelah yang sia-sia tu. Tapi kita cakap pada diri kita, takpalah sekali sekala.. nanti taubatlah..

Atau

dengan mengulangi dosa kecil berkali-kali. HA, sikit-sikit lama-lama jadi bukit..

Ayuh kita sama-sama pertingkatkan taraf kita disisi Allah. Supaya bahagia diakhirat sana. Manusia tiada apa-apa untuk menghargai pahala kebaikan kita di akhirat kelak..

Rabu, 17 Mac 2010

Si HiTAM

Cuti tahun baru cina pada tahun ini memberikan kelainan pada penulis kerana bercuti di rumah tok. Dan yang paling berharga, kerana rumah tok betul-betul mengadap masjid. Pagar masjid mengadap pagar rumah. Keluar pagar rumah, masuk pagar masjid. Gitulah kira-kiranya.

Pada suatu pagi yang meletihkan, selepas solat subuh, penulis mahu bergegas pulang dari masjid. Hehe.. agak-agak nak buat apa bila dah letih?? HAaa... pandai.. NAk sambung tidor ler. Tapi tok penulis tahan penulis supaya tidak balik. Hadoii haiii.. Dengan rela hatinya, tunggulah jugak. Sebab apa? Sebab ada kuliyah subuh ler. Dah tak de sebab lain dah.

ENtah tajuk apa kuliyah subuh pagi tu, tak perasan lah pulak. Tapi yang penulis ingatnya, ada cerita Bilal bin Rabah. Rasanya tengah cerita mengenai pengorbanan sahabat Nabi kot, entah..lah.. serius dah lupa.. Asyik lupa je penulis ni kan. Sorilah.

Tapi cerita Bilal tu penulis memang ingat. Gaya imam yang menyampaikan kuliyah subuh pagi tu, telah menyebabkan penulis menitiskan air mata.. Pandai sungguh dia cerita fasal Bilal.. Sampai penulis pun terasa macam 'hidup' sekali dengan Bilal.

Kawan-kawan kenal tak siapa itu Bilal bin Rabah? Aiseh takkan tak kenalkan? Inilah orang yang dibebaskan oleh Abu Bakr r.a masa peringkat permulaan dakwah Islam di Makkah. Bilal r.a adalah sahabat Nabi yang tabah. DIa berkulit hitam.. Orang Habsyi.

Bilal diikat tangan kaki dan kemuncak seksaan sebiji batu besar diletakkan di atas dada beliau.. Tapi tak tercabut iman Bilal. Hanya menyebut nama Allah 'Ahad, Ahad'.. Kawan-kawan cubalah bayangkan.. Kita sekarang, duduk dalam kelas panas sikit pun tak boleh. Tak pun bayangkan penyegar udara kat pejabat kita tu rosak.. Mesti tak selesa habis nak buat kerja kan? Ini Bilal sahabat Rasulullah, bukan sebarang orang..

DAh kena ikat kaki tangan dengan batu atas dada tu, bukan baring atas katil tau.. Atas padang pasir. Pernah kawan-kawan pijak pasir panas? Ha, kalau nak rasa, cuba pijak tar jalan waktu tengah hari sebelum Zohor tu.. Hmm.. Belum pijak pun dah tahu panas.. Kan. Kalau pakai kasut pun, belum tentu nak berjalan bawah panas terik kan??.. Tapi Bilal bin Rabah.. Dengan tidak tiada baju beliau di jemur atas pasir siap batu lagi atas dada.. Alangkah tabahnya Bilal menempuh ujian Allah.

Kawan-kawan, kalau kitalah sekarang, orang datang letak pisau kat tengkuk dan bagi kata dua:
Awak nak mengaku Islam dan saya bunuh awak atau awak nak buang semua identiti keislaman dan hidup bebas..

Mana kita nak pilih?

Sahabat Nabi dulu nak solat pun kena menyorok. Kita sekarang tak payah pun menyorok. Tapi LIATnya MAK OIII..

Okay sambung balik cerita Bilal. Akhirnya Abu Bakr r.a membebaskan Bilal dari Umayyah bin Khalaf. Bebaslah Bilal (Ini dah pendekkan cerita la. Kalau nak panjang lagi boleh lah rajin kan diri bukak buku ye).. Bilal terbabit dalam banyak peperangan. Dan tugas yang paling penulis rasa semua orang tahu fasal Bilal adalah, menjadi Muadzin Nabi Muhammad s.a.w. Muadzin tu bahasa Arab. Bahasa Melayunya tukang Azan lah.. Tapi kita sekarang, lagi senang panggil muadzin sebagai Bilal.. Betul tak? Itulah tanda betapa sinonimya Bilal dengan tugasnya sebagai Muadzin Rasulullah.

Tahu tak apa yang menyebabkan penulis meleleh airmata dengar cerita Bilal dalam Kuliyah subuh pagi tu? Sebabnya.. Meh kita hayati cerita separuh jalan penulis kat bawah ni:

Selepas kewafatan Rasulullah, Bilal berhenti dari bertugas menjadi Muadzin dan berpindah ke satu tempat di luar Madinah. Tak ingat dah kat mana tempat tu. Tapi rasa negara asal beliau lah (kalau salah tolong betulkan ye).. Sebab Bilal sedih sangat dengan kewafatan Rasulullah.. Kisahnya cane? Lebih kurang ginilah, bila Abu Bakr r.a naik jadi Khalifah, beliau meminta Bilal menyambung tugas sebagai muadzin.. Tapi Bilal jawab:

"Wahai Abu Bakr r.a, adakah Engkau membebaskan aku dahulu kerana Allah atau kerana kepentingan-mu? Jika Engkau memerdekakan aku dahulu kerana Allah, biarlah aku membuat keputusanku sendiri. Tetapi jika engkau membebaskan aku kerana kepentinganmu, aku sedia berkhidmat menurut kehendakmu sehingga engkau meninggal"

Kemudian, Abu Bakr r.a menjawab:

"Aku memerdekakan kamu kerana Allah"

Lepas tulah, Bilal dah pencen jadi muadzin..

Entah cane zaman Umar Al-Khattab r.a, Umar nak sangat dengar Bilal azan. Baliklah Bilal ke Madinah untuk menunaikan permintaan Umar..

Pagi SUbuh (Kalau tak salah penulis).. Bilal pun azanlah.. Dengan bergemanya suara merdu Bilal bin Rabah melaungkan azan.. (HUhuu sedih dah ni).. Keluarlah seluruh sahabat Rasulullah s.a.w dari merata ceruk Madinah pada masa itu..Menyahut seruan azan Bilal, si tukang azan Rasulullah. Terasa bagaikan Rasulullah hidup semula..(Waaaa, sedihnya.. Kawan-kawan dapat menghayati tak cerita ni? Aiseh kalau kawan-kawan tak sedih, maknanya penulis tak pandai nak cerita lah ni)..

MAsa tengah azan tu, bila sampai dekat "Wa ash-hadu anna Muhammaddan Rasulullah".. Bilal tersekat.. Semua sahabat dengar sedu sedan Bilal menangis rindukan Rasulullah.. Tak boleh nak sambung azan.. sebab sedih sangat.. Sahabat lain pun mestilah sedih jugak kan.. Sudah lah lama tak dengar Bilal azan..Sekali Bilal azan semua.. Terasa sangat macam Rasulullah hidup semula.. MAsa Rasulullah sama-sama hidup dan berjalan dengan sahabat yang lain.. Hakikatnya Rasulullah dah wafat

Sebagai penutup cerita..

Sekali tu jelah Bilal azan semula selepas kewafatan Rasulullah.. Kiranya, Bilal memang eksklusif tukang azan Rasulullah lah.. Dah macam mana nak azan, setiap kali sampai kat part dua kalimah syahadah tu.. Bilal mesti tangkap leleh punya (hehe pelik pulak pakai bahasa macam ni).

Okay semoga kawan-kawan lebih bersungguh untuk kenal siapakah lagi sahabat-sahabat Rasulullah yang sangat berjasa sepanjang perkembangan dakwah Islam.. Tanpa mereka siapalah kita.

Saja buat entri panjang kali ini.. Semoga bertambah iman.

Isnin, 15 Mac 2010

Konflikkah

hai kawan-kawan.. Semoga sentiasa sihat dan bertenaga dalam ibadah. Jangan lupa baca Quran. Quran perlu di baca sesiapa sahaja yang mengaku dirinya Islam. Usah persoal latar belakang apa pun dia. Yang penting kesungguhan untuk membaca dan memahami kandungannya.

Praktikal tidak semudah teori. Kita WAJIB memberitahu kebenaran. Orang yang menyampaikan kebenaran pasti ditentang. Jika berdiam diri, kawan kita ramai. Tapi jika kita bersuara. Barulah kita kenal siapa sebenarnya manusia (diulangi.. MANUSIA) disekeliling kita..

Kadang-kadang kita rasa terhina bila orang memberi teguran. Itulah masalah budaya orang Melayu. Mesti tukar mentaliti: Teguran bukan penghinaan (Dengan syarat cara menegur itu bukan cara menghina lah). Ia akan menghasilkan insan yang lebih mulia setelah dia menelan teguran itu. Kadang-kadang, bukan kerana tidak betul teguran yang diberi. Tapi kita mempersoalkan cara ditegur. Alangkah cerewetnya kita.

Pelbagai orang pelbagai cara. Susah menerima cara, bukan alasan untuk tidak menerima kandungannya. Sebab? Setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Tiada yang sempurna. Jika tidak, tiadalah syariat supaya kita sentiasa beristighfar dan bertaubat. Maklumkan kembali pada yang menegur, cara itu tidak sepatutnya digunakan untuk kita. Beritahulah cara yang kita rasakan selesa supaya komunikasi akan datang menjadi lebih baik. Janganlah harap orang nak faham kita otomatik.. Orang pun banyak benda lain nak fikir.

Agama itu nasihat. Jadikanlah ia sebagai budaya supaya kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa ingat memperingati kepada Allah. Bukan ingat memperingati dalam menonton filem atau gosip-gosip artis/kawan-kawan terkini..

Oleh kerana sudah terlajak menulis hal ini, sukacitanya penulis mahu mengumumkan; penulis sangat berterima kasih pada semua kawan-kawan yang sanggup menegur penulis walaupun penulis tidak suka medium yang digunakan (penulis tak suka orang tegur pakai surat, mesej talifon.. Hehe.. tula cerewet). Penulis suka orang tegur terus penulis masa tengah buat salah. Supaya dapat dibetulkan segera..

Satu lagi penulis nak pesan, janganlah rasa rendah diri untuk tegur orang yang nampak 'macam' baik dari kita. Dia pun manusia jugak -banyak je salah dia buat. Kita je yang tak tahu. Kalau kita tak saling ingat memperingati, siapa lagi nak menyalingkan perbuatan tersebut??

Apa-apa pun, buatlah kerana Allah. Kerana membenci perbuatan mengingkari perintah Allah. BUkan kerana benci pada tuan empunya perbuatan.. Ingat. Semat baik-baik dalam kepala.

Satu lagi, jangan asyik sibuk tegur orang sampai terabai diri sendiri. Ha, kalau jadi gini lagilah teruk. Kesimpulannya, bila nampak orang buat salah, cek diri sendiri jugak. Kot-kot kita pun dua kali lima. Tegur dan berusaha betulkan diri sendiri, serentak dengan itu jangan biar orang lain bergelumang dengan salah yang sama

Sabtu, 13 Mac 2010

Kebenaran atau persahabatan?

Pada zaman dahulu kala, di satu tempat yang tidak boleh diberitahu.. Berlakulah satu kisah.

Kita tahu rakan kita bersalah. Kerana telah melanggar perintah Allah. Tapi kerana mengetahui kurangnya pengetahuan dia mengenai suruhan Allah, maka kita memilih untuk tidak menegurnya secara berterus terang. Kerana sudah diketahui perangainya yang akan melawan dan membela diri secara agresif. Hakikatnya tidak pernah menegur, walaupun dalam perbualan biasa sambil makan.

Tiba-tiba datanglah orang lain yang baru sahaja bertemu rakan kita. Kerana prihatinya terhadap rakan kita, terus sahaja dia menegur. Apalagi? Melentinglah rakan kita; yang sudah diketahui sikapnya itu.. Terkejutlah orang tersebut melihatkan reaksi sebegitu..

RAkan kita menuntut kita untuk membelanya. Apa yang perlu kita buat? Mempertahankan 'maruah' rakan kita kerana merasa terhina dengan teguran tersebut? Atau mendiamkan diri? Nanti dikatakan tiada ukhuwah.. Bagaimana? apa mahu kita lakukan??..

Untuk mengetahui jawapannya.. Banyakkanlah membaca sirah Nabi Muhammad s.a.w dan mempelajari tafsir.. pasti kawan-kawan akan ketemu jawapannya.

Hehe, tak nak bagi jawapan. Kecuali ada orang mintak untuk kasi jawapan. Baiiiiiiii. Illalliqo.

Khamis, 11 Mac 2010

Waduh-waduh

  • Tak puas hati sana, tak puas hati sini.. Entah bila masa dia puas hati pun kita tak tahu. Orang lain buat, salah , tapi dia buat betul pulak.

  • Orang lain sahaja yang tak reti bekerjasama, dia pula asyik bekerja.. Tapi rupanya dia tak sedar, dia yang menyusahkan orang.

  • Suka orang tu, layan elok-elok, nyampah orang lain, layan dia tah hapa-hapa..

  • Rasa berbaloi untuk diri sendiri, buat betul-betul.. EH? rugi buat elok-elok sebab nanti orang lain yang untung, baik buat cincai-cincai saja..

  • Asalkan aku hidup bahagia oklah.. Apa orang lain nak buat suka hati mereka lah.. kan dunia ini perlu FREEDOM..

  • Jangan buat selagi tidak memberi keuntungan pada diri sendiri. Elakkan segala jenis tanggungan selagi ia tidak menampakkan keuntungan dunia diri sendiri..

Waduh-waduh, agaknya kawan-kawan faham ke apa yang penulis nak cerita kali ini? Sebenarnya penulis nak cerita penulis betul-betul pening jumpa dengan orang yang jual ikan (bukan fish monger ok tapi selfish). FIkir diri dia saja.. Asalkan jangan dia yang susah. Orang lain susah tak pe.

Bila kita buat kerja bersama, maka kenal lah kita pada kawan kita itu.. Tapi kadang-kadang mata kita salah menilai. Jadi jangan cepat menghukum. Berusahalah untuk memberitahu secara bijak pada orang yang nampak macam asyik jual ikan ini. Mungkin dia tidak sedar sikapnya yang sebegitu telah menyusahkan orang lain.

Apalah nikmat hidup jika kita tidak bermanfaat untuk orang sekeliling.. Kesimpulannya: Jual ikan kat pasar je. Tempat lain tak laku..

Selasa, 9 Mac 2010

Buat apa macam tu

Selalu tak terlintas dalam hati macam ni:

"huh kenapa dia macam tu? Kenapa lah tak buat macam ni?"

Sibuk betul hati kita fikir fasal orang ye?? Tak pernah pulak kita fikir kenapa kita buat macam ni tak buat macam tu?..

Kekadang kita tak perasan. Ni nak bagi perasan. Syaitan memang nak pelaga kita anak-anak Adam. Kalau ada lintasan hati yang tidak baik fasal saudara seislam, belajarlah untuk jernihkan kembali perasaan itu.. Ia bukan kehendak kita untuk berperang dan bergaduh sepanjang masa. Walaupun susah, tapi cubalah. Sebab itu tugas kita sebagai khalifah.

Jangan sibuk sangat fikir fasal orang sampai diri sendiri tak terjaga. TAPI jangan terlalu mementingkan diri sendiri hingga lansung tidak tahu apa yang berlaku pada teman sebilik, serumah, sekerja, sebelajar etc atau negara tempat duduk sendiri..

Biar seimbanglah..

Ahad, 7 Mac 2010

CIk lidah oii

DIsebabkan penulis suka sangat bercakap dan berbual.. Maka kali ini penulis nak bagi ingatan pada diri sendiri mengenai lidah. Selalu orang cakap lidah tak bertulang.. Sebab tu kot yang kalau bercakap memang senang dari bergerak buat kerja. Maklumlah kalu buat kerja kene gerak habis anggota-anggota yang bertulang dan tidak bertulang.

Kita manusia memang tak boleh hidup kalau tak bercakap. Tapi kalau cakap banyak pun masalah. Kita kena pandai-pandai agaklah banyak mana nak bercakap setiap kali bercakap.. Macam makanlah. Kalau makan terlebih jadi gemuk. Kalau kurang pulak tak cukup berat badan; tak daya buat keje pulak.

Lidah kita pun gitulah. Cakap banyak sangat, nanti habis pening orang sekeliling.. Letih melayan orang cakap banyak. TApi kalau diam sangat pun menyusahkan hati orang jugak. Jadi bercakaplah secukupnya agar orang dapat merasai manfaat kehadiran kita; senyaplah sekadarnya supaya tiada salah faham. Cewah.. Ni memang betul nasihat diri sendiri ni. Sebab cakap banyak sangat..

KAdang-kadang cakap tu asyik menyindir orang saja. KAlau macam tu baiklah diam. Mendidik itu bukan hanya dengan menyindir. Silap-silap, orang lain yang kita sindir, orang lain yang terluka.. Kan kelam kabut alam jadinya. Sekali sekala okaylah. Bukan tak boleh lansung. Tapi kalau setiap kali jumpa??

Kadang-kadang jugak, kita ni orang tegur 100 kali pun kita buat 'dek' je. Itu masalah kita bila tak faham 'bahasa' orang lain. Walhal sama je bahasa yang digunakan. Bukannya guna bahasa cekoslavakia pun.. Hadoiii la.. Inilah yang dinamakan masalah komunikasi. Terlebih faham pun masalah, tak faham-faham pun masalah..

Semua nya berpunca dari lidah.. Jom kita hidupkan hati kita dengan mengingati mati.

Masalah masyarakat kita ni, ada mentaliti pelik. mati itu hanya diingati oleh orang tua dan orang sakit sahaja. Kalau orang muda yang ingat mati ni, memang tak tahu nak enjoy hidup.. Ada betul ka begini?

Tahu tak? Sebenarnya hidup lebih bahagia jika kita mengingati mati. SUngguh.. Kalau tak caya cubalah.. mana tahu dengan ingatnya kita pada mati, akan jadikan lidah kita lebih terjaga.

Jumaat, 5 Mac 2010

Macam mana ni

Pernah terfikir tak bebola mata kita menghala kedalam?. Maksudnya, mata kita ini nampak yang ada pada badan sendiri. Haa, kalau tak fernah terfikir, cuba bayangkan sekali.. MAcam mana agaknya hidup kita kalau jadi macam tu.

Ok dah cukup la tu. Bayang kejap je dah la. Itulah kebesaran Allah. Kebijaksanaan Allah mencipta kita. Allah bagi mata untuk melihat, Allah bagi aqal untuk berfikir dan hati untuk buat keputusan..

Apa jadi pada kita bila kita melalui sesuatu peringatan? Atau dengan kata lain bila ada tazkirah?

Tak pa, aku tak buat pun macam tu.
BUkan aku yang buat.. tak kesah lah
MAna dia tahu aku buat? Suka hati akulah nak buat apa..
Dia bukan tahu aku buat pun.. Tu tegur orang lain tu.. BUat tak tahu je

Peringatan yang terbit dari mulut diri sendiri akan pertama sekali sampai ke telinga sendiri.. BUkan telinga orang lain. Bermaksud peringatan yang kita beri adalah peringatan buat diri sendiri.

Kadang-kadang kita ghairah mahukan orang disekeliling kita menjadi 'orang baik'. Kita bercakap berdegang-degang(betul ke perkataan ni.. tak tahu apa perkataan sepatutnya) mahu betulkan masyarakat.. Mahu komuniti kita bagus.. Tapi kita sendiri tak ikut nasihat yang kita bagi pada orang..

Jika kita sendiri tidak mengikut nasihat sendiri, bagaimana orang lain mahu ikut nasihat kita??
Nasihat adalah alat. Alat itu boleh digunakan sebaiknya atau disalah guna. Wauu? Nasihat pun boleh disalahguna? Ha'a memang pun..

Jadi isi kali ini adalah, mari kita berusaha jadi orang baik dengan tidak melupakan nasihat sendiri dan tidak mengabaikan nasihat orang lain. Dan gunalah deria pemberian Allah itu untuk melihat diri sendiri juga.. MUHASABAH itu penting.

Rabu, 3 Mac 2010

Abaikan

HAi kawan-kawan!

Kali ini penulis nak berkongsi mengenai hati yang hidup dan mati.

Apa perasaan kawan-kawan bila tengok orang mati?

Tak pun tengok mayat?

Mesti ada sikit-sikit rasa takut kan?

Agak-agak takut kita tu takut apa sebenarnya?

Ataupun kalau kawan-kawan jalan sebelah kubur, apa perkara pertama yang kawan-kawan terfikir?

Selalu orang takut lalu tepi kubur.. betul tak? Agak-agak takut siksaan dalam kubur ke takut orang dalam kubur 'bangun'? Hehe macam kelakar tapi memang kenyataan.

Apa kaitan takut lalu kat kubur dengan hati hidup dan mati?

HAti yang hidup adalah hati yang sentiasa ingat pada kematian. DAn takut pada siksaan yang bakal ditempuhi selepas kematian. Itulah hati yang hidup. Ada banyak lagi tanda-tanda hati itu hidup. Tapi tak nak tulis semua kat sini; satu cukup. Jom kita belajar ingat akan seksaan dalam kubur jika kita ingkar di dunia. Barulah kita tak berani sangat nak buat sesuatu maksiat.

Hati yang mati adalah hati yang tidak rasa bimbang langsung pada seksaan dalam kubur. Haa, kan lain tu dengan takut kubur.. Atau takut mayat 'bangun' dari kubur? Kalau kita takut macam ni, hasilnya, kita takkan ziarah kubur.. Betul tak? dah takut sangat.. Padahal ziarah kubur bagus.. Boleh mengingatkan kita tentang kematian. DAn hasilnya, kita akan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindak tanduk.. Supaya kita selamat dari azab kubur..

Walaupun kita sibuk dengan segala urusan didunia, cubalah peruntukkan sedikit masa untuk mengingati mati kerana ia dapat menyucikan hati dan meringankan kita melakukan ibadah.

Isnin, 1 Mac 2010

Indahnya

Paa-da suatu hari. Entah hari apa sudah tidak lagi diingati. Penulis terdengar? terbaca? pun tak ingat jugak. (Aiseh memang tak boleh jadi perawi hadith lah penulis ni. Itu pun boleh lupa?!)

Satu tazkirah berbunyi lebih kurang ginilah, kita ini; manusia yang selalu alpa:

Selalu sangat susah hati dengan hal dunia. MAnalah kita boleh hidup tenang. Orang yang bahagia dan tenang hidupnya adalah orang yang sentiasa kisah dan ambil berat hal-hal hari kiamat, hari akhirat..

Tetiba penulis terfikir.. Haa dah ingat. Penulis dengar kuliyah maghrib kat masjid depan umah tok penulis..

k-k, sambung balik. Bila penulis terdengar kuliyah macam tu, penulis pun fikir lah balik. Aku ni memang susah hati dua tiga hari ni. Sebab? Cuti ada, tapi belum tentu semua kerja 'sekolah' akan diselesaikan.. ELok naik cuti je ada 'group presentation', dua pulak tu.. Dah la berturut-turut. Setitik habuk pun tak baca lagi..

Haa? NAmpak? Susah hati ke benda-benda dunia.. Betul tak? Bila penulis muhasabah balik diri sendiri.. LA?? Senarai kerja tu semuanya kerja 'sekolah', kerja persatuan.. Mana pergi senarai kerja yang sepatutnya?

Hehe, apakah senarai kerja yang sepatutnya kita bubuh dalam 'planner' kita? TUlah..

Siapa bubuh dalam planner dia minggu ni untuk buat qiamullail pagi hujung minggu?
Atau puasa sunat hari isnin khamis?
Atau solat sunat sekurang-kurangnya setiap kali waktu isya?
Atau baca quran setiap hari sebelum keluar rumah pagi-pagi?
atau beristighfar setiap kali sebelum tidur?

A'a.. Kan? BAru penulis terfikir benda ni.. Ya Allah, cuba selak balik planner kita yang dah lama kita rancang bertahun-tahun dahulu.. Agaknya apa yang banyak dalam planner kita?

Keluar makan sana, keluar makan sini,
Jalan sana, jalan sini,
Rehat dan bercuti sana sini,
Kerja-kerja-kerja yang bertimbun..
Homework dan assignment..
projek besar, prokjek kecik..

Cubalah belek-belek planner kita kot-kot ada satu dua yang kita tulis:

Aku mesti bersedia untuk bertemu Pencipta-ku.. Hari ini aku mesti mula untuk berfikir tentang hari akhirat aku

TAhu tak.. insaf habis penulis dengar kuliyah maghrib masa cuti raya cina hari tu. Patutlah susah hati sangat. Sebab asyik fikir dunia saja. LUPA akhirat.. itulah punca.

Entri terkenal