Rabu, 8 Mei 2013

Anak saya sakit kulit

alhamdulillah..

saya telah dikurniakan cahaya mata oleh Allah. Amanah ini akan dijaga sebaiknya. begitulah kira-kiranya ayat pengakuan ketika mendapat amanah ini.. Seorang anak..

rupanya Allah mahu menguji.. Anak sakit kulit, teruk sangat.. Anak perempuan. Setelah lama berubat dan mencari jalan penyelesaian, rawatan sakit kulit itu hanya dengan menutup aurat. Maka semenjak berumur setahun anak saya sudah bertudung.

50 tahun berlalu..

Anak tadi sudah dewasa.. malah mungkin sudah agak tua.. Anak ini sgt tertarik dengan baju-baju berfesyen yang dijual diluar sana. ketat dan terbelah sana sini. warna warni.. terkini dan mengikut arus zaman.

saya yang risaukan anak ini berpesan, oh.. jangan kamu membeli baju-baju fesyen ketat terbelah dan terdedah di luar sana kerana ia sangat merbahaya. Lagipun saya tidak pernah membelikan pakaian seperti itu kepada kamu.

Susahnya untuk mengawal kehendak anak yang seorang ini. Yalah, dengan iklan yang berleluasa, tayangan dan kempen-kempen keuntungan palsu tentang memiliki pakaian-pakaian tersebut.. Mustahil untuk menghalang anak ini dari tidak "terbeli" dan menggunkan pakaian yang merbahaya untuknya itu.

Sedangkan anak ini tidak tahu yang kebarangkalian untuk terkena penyakit kulit sangat besar dengan mengenakan pakaian-pakaian dari jenis yang dia sangat tertarik itu.
.......

bukankah lebih mudah untuk mengawal kehendak dan citarasa anak itu apabila diberi kefahaman tentang penyakitnya dan betapa pentingnya memakai pakaian menutup aurat bwebanding berusaha menceritakan betapa buruknya pakaian m3ndedah aurat?

Entri terkenal