Rabu, 27 Ogos 2025

Indahnya Islam 3

Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, puasa dan haji..

Sejahtera fikiran dan emosi dapat dirasai dengan ketenangan mengingati Allah, takut dan khuatir pada balasan Allah terhadap perbuatan jahat dan dosa (jiwa yang tenang)

Fikiran itu tidak sejahtera bila ia selalu memfokuskan kepada sesuatu diluar kawalannya (sakit) atau rasa terliur pada perkara dosa dan mungkar yang tidak dikawal (hati yang bergolak dan buas)

Atau Fikiran itu juga tidak sejahtera apabila ia tidak dapat melepaskan kisah-kisah silam dan perasaan yang dialaminya (hati yang tidak tenteram)

Indahnya Islam kerana ia mengajarkan kita untuk melalui hari dengan kesyukuran dan kesedaran bahawa kita adalah Hamba Allah yg akan menerima balasan setimpal pada Hari Akhirat.

Kepercayaan pada Hari Akhirat membuatkan kita bertanggungjawab terhadap diri tanpa menyalahkan orang lain.

Indahnya Islam kerana mengajarkan kita kesederhanaan dalam muhasabah (memandang masa silam untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang) dan juga bertawakkal (berserah pada Allah) pada apa-apa yang akan berlaku, kesan dari perbuatan kita usahakan yang sekarang..

Kepercayaan kita kepada kepada Allah dan hari akhirat membuatkan kita berhati-hati dalam menilai kehidupan dan peristiwa dengan kemampuan kita sebagai manusia.

Kepercayaan dan keyakinan bahawa kita hanyalah hamba Allah membuatkan kita sedar..
 
Manusia bukan serba tahu..
Manusia juga tersalah..
Seorang manusia tidak semestinya dikasihi seluruh hidupan..
Semua manusia istimewa kerana Allah yang memberikan keistimewaan kemanusiaan..

Hanya dengan kepercayaan manusia adalah hamba Allah.. Ia melahirkan orang yang benar-benar bersyukur dengan kehidupan dan kematiannya. 

Indahnya Islam kerana ia melahirkan manusia yg hanya tunduk dan patuh kepada Allah.

Tidak tunduk pada selain Allah walaupun pada kehendak diri apatah lagi manusia lain.

Itulah MERDEKA!

Tamat.

Tiada ulasan:

Entri terkenal