Jumaat, 27 Mac 2009

Tqah punya fasal 4

Seterusnya:

  1. Peraturan dan undang-undang sekolah berjalan ke atas pelajar, selagi pelajar itu sedang menuntut di sekolah. Maknanya, jika dia melanggar peraturan sekolah, di luar waktu persekolahan, atau luar kawasan persekolahan, dia tetap akan di kenakan tindakan disiplin. Ini sangatlah berbeza dengan kebanyakan sekolah lain; jika murid itu melakukan kesalahan disiplin, tiada hukuman boleh dikenakan jika ia berlaku di luar waktu sekolah atau luar kawasan sekolah.
  2. Mestilah membahasakan diri sebagai ‘ana’ dan orang lain sebagai ‘nt’ atau ‘nta’. Jika menggunakan selain dari ini akan dijeling oleh senior dengan jelingan yang suuungguhh tajam.
  3. Tiada pemandangan pelajar perempuan dan lelaki berbual-bual kosong sama ada dengan kehadiran guru atau pun sebaliknya.
  4. Pada waktu rehat, semua pelajar mestilah melakukan solat dhuha. Sesiapa yang gagal akan di catat namanya dalam buku dan tindakan disiplin akan dikenakan.
  5. Waktu makan pelajar lelaki dan perempuan tidak pernah serentak. Jika rehat adalah 20 minit, maka, sepuluh minit pertama adalah waktu pelajar perempuan makan dan pelajar lelaki bersolat dhuha. kemudian, pada 10 minit kedua barulah pelajar lelaki makan dan pelajar perempuan pula bersolat dhuha.
  6. Pelajar perempuan dan lelaki tidak pernah bercampur secara terang-terangan. Pelajar lelaki dibahagian hadapan kelas dan pelajar perempuan dibahagian belakang kelas. Dan pelajar lelaki sememangnya tidak berani untuk menoleh ke belakang walau apa jua keadaan.
  7. Qiamullail adalah program wajib setiap dua minggu. Semua pelajar dari tingkatan satu hingga lima wajib hadir dan kami semua akan tidur beramai-ramai di sekolah. Dalam banyak-banyak program sekolah, inilah satu-satunya program yang penulis sangat suka dan tertunggu-tunggu.. (ini nak menambah; selepas kena kerah qiam pagi-pagi, kami akan dikerahkan pula untuk kawad. selagi kawad tak cantik, selagi itulah kami akan dijemur di bawah matahari pagi..).
  8. Pengalaman kawad ini memang menarik. Segala macam denda kawad sudah penulis rasa kecuali pumping (sebab orang cakap perempuan tidak boleh pumping). Kawad bawah panas itu memang perkara yang sangat biasa. Kadang-kadang, sampai ke tengah hari kami berkawad. Jika ada perkhemahan, kawad dalam hujan pun dah tidak menjadi isu besar.. Lagi ‘best’nya, pernah suatu ketika, disiang harinya kami memasuki hutan pagi-pagi, dan keluar dari hutan apabila hari hampir maghrib. Tengah malamnya, jam 3 pagi, kami dikejutkan untuk berkawad bawah hujan.. fuh, menguji kesabaran betull.


Eh? la cerita fasal kawad pulak.. Nak beritahu fasal sekolah tadi.. haa, fasal budaya dan peraturan sekolah. Selain budaya-budaya di atas, ada banyak lagi budaya lain..


Ada satu budaya yang susah untuk ditemui di tempat lain adalah budaya saling ingat-mengingati. Sesiapa sahaja tersalah, pasti ada sahaja yang prihatin untuk memperbetulkan. Tidak seperti sekarang, di tempat penulis sedang belajar, jika ada orang yang sedar dan cuba memperbaiki keadaan, akan di katakan menjaga tepi kain orang dan menyibuk. Hasilnya, wujudlah masyarakat ‘ananiah’ atau ‘keakuan’. Suka hati lah orang nak buat apa, asalkan tidak mengganggu hidup orang lain.

  • Sesiapa yang suka mengumpat, akan dipulaukan secara automatik oleh kawan-kawan yang lain.. owh ini budaya dikalangan pelajar perempuan sahaja. Tidak pastilah bagaimana dikalangan pelajar lelaki, sebab tidak bercampur.

Tiada ulasan:

Entri terkenal