Isnin, 23 Mac 2009

Tqah punya fasal 2..

Sebelum menjejakkan kaki penulis ke Sekolah Menengah Al-Islah, penulis terasa mahu memberontak kepada mak dan ayah kerana menyuruh penulis ke sebuah sekolah yang tidak glamor dan tidak dikenali sesiapa pun. Apabila kawan-kawan sekolah rendah bertanya, “kat mana awak sekolah sekarang?” setelah memberi tahu nama sekolah, ia mesti akan diikuti dengan “sekolah apa tu?tak pernah dengar pun?”. Hmm, itu baru bab nama populariti sekolah.


Sekarang bab kawasan sekolah pulak. Sesampai sahaja disekolah tersebut, rasa tidak mahu bersekolah di situ semakin bertambah-tambah.. Masakan tidak, sekolah itu penuh dengan tanah merah, belukar dan hutan meliputi sebahagian kawasan tepi sekolah.


Lebih ‘best’ lagi, sekolah ini jauh dalam kampung, siap kena lalu sawah, rumah orang kampung, kubur, kedian barulah nampak bangunan sekolah.. Pagar?? Jangan mimpilah mahu pagar sekolah yang cantik dan memberikan rasa selamat kepada penghuni, bangunan sekolah pun separuh batu separuh kayu..


Jika mahu bermain, padang sekolah itu harus dan mesti di kongsi dengan adik-adik yang bersekolah rendah. Mengapa begitu? kerana, Pusat Pendidikan Al-Islah adalah sebuah pusat pendidikan sekolah menengah dan sekolah rendah.. Sekolah menengah hanya mempunyai dua buah bangunan tanpa padang.


Pendek ceritanya, penuh dengan segala kedaifan.


Bayang kanlah, sebelum ini penulis bersekolah disebuah sekolah kerajaan yang sangat besar dan lengkap dengan segala kemudahan. Bagaimana mahu menggambarkan kebesaran sekolah itu? hmm, padang nya sahaja sejauh mata memandang. Ha, kira besar nya tak terkiralah..


Balik ke Sekolah Menengah Al-Islah, bagaimana penulis mahu meneruskan persekolahan di tempat sebegini? “Tidak kondusif untuk belajar”.. Inilah kata-kata penulis dalam hati pada suatu masa dahulu..

Tiada ulasan:

Entri terkenal