Kupasan dari sebuah hadith:
"Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim"
Ilmu itu penting peranannya dalam hidup kita dan ia adalah satu kurniaan Allah yang tidak ternilai.
Antara dalil lain menunjukkan kelebihan ilmu:
Surah Al-Alaq 1-5
Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu Yang Menciptakan. Dialah yang telah menciptak manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.
kemudian Surah Fatir ayat 28
".......Diantara hamba-hamba Allah yang takut padaNya, hanyalah para ulama..........."
Walaupun kita ini pemegang ijazah, PHD, berpangkat apa sekali pun.. tak kesah. Asalkan ilmu yang kita ada itu menjadikan kita TAKUT PADA ALLAH.
perkataan FARIDHOH-wajib- (yang digunakan) dalam hadith ini menunjukkan:
Kewajipan yang mesti ditunaikan dan ia mesti dilakukan kerana Allah kerana ia termasuk amalan mendekatkan hamba pada Tuhannya.
Maksudnya, menuntut ilmu itu adalah suatu ibadah yang mesti dilakukan setiap manusia agar dia dapat mendekatkan diri pada Allah.
Selain menuntut ilmu, hadith ini juga memberi maksud betapa pentingnya mengajar dan menyebarkan ilmu.
Peranan ilmu itu sangat besar.. Antaranya, mengaitkan segala sesuatu yang kita nampak terpisah dan terasing.
Ilmu juga punya beberapa keistimewaan:
- mendekatkan diri pada Allah. Jika tidak berjaya mendekatkan diri kita pada Allah.. (something wrong!)
- tidak digunakan untuk kerosakkan dan kejahatan.. Jika ini berlaku maka kezaliman akan berlaku.
Apabila ilmu itu dipisahkan dari Allah maka syaitan akan mengambil alih..
Sekian dahulu pelajaran kali ini. Kita bertemu di lain siaran.. Babaiiiii
(perlu buat label barukah??? -hadith sumber ikutan kami-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan