Isnin, 8 November 2010

Baku-bamu, bamu-bamu

Belum lagi tulis pape dah rasa nak tersengih-sengih baca tajuk entri kali ni. Kawan-kawan dapat agak tak apakah maksud tajuk kali ini?

Nanti kita sama-sama jawab apa maksudnya selepas ini..

Setiap dari kita dicipta Allah dengan barang amanah masing-masing. Dan barang amanah itu boleh jadi dalam pelbagai bentuk. Harta benda, wang ringgit, ilmu, ahli keluarga, diri sendiri, masyarakat dan pengikut dan pelbagai lagi.

Ada barang amanah kita boleh dikongsi bersama dengan orang lain. Ada barang amanah kita tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

Contoh barang amanah yang boleh dikongsi adalah; harta, wang ringgit, ilmu. Bukan sahaja boleh malah dalam sesetangah keadaan ia sangat digalakkan untuk kita melakukan sedemikian. Tapi ada jugak barang amanah yang tidak boleh dikongsi contohnya; isteri. Hehe. Boleh kongsi ke isteri dengan orang lain? Isteri tukan amanah jugak. Sebenarnya tak dapat nak cari barang amanah lain yang tidak boleh dikongsi. Hampir semua barang amanah yang Allah beri pada kita boleh dikongsi..

Bila cakap bab kongsi mengongsi ni, maka itulah yang lahirnya istilah, bermurah hati, bersedeqah, membayar zakat, memberi nafkah, hadiah, kasih sayang..

Tapi dengan bercakap hal kongsi mengongsi jugaklah boleh lahirnya; kedekut, bakhil, tamak (semua ini lain maksudnya), benci, dengki, rasa tidak cukup dengan apa yang ada, hasad, cemburu, pencuri dan perompak.

“Wahai orang-orang yang beriman, infaklah sebahagian rezeki yang telah Kami berikan padamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan dan syafaat. Orang-orang kafir itulah orang yang zalim” 
Al-Baqarah: 254.

Ha.. Kan Allah suruh INFAQ. Sebenarnya kalau kawan-kawan betul-betul berminat, boleh la cari lagi apa beza infaq, sedeqah dan zakat. Mesti ada bezakan? Tapi konsepnya sama iaitu MEMBERI.

Macam cogankata Abu Saif kat blog dia: Erti hidup pada memberi.

Bukan senang manusia ciptaan Allah yang kedekut dan semulajadi tamak untuk bersifat MEMBERI. Sebab itu Allah berikan kita macam-macam motivasi dan galakkan untuk jadi orang yang memberi.

“Perumpamaan orang yang menginfaqkan harta dijalan Allah, seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai dan setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha luas Maha Mengetahui.”

“orang yang menginfaqkan harta dijalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infaqkan itu dengan menyebut-nyebut dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala disisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati”

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf itu lebih baik dari sedeqah yang diiringi tindakkan yang menyakiti. Allah Maha Kaya, Maha Penyantun”

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan sedeqah kamu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang mengifaqkan hartanya kerana riya’ kepada manusia dan dia tidak beriman pada Allah dan hari akhir. Perumpamaannya (orang itu), seperti batu licin yang diatasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu licin itu lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir”

“Dan perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak didataran tinggi dan disirami hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun sudah memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”

Al-Baqarah: 261-265

Ada banyak lagi ayat lain. Kalau nak rasa BESTNYA, silalah rajin-rajin baca Quran. Jangan malas-malas ye.

Jadi, maksud tajuk diatas adalah:

Barangku-barangmu, tapi barangmu adalah barangmu.

Maksudnya, kalau sahabat kita nak pinjam barang kita, atau nak guna barang kita, berilah. Kerana barangku adalah barangmu.

Tapi bila kita berhajat pada barang kawan kita, kita mesti ingat, barang itu bukan kita punya. Bila nak guna mesti minta izin dahulu kan itu adalah barang amanah dia.. Makanya; barangmu, barangmu..

Baiiiii..

Tiada ulasan:

Entri terkenal