Khamis, 25 November 2010

Ku coret sajak yang kucipta khas buatmu, kawan..

Beberapa hari lepas melakukan operasi kemas 'sampah' yang disimpan.. Habis punggah segala surat dan kad raya 10-15 tahun lepas punya..
Tetiba terjumpa satu sajak yang sahabat penulis berikan. Masa tu kami berdua masih dibangku sekolah rendah.. darjah 6 tahun 1998.

Teman,
Hari ini kitakan berpisah,
Hari esok, entah bila bersua lagi.

Dihari yang penuh titik hitam ini,
Inginku menyusun sepuluh jari,
Memohin keampunan ikhlas dari mu,
Dari saat kita bersua.. 7 tahun lalu..

Ingatlah,
Detik kita bertemu,
Kita bisa bertentang mata,
Mula berkawan dan bermesra,
Bersuka duka bersama,
Jua main bersama.

Renungkanlah..
Satu detik kita dihalang,
Oleh insan yang bukan penghalang,
Kita hampir bisu kala bersua,
Kita hampir berperang hati.

Namun,
Ia hanyalah semusim,
Masih banyak lagi,
Masih luas lagi,
Lautan emas yang bakal, sedang
dan telah mewarnai hidupmu.

Segala nasihatmu,
Tidak kubantah,
Dan aku cuba menerimanya.

Terima kasih teman.
Biarlah pahit menelan perpisahan,
Biar air mata membanjiri dirimu,
Ia pastikan tercetus,
Walaupun bukan permintaan kita.

Teman,
Sesungguhnya aku sayang pada persahabatan ini..

Maimanah Mohd Rashid
10.20 pm 
9 November 1998

Sahabat penulis ini, sangat berbakat dalam menulis sajak.. tidak lama selepas beberapa tahun berpisah kerana berbeza sekolah, penulis terjumpa karyanya tersiar dalam sebuah majalah, Dewan Siswa.. Tapi dah tak ingat tahun dan bulan berapa..

p/s: kalau empunya diri terbaca karyanya disini.. Penulis mahu ucapkan.. terima kasih. Dan sajak yang kamu beri sememangnya telah disimpan selama bertahun (hampir 12 tahun).. dan kertas itu masih cantik berlipat..

Tiada ulasan:

Entri terkenal