Penulis bukan ulama tafsir. Dan pastinya tidak mampu untuk menafsir. Untuk memahami tafsir pun penulis perlukan seorang guru yang lebih mahir.
Entri kali ini mahu berkongsi apakah cara mentadabbur isi kandungan Al-Quran mengikut kapasiti sebagai seorang yang tidak mahir mengenai tafsir Al-Quran.
Mari kita lihat An-Nisa 145.
Sungguh orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan paling bawah di neraka. Dan kamu tidak akan mendapat penolong pun bagi mereka
Setelah membaca ayat ini, pastilah kita akan ‘terasa’
tempat paling bawah dalam neraka ini perkara yang kita mahu jauhi.. tiada penolong kata Allah. Dan orang munafik berada disini.. Adakah kita termasuk golongan munafik??
Berdoalah pada Allah supaya kita dijauhkan dari ciri-ciri orang munafik.. Supaya kita tidak mendapat ‘tempat’ paling bawah dalam neraka kelak.
Hmm.. mudah sahaja. Kerana Al-Quran itu untuk semua peringkat umur, bangsa dan kefahaman. Yang penting usaha kita untuk memahami. Janganlah bercakap sembarangan mengenai isi Al-Quran. Petik sana, petik sini tanpa rujukan yang sah. Pastikan kita benar-benar memahami ayat tersebut sebelum menghuraikannya secara panjang lebar pada orang lain. Khuatir tersalah tafsir kalam Tuhan. Tadabbur bukan tafsir.
Tadabbur itu menghayati manakala menafsir itu menggali dan memahami segala isi tersirat dan tersurat..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Terima kasih Allah kerana mengilhamkan kata-kata keramat ini dari seorang tokoh dakwah hebat. Hasan Hudhaibi. Tidak kenal siapa Hasan Hud...
-
menghayati cerita memang menarik. mungkin kerana itulah manusia suka sangat masuk panggung wayang.. menikmati cerita kehidupan impian.. ...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
Dari hadith pendek.. "Jangan marah" "Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguh bagimu syurga" Hinggalah ke hadith panjang se...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Usaha pertama: 2 orang sahabat keluar bersama dengan niat untuk melakukan 'street dakwah'. Hampir setengah jam berjalan di ...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Selamat sejahtera dan selamat menempuh hujung tahun 2018 yang masih bersisa. Zaman sudah berubah bukan? Seperti sudah kurang 'blogg...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan