Hey anak kijang, kamu ini anak kijang yang tiada taring, tiada kuku, lemah sekali. Tengok lah tu, (sambil menunjukkan anak kijang yang baru lahir masih belum upaya berjalan) itu adalah seekor binatang yang sangat ganas, mengancam keselamatan.. Jika kamu nampak ia larilah.
Gambar diambil dari: http://www.animalliberationfront.com/News/AnimalPhotos/Animals_51-60/54Misc.htm |
Mana ibu kepada anak singa itu? Ibu kepada anak singa itu rupanya tidak pernah berbunyi dan sentiasa membelai anaknya supaya tidak di’serang’ oleh kijang-kijang (yang ditunjukkan oleh kijang tua yang hodoh tadi).
Membesarlah anak singa itu dengan peringatan demi peringatan bahawasanya dia adalah ‘anak kijang’ yang lemah. Dan dia membesar dengan keyakinan, ‘anak kijang’ yang dia lihat itu sangat ‘ganas’ dan ‘merbahaya’.
Akhirnya, bercambahlah satu generasi singa yang PENAKUT.
Orait, tamat la satu cerita. Kawan-kawan rasa cerita macam ni lojik tak?.. Hmm ade ke singa jadi kijang? Cam pelik je kan? Sesuatu yang sangat mustahil.. Sedarlah, sesuatu yang mustahil itu tidak akan lagi mustahil dengan GHAZWATUL FIKR.
Apakah ghazwatul fikr itu? Ia bermaksud peperangan fikiran. Ia lebih dahsyat dari peperangan fizikal. Kerana ia berhasil menukar singa yang berani menjadi kijang yang lari bertempiaran. Hmm.. Badan saja singa, tapi fikirannya adalah kijang yang lari bertempiaran, sebagaimana yang berlaku dalam cerita di atas.
Dengan pelbagai ‘strategi berbisik’ yang dilakukan musuh Islam, akhirnya ummat Islam ‘berjaya’ dikalahkan.. Walaupun mereka mendabik dada mendakwa mereka merdeka dari penjajah. Patutkah penulis menggunakan ‘mereka’? Sedangkan penulis juga termasuk salah seorang dari jutaan ummat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan