"Belajar sikit je, tapi result kalah orang studi pulun"
"Tahniah jadi pelajar cemerlang"
"Saya tak studi pun... tak tahu macam mana boleh dapat"
"itu pun tak faham ke?"
Dalam proses belajar dan menuntut ilmu, pelbagai pengalaman yang kita peroleh. Semua bermanfaat. Jika kita pilih untuk menganggap begitu.
Belajar sedikit terus faham. Belajar banyak, tidak faham-faham. Belajar sedikit faham sedikit. Belajar banyak, faham banyak..
Ada orang cemerlang, ada orang tidak cemerlang dan ada yang gagal.
Biasa orang memberi kata-kata semangat pada orang yang kurang cemerlang keputusan peperiksaannya. Macam-macam, pelbagai. Kerana orang yang cemerlang keputusannya tidak perlu pada motivasi.. Benarkah??
Mudah faham dan kecerdikkan kita berbanding insan lain bukanlah 'sesuatu' untuk dibanggakan. Jauh sekali untuk menunjuk. Ia diberi untuk digunakan, bukan untuk diri sendiri. Tapi untuk melaksanakan tugas kita sebagai hamba Allah dan Khalifah [yang telah roh kita ikrarkan sebelum datang ke dunia].
Masakan kita boleh duduk diam dan takjub dalam hati dengan kelebihan diri sendiri; jika kita faham dan tahu apakah gunanya kecerdikkan dan ilmu yang dipinjamkan Allah.
Marilah kita buang rasa perasan pandai kerana usaha sikit tapi keputusan 'gempak' atau rendah diri tidak bertempat kerana usahanya subhanallah 'pulun habis' tapi keputusannya tidak memuaskan dan gagal. Kerana masing-masing ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan bersama. Bukan masing-masing buat hal masing-masing.
Keputusan berjaya atau gagal yang sebenar akan ditentukan Allah di akhirat kelak. Samada kita berjaya mengharung ujian [nikmat dan musibah] dari Allah dengan tabah atau sebaliknya..
Sebelum mengakhiri bacaan ayuh kita hayati ayat 1 - 11 surah Al-Mu'minun:
"Sungguh berjaya orang-orang yang beriman"
"iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya"
"Dan orang yang menjauhkan dirinya dari perbuatan yang tidak berguna [lagha]"
"Dan orang yang menunaikan zakat"
"Dan orang yang memelihara kemaluannya"
"kecuali terhadap isteri-isteri mereka dan hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela"
"Tetapi barangsiapa yang mencari sebaliknya maka mereka itulah orang yang melampaui batas"
"Dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat dan janjinya"
"Serta orang yang memelihara solatnya"
"Mereka itulah orang yang akan mewarisi"
"Yakni akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal didalamnya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan