Jumaat, 3 Disember 2010

Sambungan penghayatan cerita best

Baiklah, tanpa seleweng jauh-jauh (huh menyeleweng?? betul ke penggunaan kat ni??)  Ayuh kita sambung dengan senarai pengajaran HADITHUL IFK sebagaimana yang telah dijanjikan. (Ha? tak faham maksud hadithul ifk? Ha mesti baca lompat ni. Sebab tu tak faham.. kalau nak tahu bacalah dari awal ye..) 

Memahami hadithul ifk dari kata maca -hmm, macam tersasul je? kaca mata la..- dari kaca mata kita sebagai manusia yang sentiasa berusaha melakukan penyucian jiwa. -eh tak pernah fikir pun fasal penyucian jiwa selama ni? okay takpe, inilah masa untuk berfikir tentangnya-

Pertama

Dalam melaksanakan penyucian jiwa, halangan sangatlah banyak.. (mengapa saya rasa tatabahasa ayat ini sungguh dahsyat??) Dengan kesedaran kita, BANYAKNYA halangan, maka hendaklah kita sedar bahawasanya kita sangat memerlukan kemurahan dan kasih sayang Allah dalam melaksanakan tazkiyatun nafs...

Dalam merealisasikan tazkiyatun nafs, kita memerlukan 2 perkara utama:
  1. mengerah dan meraih segala kekuatan dan tenaga 
  2. Memohon pada Allah dengan tidak putus-putus untuk mendapatkannya (jiwa yang bersih)
"Ya Allah kurniakanlah kami ketaqwaan dalam jiwaku dan sucikanlah ia sebab ENgkaulah sebaik-baik zat yang dapat menyucikan jiwaku. Engkau Maha Mengatur lagi Maha memiliki"

Ha, kan siap ada doa lagi Allah ajarkan kita.. Amalkan lah doa ni..

Kedua

Memberi keampunan kepada orang yang berbuat buruk pada kita juga termasuk dalam tazkiyatun nafs. Haa. musti huraikan sikit. Nanti jadi tak berapa jelas pulakkan..

Ingat tak cerita Abu Bakr tak nak sambung bantuannya pada Misthah bin Utsasah kerana terlibat dalam penyebaran dan mempercayai fitnah terhadap Aisyah r.a.?? Hmm kalau tak ingat sila semak kembali.. Sebenarnya, masa ABu Bakr r.a berazam macam ni, Allah turunkan ayat seterusnya dalam surah An-Nur ayat 22:

"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan diantara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kerabatnya, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah dijalan Allah dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayanng"

Sedarkah kita bahawasanya memaafkan itu termasuk cara menyucikan jiwa? Memaafkan itu membersihkan diri? FUh.. alangkah bestnya.. Ye lah. Kalau nak ikutkan, entah banyak mana la salah kita pada manusia lain kan? Dengan memaafkan salah orang lain pada kita, kita harap, Allah akan maafkan kita jugak..

Kalau nak kira dalam cerita Aisyah ini.. Pedih ooo Kena fitnah tu. Fitnah tu bukan fitnah biasa-biasa punya. Fitnah berzina kot.. Tapi Allah suruh MAAFKAN! Ha.. kalau kita ini, orang buat salah kat kita, kemain susah nak maafkan.. Walhal, salah itu takde la besar sangatkan?.. Sakit hati sikit je pun.. Ayuh kita belajar memaafkan untuk menyucikan jiwa kita... SUSAH TAPI TAK MUSTAHIL.. dengan bantuan dan rahmat Allah..

Ade 3 lagi pengajarannya..

Bersambung...

Tiada ulasan:

Entri terkenal