Khamis, 2 Disember 2010

Penghayatan dari cerita best sebelum ni

Haa.. sapa baca lompat-lompat memang takkan dapat la apakah mutiara yang terkandung dalam cerita best sebelum ni... (hmm cewah ugut orang suruh baca sebijik-sebijik pulakkan -_-')

Antara tema besar yang ada dalam peristiwa fitnah keatas Aisyah adalah: PENYUCIAN JIWA. Dalam perkataan CANGGEHnya adalah TAZKIYAH AN-NAFS.

Ops lupa pulak nak memberitahu pada kawan-kawan. Entri kali ini penulis tulis berdasarkan sebuah buku yang bertajuk "Induk Penyucian Jiwa" tulisan Said Hawwa. Hoo BEST bangat buku neiii tau -huh kenapa perlu eja pelik-pelik macam ni?-

Penyucian jiwa adalah perbuatan membersihkan diri dari perbuatan syirik dan segala bentuk kelakuan yang membawa kepada hal tersebut.

Haaa sebelum menyambung penghayatan cerita bEST tu. Mari penulis beri peringatan pada diri dan kawan-kawan pembaca sekalian. bahawasanya, janganlah rasa maksud penyucian jiwa itu membersihkan diri dari syirik.. maka kita sudah terlepas dari tanggungjawab menyucikan jiwa kerana kita rasa kita sudah beriman pada Allah..

Kenal betulkah kita pada SYIRIK itu? Atau sudah pastikah kita benar-benar TIDAK SYIRIK?? Berani jamin kerrr?? -apesal yang perlu bubuh tetrlalu banyak 'rrrr' pulak ni?-

Baiklah, demi mengesahkan diri kita benar-benar MAHU melakukan penyucian jiwa ini, maka kita HENDAKLAH:
  1. melaksanakan pemahaman Allah itu Maha Esa dalam segenap aspek kehidupan.
  2. Melaksanakan akhlaq yang sesuai dengan asma Allah. (Asma Allah yang boleh ditirulah maksudnya..)
  3. Menghambakan diri secara sempurna. dengan kata lain, membebaskan diri dari mengakui diri sebagai tuhan atau bersifat sebagaimana tuhan. maksudnya, kita tidak meniru Asma Allah yang tidak sepatutnya ditiru.
ok, sebelum kawan-kawan terkonfius dengan lebih dalam, adalah tanggungjawab penulis untuk memastikan kekonfiusan itu tidak berlaku (kekonfiusan?? waduh rosak bahasaku) 

Sebagaimana yang kita tahu, nama-nama Allah ada 99 kan? dan sifat Allah pula ada 20. Dalam 99 nama Allah dan 20 sifat Allah itu, ada yang kita boleh tiru. Contohnya: pemaaf, mengasihi, pemurah.. dan inilah maksud bagi no.2 diatas itu. Dalam senarai 99 nama Allah dan 20 sifat Allah itu ada juga sifat Allah yang tidak BOLEH dan TIDAK DIBENARKAN untuk kita menyerupainya.. contohnya: SOMBONG, WUJUD dan KEKAL.. ha ini lah maksud untuk no.3 kat atas itu..

Orait. Pada pendapat penulis itu sudah cukup jelas. (cewah, boleh pulak menganggap ye? kalau tak faham jugak cane? tak faham kalo, tanya lah ye.. jangan malu-malu tau) Boleh je tanya kalau masih tak faham. Penulis berbesar hati untuk menjawab segala kekeliruan (haaa tetibe baru dapat perkataan yang sangat sesuai untuk menggantikan perkataan rosak itu -kekonfiusan-).

Aiseh, baru cerita muqaddimah je ni.. Belum pun masuk isi penghayatan cerita best.. Dah panjang berjela.. Maka bersambunglah entri ini..

Bersambung..

Tiada ulasan:

Entri terkenal