Dahulu: Nafsu itu sesuatu yang ghaib.. Asing dari badan.. Jahat. Ia perlu diperangi.
Sekarang: Nafsu itu DIRI SENDIRI. Ia sebahagian dari keperluan biologi. Nafsu itu perlu dididik. Ia adalah badanku. Ia jahat jika tidak dididik. Ia akan jinak dan baik jika dididik dengan betul.
Asal perkataannya NAFS. Perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud DIRI. Disebut nafsu kerana disiplin tatabahasa untuk kata nama dalam bahasa Arab biasanya marfu’ bidhommah pada huruf akhirnya.
Jadi, siapakah nafsu? Nafsu itu diri sendiri. Manakala hawanafsu adalah nafsu kosong. Jadi kehendak hawanafsu adalah kehendak untuk memenuhi kekosongan yang ada pada nafsu..
Nafsu itu punya sikap sebagaimana kita yang mempunyai sikap baik, sederhana baik atau kurang baik. Bagaimana mahu tahu sikap nafsu kita baik? Maka lihatlah bagaimana sikap kita pada ibadah.
Jika kita merasa tenang, rindu dan seronok sekali melakukan solat dan segala perintah Allah, maka nafsu kita telah bersikap dengan sikap yang baik.
Tapi, jika kita terasa berat, malas untuk membaca Quran, berbuat pahala, dan melakukan titah perintah Allah.. Maka tahulah kita nafsu kita masih BUAS dan LIAR. Kejam menyatakan sifat yang sedemikian. Tapi itulah gambaran nafsu ammarah. Salah satu dari sifat-sifat buruk nafsu.
Selagi nafsu masih buas, selagi itulah susah untuk kita meninggalkan maksiat. Selagi nafsu tidak tenang dan jinak, selagi itulah ibadah tidak akan menjadi kenikmatan.. Lihat dengan cermat duhai pembaca sekalian, kenikmatan dalam beribadah dapat dirasai dengan nafsu..
Inilah kegunaan nafsu. Nafsu membuatkan kita rasa nikmat dengan ibadah.. Jika nafsu itu dididik. Jika nafsu itu tidak dituruti secara membabi buta [oh betapa simpulan bahasa ini sangat tidak sedap untuk disebut].
Kehendak nafsu perlu dididik, bukan disekat. Misi mengawal diri sendiri bukanlah misi mudah. Ia berlawanan dengan diri. Perit dan sakit..
Teruskan USAHA mendidik diri [nafsu]. Misi kita tidak akan selesai hingga nyawa dituntut untuk kembali.
Sabtu, 25 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Mode: jalan-jalan menikmati ciptaan Allah dan bangunan ciptaan manusia. Dalam kereta, semua orang kepenatan berjalan jauh. "Eh bes...
-
Sahabat Rasulullah dulu sanggup tinggalkan kekayaan dan keselesaan hidup kerana memilih Islam. Contohnya Mus’ab bin Umair. Nak bagi senang k...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
Assalamualaikum para pembaca.. Semoga sentiasa bersemangat beramal kerana Allah ! Hari ini penulis mahu berkongsi sebuah cerita. Fikir-f...
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Usaha pertama: 2 orang sahabat keluar bersama dengan niat untuk melakukan 'street dakwah'. Hampir setengah jam berjalan di ...
-
"Belajar sikit je, tapi result kalah orang studi pulun" "Tahniah jadi pelajar cemerlang" "Saya tak studi pun... ta...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan