Sabtu, 4 Disember 2010

Pengajaran seterusnya dari hadithul ifk

Ketiga

Tidak mengikut jejak langkah syaitan yang sangat hasad, bongkak dan takabbur.

Ini adalah senjata yang digunakan syaitan dulu kini dan selamanya (eh? macam pernah dengar.. hehe).

Hasad dengki adalah perasaan tidak senang terhadap kelebihan nikmat yang Allah beri pada seseorang hingga kita terasa mahu 'mencabut' nikmat tersebut darinya. Manakala bongkak itu adalah hasil tuai sifat takabbur.
Dari segi bahasa takabbur itu bermaksud membesar diri. Takabbur adalah satu sifat yang menunjukkan kita merasa diri kita sangat bagus dan mulia dari orang lain.

Takabbur merupakan kepakaran syaitan. Maka ia sangat mudah untuk diajarkan pada kita. Sedang kita pula sangat jahil dan tidak sedar bahawa sifat ini terpalit dalam diri.. Akhirnya jadilah penyakit yang sangat mengotorkan hati.

Nanti penulis akan tulis lagi mengenai takabbur ini secara detail dalam entri lain..

Yang penting untuk kali ini adalah tidak menurut jejak langkah syaitan..

Keempat

Tidak menyebarkan kekejian kepada khalayak samada secara langsung atau tidak. Hmm jelas lagi terang..

Pernah jugak penulis terjumpa budaya: bila dah buat maksiat, balik cerita dengan 'geng'.. Hmm sudahlah melakukan maksiat cerita pulak pada orang. Ia perkara tidak dituntut, malah dilarang..

Atau pun dah nampak orang buat maksiat, sebar cerita kat internet. Paling tidak pun sebar pada 'teman-teman rapat'.. hmm.. tak elok benar perbuatan macam ni.. Ia boleh mengotorkan hati jugak

Kelima


Menahan lidah dari bercakap sesuatu yang menyakiti orang ramai.

Apakah perkara yang kata-kata yang menyakiti orang ramai?
  • menuduh..
  • atau hal-hal yang berkait dengan pergaulan..
Kadang-kadang kita tidak sedar yang HOBI bercakap kita menyebabkan kawan-kawan dan saudara sekeliling kita sakit hati.. Jadi berjaga-jagalah dengan fitnah dan dosa mulut wahai diri sendiri. Mari kita berusaha sedaya upaya.

Kadang-kadang, kita jarang bercakap, tapi setiap kali kita membuka mulut, ada sahaja yang sakit hati dengan perkataan kita. Semoga Allah pelihara kita dari keadaan macam ni..

Akhir kata, penyucian jiwa itu sangat penting dan itu antara misi perutusan Nabi Muhammad s.a.w. ke dunia ini. Penyucian jiwa agar kita kembali pada Allah bersih dari dosa.. Misi hidup kita adalah untuk kembali pada Allah.

Jika sebelum ini tidak pernah terfikir pun mengenai pembersihan jiwa, maka inilah masanya. Jika sebelum sudah pun terfikir mengenai penyucian jiwa.. Maka rebutlah peluang ini untuk meneruskan misi anda.. Ilalliqo (jumpa lagi)

Tiada ulasan:

Entri terkenal