Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal kebajikan , Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya. Mereka itulah penghuni syurga; mereka kekal didalamnya.
Dan Kami cabut rasa dendam dari dalam dada mereka, di bawahnya mengalir sungai-sungai. Dan mereka berkata “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan jalan ke syurga ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak menunjukkan kami. Sesungguhnya rasul-rasul Tuhan kami telah datang membawa kebenaran”. Diserukan kepada mereka “Itulah syurga yang telah diwariskan kepadamu, kerana apa yang telah kamu kerjakan”
Al-A’raf: 42 dan 43
Alangkah bahagianya orang beriman. Orang yang telah terbukti iman dan pengakuan mereka. Dan mereka berjaya melalui ujian tersebut dengan jaya. Bahagianya menghayati ayat-ayat Allah. Hilang segala kesakitan, kepedihan, kesukaran dan kesengsaraan hidup di dunia.
Betapa Allah sangat memahami jiwa hambaNya. Cinta Allah telah membuatkan orang beriman itu bahagia walaupun kelihatan derita menurut ukuran dunia. Kerana mereka telah menemui bahagia sebenar. Bahagia yang tidak akan luput. Itulah kebahagiaan kekal.. Kebahagiaan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan