Menurut pendapat Imam Ghazali:
- Urusan agama iaitu ilmu dan amal.
- Urusan dunia iaitu keturunan, kecantikan, kekuatan dan keperkasaan tubuh badan, kekuasaan dan harta kekayaan.
Akibat takabbur
Tertutupnya pintu hati dan petunjuk kebenaran.
Bagaimana mahu menerima suatu cadangan, jika kita merasa kita lebih bagus dari orang?
Dimurkai Allah dan dicampakkan keneraka.
“Sombong itu selendang Allah”. Hamba yang baikkah jika kita merampas pakaian Pencipta kita?
Dibenci manusia, tersiksa diakhirat.
[telah jelas dan terang maksudnya] tidak perlu dihurai lagi.
Bermula dari merasa diri lebih baik dari orang lain, kita mula kagum dengan pendapat sendiri dan memperlekeh pandangan orang. Terus tenggelam dalam keperasanan, semakin tidak disukai Allah.. Manusia mula membenci kerana sikap yang suka memperlekeh dan menolak pendapat orang, akhirnya.. jauh dari kebenaran.
Buruk dan hodoh sekali akibat takabbur. Kenalilah sikap tidak baik ini, supaya kita mampu menjauhinya. Andai tidak mengenalinya, bagaimana mungkin untuk kita mengikisnya dari diri.
“Sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh dijalan Kami, Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguh Allah suka akan orang yang berbuat baik” Al-Ankabut: 69
Tiada ulasan:
Catat Ulasan