Siapa tidak sukakan buku cerita? Rasanya hampir semua pembaca, belajar membaca dan memupuk minat membaca dengan membaca buku cerita. Sedangkan Al-Quran pun memujuk Rasulullah dengan cerita dan kisah-kisah benar.
Jadi kali ini penulis mahu ceritakan satu kisah benar. Tapi pendek aje.
Penulis ada seorang kawan. [kawan penulis ini, tidak membaca blog penulis ini –jadi selamatlah- hehe]
Kawan penulis ini seorang yang biasa-biasa sahaja. Dia bukan disanjung sesiapa. Mahu dikatakan budak pandai, juga tidak pernah disebut-sebut oleh pensyarah. Dia bukan ratu cantik, walaupun semua orang cakap dia cantik. Dia juga bukan menjadi tumpuan dan perhatian orang lelaki sebagaimana sesetengah orang cantik. Dan dia juga bukan orang alim yang disegani sesiapa. Dia hanya orang biasa dan tidak suka menonjolkan diri.
Tapi dia ada satu keistimewaan yang tiada pada orang lain. Sesiapa yang mengenalinya, tidak pernah merasa sakit hati terhadapnya. Tanya sahaja sesiapa yang rapat dengannya, penulis yakin, jawapannya sama. Itulah ciri yang paling menonjol ada pada dia. Sehingga orang yang selalu sakit hati [asyik tidak puas hati] dengan orang pun suka dan minat berkawan dengan dia.
Terfikir juga penulis.. Mengapa. Oh rupanya dia pandai merendah diri. Merendah diri yang bertempat. Walaupun dia tidak pernah mengerti apa itu tawadhu’, tapi dia dapat beramal dengan sikap itu. Dia tidak pernah berceramah dan berleter panjang pada penulis mengenai takabbur dan tawadhu’, tapi sikap dia telah membuatkan penulis menghayati apa itu tawadhu’.
Seruan hari ini: Mari kita menghayati dan mengamalkan tawadhu’.
Isnin, 24 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Dua perkataan keramat. Sangat keramat untuk orang yang memahami nilainya. Ikhlas. Melakukan hanya untuk Allah. Membenci hanya kerana A...
-
Assalamualaikum pemuda pemudi Malaysia! Mari ikuti penulisan dibawah: Pernahkah kita lihat orang makan campur? Misalnya: Makan buah deng...
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
. Pada suatu hari, selepas mendengar tazkirah.. Setinggi-tinggi martabat ukhuwah adalah ithar dan serendah-rendah martabat ukhuwah adalah b...
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Selamat pagi dan salam sejahtera. Apa khabar iman? Sesungguhnya ia adalah iman adalah nikmat terbesar buat manusia.. Adakah kita sudah...
-
“Hayyabil arabiah, hayyabil arabiah, hayyabil araaabiyah”.. Pernah kawan-kawan dengar frasa ni?? Haa.. Kalau kawan-kawan pernah dengar bagus...
-
Ingin aku singkap kembali, Kenangan lama agar bersemi, Inginku ulangi kisah manis, Agar terus bersemadi. Ingatlah aku sebagai rakanmu, Kena...
-
Selamat pagi, selamat petang, selamat malam. Semua waktu ada. Waktu solat termasuk dalam semua waktu yang di tulis ini. Pagi, petang dan mal...
-
Dengan kata lain, setelah menyebut Insya Allah, kita akan berusaha sedaya upaya memenuhi janji kita dengan orang lain. Dan hanya dengan kehe...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan