Siapa takabbur pasti lebur –petikan ayat dari Majalah Solusi isu 21.
Takabbur –merasa diri lebih bagus dari orang lain.
“Tengoklah, aku studi sikit pun dapat, bukan macam dia tu gelap hati betul. Ajar sepuluh kali pun tak faham-faham lagi”
Ujub –merasa bangga dan hairan dengan diri sendiri. Tidak semestinya diri lebih baik dari orang lain.
“Wah, selama ini aku susah untuk bangun pagi. Tapi sekarang, selalu betul aku Qiamullail”
Riya – beribadah atau berbuat sesuatu kerana selain Allah [salah satu cabang dari syirik kecil]. Apabila orang ramai, rajin sungguh bersolat.. tapi apabila berseorangan..
Sum’ah – berbuat sesuatu kerana mahukan pujian. Ini termasuk dalam jenis-jenis riya. Riya itu terbahagi kepada pelbagai jenis menurut tulisan Said Hawa.
Kali ini kita akan berkenalan dengan tanda-tanda takabbur dahulu.
1. Tidak suka berdoa.
2. Mudah terluka dan melukakan hati orang lain. Sensitif tidak kena tempat.
3. Sukar memberi dan meminta maaf.
4. Memotong cakap orang lain.
5. Gila Kuasa dan Jawatan.
6. Cara berpakaian dan berjalan yang angkuh.
7. Gila pujian.
8. Bencana menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya.
9. Tidak suka berziarah.
Dalam kelas, pelbagai jenis penyakit kronik yang di kaji para doktor, ahli farmasi, jururawat dan semua profesional kesihatan. Antaranya, kencing manis, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kanser.
Rupanya kita lupa ada penyakit kronik lain yang perlu dirawat. Perlukan perhatian segera. Rawatannya juga seumur hidup. TAKABBUR dan EGO [1 penyakit serupa lain ejaan].
Selasa, 18 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Pecahan kedua surah Al-Qalam menceritakan mengenai Kisah Tuan-tuan Kebun. Kisah ini menunjukkan AKIBAT perbuatan bongkak terhadap nikmat, ke...
-
Selamat menjalankan tugas. Walaupun ada yang tidak makan gaji, kita tetap hamba ALLAH yang menjalankan tugas.. ............................
-
Matlamat. Melangkah. Halangan. Ujian. Kegembiraan. Ubat bius. Terus. Tinggi Rendah. Terus. Cercaan. Perlian. Tuduhan. Terus. ...
-
Catatan ini tanpa gambar. Ayat Quran? Hadith? Pandanglah masyarakat sekeliling.. Malaysia, Negara Jiran dan Dunia. Apa yang sedang b...
-
“Barangsiapa menyembunyikan sesuatu ilmu, pada hal dengan ilmu itu Allah memberi manfa’at kepada manusia dalam masalah agama, maka kel...
-
Perjalanan yang bakal di lalui bukanlah dekat. Jauh. Lebih jauh dari pandangan mata. Setelah mendapat sentuhan.. Peringatan bertub...
-
bila suatu perbuatan itu tidak di sandarkan pada Allah.. maka bila berjaya, kita rasa itu adalah titik peluh kita dan hanya kerana usaha ...
-
Salam sejahtera. Ia tidak akan mampu menggantikan lafaz salam ummat Islam. Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh. Bila makan keny...
-
Pernah terfikir mata kita sedang menghala kedalam kepala?.. Hehe. Serbu tidak beri salam. Assalamualaikum semua. Selamat melalui hari-h...
-
Duduk dlm bilik. tapi sebenarnya selak langsir dan memerhati gelagat org... Tidak cukup dgn aktiviti mengintai.. Bersyarah pula dgn perbu...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan