“Apabila kita mula merasakan diri kita adalah bagus, maka itulah bermulanya keterukkan diri kita”
Baiklah, terus menuju ke isi.
Setiap manusia punya persepsi dan tanggapan. Semua itu terbentuk melalui pengalaman hidup dan didikan. Tidak dinafikan, ilmu juga membentuk persepsi kita.
Pengalaman pertama diperkenal dengan sesuatu juga akan mempengaruhi reaksi-reaksi kita yang akan datang. Apa jadi jika kita dikenalkan dengan sesuatu yang baik, tapi dengan cara yang tidak baik?
Adakah kita mahu salahkan orang yang memperkenal kerana caranya yang salah?
Atau kita mahu menyalahkan keadaan yang menyebabkan perkara itu berlaku?
Atau mahu menyalahkan Pemutus segala rancangan?
Adakah dengan sebab itu [diperkenalkan sesuatu yang baik dengan cara yang tidak baik] menyebabkan kita membenci dan menjauhi perkara baik itu?
Oh pastinya tidak begitu jika kita masih waras akalnya.
Kerana kita sudah tahu apakah ciri-ciri kebaikan yang ada dalam perkara tersebut. Hanya ia dicemari orang-orang yang tersalah cara memperkenal atas pelbagai sebab yang tidak kita ketahui.
Sekarang penulis akan menggunakan ayat yang lebih jelas.
Adakah kita mahu menjauhi ajaran Islam kerana sikap pendakwahnya?
Adakah kita mahu menjauhi dakwah kerana kenangan pahit kita bersama segelintir pendokongnya yang masih cuai?
Adakah kita membenci usaha menyebarkan Islam kerana kelemahan dan pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan pendukungnya?
Islam dan ajarannya telah pun diwahyukan. Kita yang memerlukan Islam. Perlukah jemputan untuk kita kembali pada ajaran Islam sedangkan telah jelas Allah menerangkan kewajipan kita menerima dan menjadikan Islam itu sebagai cara hidup.
Dari sudut lain, adalah tidak dinafikan pendukung dakwah itu manusia. Tidak sunyi dari kesalahan dan kelemahan. Dengan penghinaan dan kutukkan itulah peluang mereka membaiki diri.
Sedarlah pendakwah yang lemah dan penuh kesalahan itu tidak rugi apa-apa kerana kita memperlekeh kelemahannya. Dia telah berusaha menjalankan amanah yang telah Allah berikan walaupun dengan segala kelemahan yang terlekat pada dirinya. Sedang kita lalai dari tanggungjawab yang diamanahkan, lebih-lebih lagi kerugian kerana kita tidak sedar-sedar dan menerima seruan mereka.
Seruan pendukung dakwah bukan untuk keuntungan mereka pun, tiada rumah besar, ganjaran hebat, pangkat dan gaji besar sebagai imbalan usaha mereka.
Hanyasanya kita yang akan menyesal suatu hari nanti kerana benci dan pesismisnya kita terhadap mereka.
Dan tidak dilupakan, proses membaiki diri itu tetap berjalan walau siapa pun kita. Pendukung dakwah, atau penerima seruan dakwah. Tiada istilah pendukung dakwah itu lebih bagus dari penerima seruan dakwah. INGAT!
p/s: pendukung dakwah juga penerima seruan dakwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan